Monday, January 18, 2010
Harapan Tinggi Kepada Melayu Johor.
Perlancaran Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Johor pada 17 Januari 2010 (Ahad) yang lalu membuktikan bahawa Melayu Johor adalah benteng terakhir kepada perpaduan Melayu kerana kekuatan dan perpaduan yang ditunjukkan sejak dahulu terserlah dengan kahadiran yang ramai menyokong penubuhan PERKASA di negeri ini. PERKASA sebuah NGO diharap dapat merapatkan kembali perpecahan di kalangan orang Melayu atas nama agama dan bangsa. PERKASA amat peka dengan kedudukan orang Melayu yang semakin terancam akibat 'tikam belakang' oleh orang-orang Melayu sendiri kerana perebutan kuasa.
Menyedari hakikat ini, PERKASA akan menjadi orang tengah, penegur yang aktif dan pembangkang yang tegar bagi mempastikan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu sebagai pribumi dan agama Islam sebagai agama Persekutuan yang telah pun termaktub di dalam perlembagaan itu kekal dan dipertahankan.
Cintakan perpaduan dan keamanan ini sudah lama tertanam di dalam diri dan jiwa Melayu Johor. Mereka sedar bahawa mereka tidak boleh berpecah kerana disekeliling mereka adalah musuh-musuh yang sentiasa mengintai peluang. Sekali mereka leka dan alpa, negeri tercinta ini akan tergadai. Melayu Johor tidak boleh berpecah!
Amir Hamzah
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Setiausaha,
PERKASA Johor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
Salam Tuan AmirHamzah;
Segala puji bagi Allah yang segala kebaikan ada padaNya.
MEMPERKASAKAN BANGSA DAN JATIDIRI YEZZEKKKK!!!
syok tengok awek2 menari barongan heheh
Taniah buat Setiausah Perkasa Negeri Johor.Saudara Amirhamzah.... anda memang hebat.
Salam bro,
Tahniah diatas usaha bro memberikan inspirasi untuk mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu kita....
Barongan ??...uhhh,lamo tak layan..balik Batu Pahat nih nak kene try nihh..
Bro,
Kita bukan RASIS. Kita hanya pertahankan HAK kita sahaja. Tolak pemimpin yang APOLOGETIK yang sentiasa cuba menjaga hati bangsa lain tetapi mengabaikan bangsa sendiri.
hidup melayu. johor adalah sendi terpenting kehidupan melayu malaysia.
Harapkan pagar, pagar makan padi..
Harapkan Melayu,Melayu jual diri..
Apa sudah jadi, pasir Johor didbawa dlari...
Salam bro Amir..
Saya berdoa kepada Allah s.w.t. agar gerakan PERKASA menjadi benteng pertahanan bangsa Melayu secara rasminya untuk mendaulatkan Islam. Malah, PERKASA mesti berusaha kuat dengan aktiviti yang dapat membantu bangsa Melayu bersatu kembali agar digeruni oleh bangsa lain yang sebenarnya mereka hanya menumpang sahaja di sini.
Ini kerana Melayu kini sudah ramai lupa sejarah silamnya dan generasi kini semakin buta sejarah. Malah kebanyakkan pelajar sekolah di seluruh negara semakin tidak berminat dengan sejarah. Sebab itulah jati diri Melayu kini semakin rapuh. Kalau dihayati sejarah telah jelas membuktikan perpecahan Melayu lah punca utama negeri-negeri Melayu telah dijajah oleh bangsa asing.
Hidup Melayu..! Hidup Islam..! 3x
Takbir..! Allahu Akbar..! 3x
Salam Dal,
Kita hanya berusaha. Yang baik balasnya baik juga. Insyallah
Salam Unit Media Wangsa Maju,
Terima kasih kerana 'link' dan 'mampir' ke sini.
Salam Jeffry,
Terima kasih kerana datang walaupun ada hal di Pasir Gudang. Mintak maaf kerana tak sempat nak sembang panjang. Dapat jumpa Zedmagel dan Wak Kuntong pun dah kira ok jugak. Lain kali ada masa leh 'ngeteh' di sini atau di JB. hehehe
Salam Pakcik KUNTONG,
Jangan puji melambung....nanti boleh jadi tak sedar diri. hehehe
Salam Geng Samudera,
Terima kasih. Nak bagi duit tak ada. Sumbangla tenaga dan akal. Barongan ni saja kawan tunjukkan supaya rakan-rakan luar Johor dapat mengenali serba sedikit budaya di sini.
Salam AntiHipokrit,
Kawan memang 'Racist'. Kalau kita tak 'Racist' lebih baik jadi '1Malaysia' hehehe.....gurau je
Salam Arif Omar,
Melayu Johor adalah tiang seri UMNO Malaysia. Roboh tiang seri...Roboh la UMNO.
Salam kluangman,
Melayu memang suka tikam Melayu.
Harap masih ada Melayu yang mempunyai akal dan budi lagi.
Salam Selempang Merah,
PERKASA akan bergerak menyusur akar. Menerangkan kepada akar umbi akibatnya jika kerajaan Melayu Islam ini berkubur. Dengan budjet perjuangan setakat mana yang ada, PERKASA akan mengorak langkah membetulkan persepsi masyarakat Melayu kerana Cina dan India sudah tidak boleh lagi diharap menjadi rakan yang jujur.
Asalamualaikum..
Saya selaku Pengerusi Persatuan Belia Warisan Tanjung Keramat mewakili seluruh warga persatuan dan gabungan kami mengucapkan Jutaan Tahniah di atas kejaayan pelancaran PERKASA negeri Johor dan mendoakan perjuangan ini direstu Allah s.w.t.
Salam Bro AH,
Tahniah kepada SU PERKASA Johor, syukur ke hadrat Allah yang telah memberikan RahmatNya di majlis tersebut.
Kalau majlis hambar SU juga yang kena balun..he.he..
Salam perjuangan dari rakan-rakan PERKASA Johor. Teruslah menerajui PERKASA.
Salam Melayu KaH Aku,
Terima kasih kepada saudara selaku Pengerusi Persatuan Belia Warisan Tanjung Keramat yang mewakili seluruh warga persatuan dan gabungan di atas doa dan sokongan kepada PERKASA
Salam Hj Zedmagel,
Siapalah setiausaha tanpa barisan tenaga kerja yang membantu disebalik tabir.
Tahniah buat PERKASA..
Bersemangat melayu bersatu..
Menjadi benteng terakhir mempertahankan kedaulatan negeri dan negara..tapi semangat sahaja tanpa pengisian ttg perlu nya kesedaran yg hakiki tak guna juga..
Kita bersemangat!!!
Namun ada dalam masa yg sama sipengkhianat bermewah dgn menjualkan 500-700 lori pasir kes'pore..(refer TDM blog) tak kan nak berdiam sahaja..sekali pun dari rumpun yg sama ..tindakan harus dilakukan..
Inilah sebenarnya pengkhianat ...seperti yg selalu dilaungkan tu!!!
Sepatutnya PERKASA lebih kedepan dalam hal sebegini bukan sekadar semangat tapi tanah tergadai...nothing!
Salam LanaBulu,
Saya secara peribadi juga pada dasarnya membantah penjualan pasir ke Singapura dengan apa tujuan pun. Kerajaan Pusat sepatutnya menghentikan penjualan pasir kerana di zaman Tun M ianya menjadi timbalbalik antara jambatan bengkok dengan pasir. Jambatan bengkok tidak dibina maka sepatutnya tiada lagi penjualan pasir. Bagi kawan, sama ada untuk dibuat chip atau menambak tanah, sama ada pasir silika atau pasir darat, PENJUALAN PASIR KE SINGAPURA HENDAKLAH DIHENTIKAN.
Bagi PERKASA belum ada kenyataan daripada presiden PERKASA hal ini. Namun buat masa ini, elok rasanya tanggungjawab ini diserahkan kepada Kerajaan Pusat dan PTG Johor.
Terima sogokan seks
Oleh Saipul Adli Mohamad
saipuladli@hmetro.com.my
2010/01/22
JOHOR BAHRU: Empat pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor adalah antara enam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di negeri ini, Selasa lalu, selepas disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan mencuri dan menyeludup pasir ke negara jiran.
Dua individu lagi yang ditahan adalah dari Pejabat Tanah serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), dengan lima daripada mereka ditahan di bandar raya ini manakala seorang lagi di Kota Tinggi. Sumber mendakwa dua daripada enam yang ditahan itu disyaki menerima rasuah seks selain sogokan wang. Beliau berkata, semua yang ditahan adalah kakitangan kerajaan dan pihaknya percaya lebih ramai kakitangan swasta akan ditahan berkaitan kes sama.
“Terdapat bukti kukuh menunjukkan ia adalah satu jenayah terancang membabitkan kedua-dua pihak sama ada daripada sektor awam dan swasta serta dari pelbagai negeri. Semua kini ditahan reman dan dijangka didakwa minggu depan,” katanya semalam. Difahamkan, dua daripada suspek terbabit adalah pegawai kanan kerajaan dan sudah berkhidmat lebih 20 tahun.
Sumber itu berkata, SPRM melakukan siasatan mengenai kegiatan penyeludupan pasir terbabit selepas mereka menerima maklumat pertengahan tahun lalu.
Suspek berusia antara 30 dan 50 itu dikatakan menerima suapan bernilai antara RM500 dan RM3,000 dan sebahagian besar pasir dipercayai dicuri dari sungai di sekitar Kota Tinggi sebelum diseludup menerusi Tambak Johor.
Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.
Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.
Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.
Terima kasih.
Salam LanaBulu,
Haramkan jual pasir elak penyeludupan – Perkasa
KUALA LUMPUR 23 Jan. – Kerajaan perlu bertindak mengharamkan penjualan semua jenis pasir ke luar negara bagi membanteras sindiket penyeludupan.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu perlu bagi mengelak perbuatan menyeludup pasir berkualiti tinggi ke negara jiran.
Katanya, memandangkan perdagangan pasir hanya membabitkan sekumpulan kecil peniaga tetapi menimbulkan banyak masalah, adalah wajar ia diharamkan sama sekali.
“Golongan tertentu akan mengambil kesempatan untuk menyeludup pasir bermutu tinggi sekiranya bahan itu masih dibenarkan untuk dieksport,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Post a Comment