Saturday, January 23, 2010

Daulat Tuanku!


Daulat Tuanku!

Kami seluruh rakyat Johor merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas perlantikan Tunku sebagai Sultan Johor yang ke 5. Semoga Tunku akan terus menjadi pelindung kepada Agama Islam dan hak-hak rakyat Melayu serta pribumi.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

دولت توانكو!

كامي سلوروه رعيت جوهر مرافاق سمبه مڠوچڤكن ستيڠڬي-تيڠڬي ڤڠهرڬان اتس ڤرلانتيكن تونكو سباڬاي سلطان جوهر يڠ ك 5. سموڬ تونكو اكن تروس منجادي ڤليندوڠ كڤد اڬام اسلام دان حق-حق رعيت ملايو سرتا ڤريبومي.

دولت توانكو!
دولت توانكو!
دولت توانكو!

Baca Di sini
Baca juga di sini

12 comments:

Wasilah said...

Daulat tuanku!

Semoga Johor terus aman di bawah naungan Tunku Ibrahim Ismail ..

Juga takziah untuk kerabat diraja atas pemergian Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail..Al Fatihah!

Andin Muhammad Syukri said...

salam.. al-marhum baginda Sultan Iskandar telah di hina oleh penulis blog adukataruna.blogspot.com tetapi post tersebut telah di padam.. saya telah ulas post tersebut di blog saya syukri2103.blogspot.com

marilah sama2 kita anak jati Batu Pahat dan Negeri Johor menentang mereka yang sepatutnya di tentang..

Andin Muhammad Syukri said...

DAULAT TUANKU.. DAULAT TUANKU.. DAULAT TUANKU..

Patik doakan Tuanku dipermudahkan dalam urusan mentadbir negeri Johor dan jajahan takluknya..

Semoga Tuanku dapat meneruskan kecemerlangan yang telah dilakukan oleh baginda2 Sultan yang terdahulu..

Daulat Tuanku...

Al-Fatehah kepada al-Marhum Sultan Iskandar.. Salam takziah kepada kerabat diraja Johor

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Wasilah,
Semoga baginda akan terus menjadi 'pelindung' dan 'payung' kepada Islam dan Melayu

Salam Muhammad Syukri Sa'adon
Saya harap esok saudara dan rakan-rakan buat laporan polis.Bagi pihak saya,Laporan polis sudah dibuat pada 23 Januari 2010 jam 5.30 petang di Ibupejabat polis Batu Pahat.Jika tidak ada tangkapan dibuat, salinan page AdukaTaruna bersama laporan polis akan di poskan ke pejabat Sultan di Istana Johor.

PEJABAT RAJA-RAJA & ORANG-ORANG BESAR - Johor
Bukit Serene 07-223 0000
Pasir Pelangi
Istana DYAM Tunku Mahkota Johor 07-222 2200
Istana East Lodge (DL) 07-224 9400
Istana Baru 07-224 4245
Istana Pelangi I 07-222 1044
Rumah Pengawal 07-332 3027
Pondok Pengawal 07-332 3028
Istana Pelangi 2 07-224 4087
Kelab Polo 07-222 5522
Istana Bt Pelangi 07-222 5552
Bilik Pengawal 07-332 3043
Pondok Pengawal 07-332 3042
Stable Pasir Pelangi 07-222 1300
Pejabat Kuda Istana 07-222 1300
Kelab Polo 07-222 2611
Istana Bkt Gedong 07-222 2226
JABATAN DIRAJA
Istana Besar
Pejabat Am 07-222 0351
Fax 07-223 0763
Pengelola Bijaya DiRaja Johor Pejabat 07-222 8823
Dato Perdana Dalam Sulaiman Mohd Saleh Pejabat 07-223 3222
Setiausaha Sulit Kpd DYMM Sultan
Mohd Rofiki Dato Shamsudin Pejabat 07-222 8824
Setiausaha Sulit Kpd DYAM Tunku Mahkota
Ungku Mohd Zakaria Ungku Abd Rahman Hj Pejabat 07-222 1166
Muzium Diraja Abu Bakar
Pejabat Am 07-223 0222
Fax 07-224 8476
Hanger JMF (Lpg Tbg Sultan Ismail Senai) 07-599 6611
Fax 07-599 6655
Juruterbang Mejar Mazelan Abu Pejabat 07-599 6622
Hanger Diraja Istana Bkt Serene 07-221 6686
Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor 07-224 4567
Fax 07-224 0276

Anonymous said...

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!!

AMPUN TUANKU. SEMBAH PATIK HARAP DI AMPUN. PATIK DGN RASA RENDAH DIRI MEMOHON TUANKU KIRANYA DAPAT BERTINDAK TERHADAP SLH SEORANG INDIVIDU (ADUKATARUNA @ KHAIRUL NIZAM) YG CUKUP BIADAP DGN MENGHINA PEMERGIAN AL MARHUM AYAHANDA TUANKU. INI MELIBATKAN MARUAH DAN CUBAAN MENCEMARKAN INSTITUSI KESULTANAN MELAYU TERUTAMANYA KERAJAAN TUANKU.

AMPUN TUANKU

cekodokmasin said...

Salam tuan,
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
Sepekara yang menyentuh perasaan apabila melihat anaknda dan cucu-cucunda almarhum menguruskan pengkebumian jenazah. Didoakan roh almarhum ditempatkan di kalangan para ambia.
p/s: bro, cepat betul kau bergerak. Tertinggal kawan. Hehe. Apa-apa pun, kawan sentiasa menyokong tindakan dan aktiviti PERKASA

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Saya menyokong penuh saranan sdr Jeffry, Semoga ianya menjadi pengajaran berguna kepada penulis blog berkenaan dan kepada blogger-blogger yang lain.

Salam cekodokmasin,
Jangan tertinggal bas bro....kena cepat dan pantas. Bertangguh itu pencuri masa. hehehe

Geng Samudera said...

Salam,
Anak Johor patut berbangga kerana mempunyai seorang keturunan sultan yang TEGAS dan mesra pada rakyat negeri Johor.Johor berkembang dengan pesat dan suatu ketika satu-satunya negeri yang MODEN.

Warisan keturunan Sultan Johor yang berketurunan Bugis menjadi satu-satunya Sultan yang amat sensitif dengan isu semasa....

Tapi bro,yang jadi problemnya bukan pada Sultan itu,tetapi generasi anak cucu mereka.Mentang-mentang lah ada keturunan raja,mereka rasa mereka boleh buat apa saja yg menjadi kekebalan mereka.Ini kena difahami bahawa,walaupun mereka keturunan raja,tapi agak-agak larr...

Bukan sahaja keturunan diraja Johor sahaja,tapi sultan-sultan di negeri lain jugak...
So,sesama lar kita pkkan....

Nak sound,takut kene sula..heheh
Nak cakap Daulat Tunku,kena faham gak apa yang kita cakap....bukan ikut-ikutan...

Jadi,sesama la kita pkkan kiri dan kanan.

P/s: Bangga cara TMJ berpakaian,ini baru orang JOHOR!!..hehehehehee..Baju teluk belanga,samping sampai lepas lutut dan seluar hitam slack....cara beb...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Geng Samudera,
Kekebalan Raja-raja Melayu telah dipinda semasa pindaan perlembagaan 1993. Mahkamah khas telah ditubuhkan untuk mengadili mana-mana Sultan atau Raja yang melanggar undang-undang negara. Pindaan Perlembagaan 1993 ini sebenarnya bertujuan melindungi institusi Raja-raja supaya terus kekal dalam sistem Raja berperlembagaan di negara kita. Ianya juga bertujuan mengangkat martabat institusi ini supaya sentiasa dipandang mulia di mata rakyat jelata iaitu untuk mengawal tingkahlaku Sultan dan Raja supaya tidak bersultan di mata dan beraja di hati. Sesungguhnya sistem raja berperlembagaan ini masih diperlukan di Malaysia khasnya sebagai payung dan pelindung kepada semua rakyat.

zedmagel said...

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

SEMOGA JOHOR BERTAMBAH AMAN DAN MAKMUR DI BAWAH NAUNGAN PAYUNG PEMERINTAHAN TUANKU.....KAMI HAMBA RAKYAT MOHON BERTEDUH...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Hj Zedmagel,
Tapi semakin ramai yang ingin menebang pokok rendang tempat berteduh itu.....Sedangkan payung plastik tidak juga terjamin selamat daripada terkena terik mentari dan tempias hujan gerimis....

. said...

Salam semua,

Saya ingin menghantar surat kepada Sultan Johor apakah alamatnya. Harap sesiapa yang tahu boleh bantu.