Tuesday, December 22, 2009

Teguran Kepada UMNO Johor!




UMNO Johor perlu belajar daripada apa yang berlaku di Selangor dan Perak. Kedua-dua negeri ini mempunyai taburan pengundi yang hampir sama dengan Johor. Pilihanraya Umum ke 12, Johor antara negeri yang bernasib baik tidak terkena tsunami politik tetapi tempiasnnya terasa juga. Sejak PRU ke 12, Johor nampak tenang dalam gelora. Tidak banyak isu besar kecuali beberapa isu seperti Wilayah Pembangunan Iskandar dan juga 'jambatan bengkok' yang semakin sepi.

Namun air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Apabila saudara jeffry (http://jeffrydamien09.blogspot.com) menerima email daripada seorang sahabat yang dikenali sebagai IMMY HILLHEAD (NAMA SAMARAN) saya berasa terpanggil juga untuk menyiarkannya di sini. Tiga orang AP yang disebut di dalam tulisannya adalah AP Johor Bahru, Pasir Gudang dan Pulai. Penulis mungkin seorang profesional yang ingin memberi pandangan atau idea tentang pengurusan / pentadbiran Johor tetapi tidak ada saluran sedangkan lazimnya UMNO jarang memberikan tempat kepada golongan ini.

Para cerdik pandai atau cendiakawan selalunya diketepikan oleh UMNO kerana mungkin ianya memberi 'ancaman' kepada penyandang yang sedang berkuasa. Ahli UMNO terlalu banyak 'bermain politik' sedangkan golongan ini lebih cenderung kepada perkhidmatan, kecuali jika golongan profesional ini dapat mengimbangi antara politik dan perkhidmatan. Personaliti golongan profesional ini juga mesti disenangi oleh ahli UMNO yang lain kerana rata-rata ahli UMNO yang aktif adalah dari kalangan golongan pertengahan Melayu.

Walau apa pun ada benarnya tulisan ini, maka kita harus membaca secara terbuka. Golongan ini sebenarnya ramai di Johor. Buktinya PRU ke 12 lalu, Johor adalah negeri tertinggi mempunyai undi rosak. Mereka protes tapi belum tergamak lagi untuk memberi undi kepada pembangkang. Berikut adalah tulisannya.

Saudara,

Apa yang saudara tulis memang ada kebenarannya tetapi apa yang UMNO Johor SEDANG dan AKAN buat diJOHOR untuk menentang arus Pakatan Rakyat diJOHOR?

UMNO JOHOR masih lagi tidur, dibuai mimpi bahawa majoriti orang Melayu masih lagi menyokong UMNO, tetapi adakah ini satu realiti atau hanya satu teori?

UMNO Johor perlu memperkasakan diri, membuat perubahan, membuat pembersihan dalaman, etc, etc. Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mengekalkan sokongan majoriti Melayu dan sokongan bukan-Melayu kepada BN.

UMNO JOHOR perlu membuat usaha untuk memenangi sokongan golongan orang muda, golongan professional.

UMNO JOHOR perlu memenangi golongan terpelajar, seperti pelajar-pelajar dan para pensyarah Universiti di IPTA dan IPTS.

Kenapa UMNO JOHOR takut nak masuk UTM? Kenapa YB Dato' Khalid Nordin sebagai Menteri Pendidikan Tinggi tidak pernah hendak memenangani hati dan perasaan pelajar-pelajar dan para pensyarah UTM? Takut atau malas?

DiUTM, majoriti pensyarah UTM menyokong pembangkang dan menyalurkan fahaman pembangkang kepada para pelajar UTM. Apa yang YB Dato' Khalid Nordin dan UMNO JOHOR sudah buat? Jangan sampai kebawah Duli Sultan Johor bertitah, baharu terkedek-kedek buat kerja sebab baharu bangun dari tidur yang lena.

Naib Chancelor UTM asyik dengan kerja sendiri, kebajikan dan nasib para pensayarah-pensyarah UTM diabaikan. Apa yang YBKhaled Nordin dan UMNO JOHOR dah buat? Masih tidur lagi?

Sila buktikan bahawa kita orang Johor bolih buat semua itu, jangan asyik menghentam orang tanpa fakta. Talk about fact and figure, don't argue anything over a thin air.

Issue pasal IRDA, UMNO JOHOR tidak pernah bersuara. BISU?

Golongan Professional Melayu Johor (seperti peguam, Arkitek, Jurutera Perunding, Jurukur Berlesen, Jurukur Bahan) telah lama mengeluh bahawa kerja-kerja perundingan (consultancy job) dan kontrak kerja, hampir kesemuanya disapu olih orang-orang Kuala Lumpur. Kalau ada yang selebihnya, baharu ditawarkan kepada orang-orang Johor. Itupun kena bayar tol. Apa yang UMNO JOHOR dah buat?

Yang terbaharu, konsultan-konsultan KL akan menubuhkan cawangan mereka diJohor Bahru dan akan memonopoli kerja-kerja perundingan diIRDA. Apa yang UMNO JOHOR dah buat didalam issue ini?

Para Pengurusan atasan IRDA dikuasai olih orang-orang KL. Mereka-mereka ini lebih banyak menghabiskan masa diKL dan bukan diJohor. Orang JOHOR tidak ada yang berkaliber hendak menerajui IRDA dan IIB? Apa cerita?

Dimana letak KEJANTANAN UMNO JOHOR didalam menangani issue-issue ini?

Tolong jadikan UMNO JOHOR sesuatu yang bolih dicontohi dan bukan sesuatu yang diketawakan.

YAB Menteri Besar Johor adalah Pengerusi Bersama IRDA tetapi kenapa tidak bolih menyelesaikan issue yang kecil ini. Asyik main zapin sahaja?

Apa yang kami nampak adalah, jika issue yang sebegini kecil tidak bolih diselesaikan oleh YAB Menteri Besar dan UMNO JOHOR, maka janganlah bermimpi untuk menyelesaikan issue-issue yang lebih besar.

Apa yang telah dibuat oleh MP Johor Bahru (YB Dato' Shahrir), MP Pasir Gudang (YB Dato' Khaled Nordin) dan MP Pulai (YB Dato' Jazlan) didalam issue diatas? LIP SERVICE?

Kenapa kesemua Member of Parliment didalam kawasan Iskandar Development Region (IDR) tidak pernah hendak duduk semeja dengan golongan Professional Melayu JOHOR? Kenapa mereka-mereka ini tidak membela nasib golongan Professional Melayu sedangkan issue ini berada betul-betul dihadapan batang hidung mereka?

Kenapa YAB Menteri Besar Johor tidak pernah hendak berdailog dengan golongan Professional JOHOR? Takut atau malas?

Kami, golongan Professional Melayu Johor beranggapan bahawa YAB Menteri Besar Johor, MP Johor Bahru, MP Pasir gudang dan MP Pulai telah lalai dan gagal didalam menangani issue ini.

Jikalau hendak mengekalkan sokongan orang Melayu kepada UMNO, tolong buat kerja, jangan asyik bercakap sahaja. Kami dah mula muak dan jelik dengan UMNO JOHOR.

Carry-on dreaming.

Thanks.

Jimmy Hillhead.
(On a business trip)
Osborne Park, Perth, Western Australia


Umno Juara Rakyat dilancar Januari
Oleh Amirullah Andi Nur
arullah@bharian.com.my

MELAKA: Umno akan mengadakan satu program raksasa di seluruh negara, bermula bulan depan sehingga pilihan raya umum ke-13, dalam usaha membawa kesedaran baru kepada rakyat , khususnya ahli parti, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
amirhamzah64: Kesedaran baru kepada rakyat atau kepada pemimpin TS. Pemimpin tertinggi dan pemimpin pelbagai peringkat dalam UMNO masih sibuk dengan perebutan jawatan dan projek.

Timbalan Presiden parti itu berkata, program ‘Umno Juara Rakyat’ itu untuk mengajak ahli parti supaya bekerja lebih keras dalam menjalankan aktiviti sehingga ke peringkat akar umbi merangkumi bidang ekonomi, sosial, kebajikan, pendidikan, belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
amirhamzah64: Ahli parti dah lama dah kerja keras. Malah ada yang sanggup mengabdikan diri pada parti. Lihat veteran UMNO yang berjasa. Habis madu sepah dibuang. Pemimpin juga yang kaya raya dan 'kenyang' memanjang. Pemimpin dulu kena tunjuk komitment dan kerja keras, ahli di bawah akan menyokong

Katanya, rancangan untuk mengadakan program berkenaan dipersetujui pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti baru-baru ini, sebagai sebahagian daripada transformasi Umno selepas menerima cadangan daripada Jawatankuasa Pengurusan parti yang beliau pengerusikan.
amirhamzah64: Siapa yang kena transformasi ni TS? kerana pemimpin bergaduh, ahli yang huru hara. Mana ada Bahagian UMNO yang tidak bergelora dan berpuak-puak?

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

24 comments:

C L J said...

Loceng penggera yang agak lantang juga ni. Mudah mudahan ramai antara kita dapat membantu untuk sama sama menyampaikan degong deringnya ke sasaran. Semuga sampainya lebih berkesan. Inshaallah.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Orang dah biasa tidur, memang akan tidur walaupun malam masih muda. Pengantin baru pun segan nak tidur awal.
Umno akan sebuk bila ada pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan pusat. masa itulah kita lihat jentera2 parti serta balaci2nya bergerak aktif dan boleh tak tidur selama 48 jam atau lebih. Tapi bila habis sahaja pemiluhan, mereka ini akan kembali tidur bagai beruang di waktu musim sejuk.
Kesimpulannya... kalau dah memang kaki tidur, tidur juga ler...
Muhahahaha.. Khakkk... Ptuih...

Unknown said...

Salam.
Ini adalah teguran dan harapan yang cukup murni yang sepatutnya disambut dengan hati terbuka.

Seharusnya teguran ini diterima oleh semua UMNO Negeri dalam Malaysia, bukan terhad kepada UMNO Johor sahaja.

Selamat meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan tanahair.

Hidup Melayu.

anuarhashim said...

Sebak dada .mengalir airmata . ini bukan derama tapi rintihan yang sebenar ,rintihan dari keikhlasan hati . Kalau ini juga tidak di peduli . Maka siapkanlah tanah kubur untuk mereka yang lali dan tuli .Wasiatkanlah pada pengganti yang mungkin lebih peduli .Salam dari kawan jauh yang dah lama tak di peduli.Terima kasih Jimmy.

Anonymous said...

SLM BRO..SEPERTI DI JANGKA, SETIAP KEMENANGAN PASTI AKAN DI SUSULI DGN KELEKAAN. KELEKAAN YG PASTI MEMBAWA REBAH!. BILA DH REBAH JGN TAU MENUDING JARI PLAK..ADOIYAII!!

Unknown said...

Soalan cepumas!
Berapa kerat dari pemimpin UMNO (semua) yg boleh terima teguran sebegini..???
Suara2 yg sewaktu dgnnya bukan sedikit dan bukan sehari dua ini..tapi dah berkurun lamanya..NAMUN?
Apa hasilnya..? Golongan sebeginilah yg akan dipangkas @ dipancung dan ditanam tanpa nisan.
Demi 'ketuanan sendiri' perdulikan keutamaan lain..walaupun hasil-mahsumnya adalah kapal besar akan karam!

Unknown said...

Johorian....

Tepat sekali apa yang dinyatakan ditulisan tuan...

Bukan AP diIRDA sahaja tapi ADUN yang terpilih pun tak buat kerja... PESANAN SAYA KEPADA YB SG BALANG YANG KALAH DIPEMILIHAN LEPAS TUK KETUA WANITA BHG MUAR... ROBIA KOSAI YANG MAKAN DUIT ALLOWANCE HARAM (pasal tak pernah turun padang & asyik gemukkan perut di Bukit Antarabangsa)... TURUN LAH SESEKALI KE KAWASAN KAMU DARI PT NO 4 SAMPAI KE SERI MENANTI & PERHATIN KEPADA PENDUDUK YANG RATA-RATANYA PETANI... DAH DUA PENGGAL DILANTIK YB ..SATU HARAM JADAH PEMBANGUNAN PUN TAK DI ADA DIJALANKAN. MASA BANJIR KAU TAK DATANG, MASA MONYET & BABI BERMAHARAJA LELA SERANG TANAMAN KAU TAK NAK AMBIK TAHU, DAN KAU MMG YB SIAL YANG TAK TAHU DIUNTUNG.. INGAT KAU HANYA MENANG 2000+ UNDI SAHAJA PADA PRU12 DAN AKU GUARANTEE KAU KALAH NYER UNTUK PRU13..(TU PUN KALAU KAU MASIH DISUKAI OLEH MB)

Arif Omar said...

semuanya masih tidor lena. semuanya pengecut.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam pakcik C L J
Adakah pemimpin-pemimpin UMNO 'mesra' dengan media baru ni. kalau tak 'mesra' mana nak dapat maklumat spt ini. Kalau pemimpin2 tak berkesempatan, orang-orang keliling dia kena sampaikan.....

Salam cekodokmasin,
Ia betul....sebahagian besarnya hanya sibuk ketika hendakkan jawatan. Dah dapat jawatan sibuk pulak untuk mengayakan diri sendiri. Jadi, perwakilan dah rasa tertipu, pengundi pun sama sedangkan rakyat masih sayangkan parti. Pemimpin parti pulak banyak yang buat taik.

Salam Hamdan,
Ye begitulah....walaupun teguran ini ditujukan kepada beberapa MP tetapi ianya patut diambil iktibar oleh pemimpin-pemimpin Melayu seluruh negara.

Salam anuarhashim,
Mana-mana wakil rakyat yang tak proaktif harap jangan dicalonkan semula. Zaman UMNO memilih 'kawan' sudah berlalu. Nak selamatkan kawan atau rakyat?

Salam Jeffry,
Kalau ada orang kata UMNO sudah terlalu lama berkuasa sehingga pemimpinnya rasa selesa dan leka, mungkin ramai yang marah. PRU ke 12 sepatutnya mengejutkan lena mereka.

Salam LanaBulu,
Sepatutnya golongan profesional ini diberi peluang di dalam parti. Bukan tak ada yang melibatkan diri tetapi masih kurang. Mereka ini boleh digunakan sebagai think tank kepada parti. Janggan anggap golongan ini sebagai 'merbahaya' kerana mungkin tujuannya lebih ikhlas.

Salam hadie,
YB Robiah tu mungkin atas koata wanita UMNO dan malang sungguh di tempat saudara dia di tempatkan. Anak wakil rakyat dan biasa hidup mewah mana nak serasi dengan orang kampung. Betis yang gebu mana nak memijak tanah gambut di kg saudara. MB Johor kena ambil perhatian dan YB Mat Ismail sebagai ketua UMNO Bahagian Muo juga jangan terpesona dengan 'belahan dada' janda ni. Kalau Robiah diletakkan juga di DUN Sg.Balang, bawak 10 bas buat demontrasi aman di depan Saujana Johor.....Hj Mat dah kalah....berapa lagi kerusi di Muo yang nak kalah?

Alang said...

Salam.
Saya sangat setuju dgn apa yg telah diperkatakan. Golongan professional kini terasa disingkir dari terlibat dgn UMNO... Golongan "pemimpin" asyik dgn cliches & rhetorics cuma!!

Sehinggakan, tanah di jalan mustapha, berhampiran Mahmoodiah pun, kini diluluskan untuk bungalow mewah berharga RM1 juta sebuah dan Semi-D berharga lebih setengah juta sebuah! Siapakah yg bakal jadi pembelinya?

Begitu juga kawasan2 sekitarnya, yg dulu merupakan kg2 tradisi melayu...kini, sudah bertukar milik kepunyaan 'mereka"! Apakah yang telah dilakukan oleh UMNO dan para pemimpinnya? Adakah hanya leka mengumpul harta!

Orang melayu telah semakin terpinggir, di JB ni... Jangan asyik, "Sudah terhantuk, baru terngadah..!" Jgn disehingga nasi sudah menjadi kubur... Kalau dibiarkan tanpa "check n balance" ni, silap2 tanah perkuburan Mahmoodiah tuu pun bakal di jual...

Entah lah.. kekadang sampai dah tak kuasa nak fikirkan lagi!!

Walluhu'alam!

mukhtar said...

Amir,

Aku ingat ko pun sama dengan aku. Kita GURU DG44 cuba dijauhi oleh orang UMNO takut kita rampas kuasa. Mereka pegang jawatan hanya utk kuasa aje. Bukan untuk rakyat,agama dan negara.

Begitu golongan profesional lain, juga tak didekati oleh pemimpin UMNO peringkat kampung dan bahagian.

Golongan profesional ini kini telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Tak mustahil Johor akan jatuh ke tangan PR kerana pengundi UMNO veteran telah meninggal dunia. Pengundi akan datang adalah pengundi yang ada otak yang boleh menilai buruk baiknya.

Aku yang telah lebih 20 tahun meninggalkan Kampung Kundang Telok Rimba,Sg.Mati, Muar apabila balik kampung masih tiada perubahan keadaannya, masih sama sebelum aku meninggalkan kampungku itu iaitu pada 1984.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro arif omar,
Menjangkit lena Pak Lah tak habis-habis. huhuhu

Salam Alang,
Kita pun tak tahu tanah-tanah tu di bawah bidang kuasa siapa. Kerajaan Negeri kah, Pejabat Daerah kah, MPJB kah atau tanah milik persendirian. Kalau tanah milik persendirian, UMNO tak ada kuasa apa pun. Malangnya orang Melayu sanggup gadaikan tanah semata-mata untuk mendapat harga yang tinggi. Tak kira la ianya Melayu UMNO kah, Melayu PAS kah, Melayu PKR kah atau Melayu DAP kah. Melayu seperti yang ditulis oleh Tun M dalam bukunya 'Malay Dilema' ialah mudah mendapat untung segera. Asalnya tanah-tanah di bandar atau pinggir bandar adalah kepunyaan Melayu tetapi apabila sesuatu bandar itu berkembang pesat maka harga-harga tanah turut melambung. Di kala ini lah tanah-tanah ini akan dijual kepada pemodal yang mampu membeli dengan harga yang tinggi. Itulah sebenarnya yang berlaku dengan tanah-tanah Melayu di bandar sejak zaman British lagi. Pada hal, bandar-bandar di Malaysia ini kebanyakkannya di buka oleh pembesar-pembesar Melayu. Kealpaan dan kelekaan ini sebenarnya telah dilekakan oleh British dan kaum pendatang yang kaya sehinggalah ianya berlarutan sehingga kini. Apa UMNO boleh buat? PKR atau PAS juga apa yang mampu? Kesemua mereka ini hanya parti politik. Yang boleh mengubahnya ialah sikap dan mentaliti individu yang bernama Melayu itu. Peraturan, undang-undang, akta atau apa sahaja belum mampu untuk mengubah corak pemikiran orang Melayu. Bayangkan tanah 'rizeb Melayu' pun boleh bertukar tangan kepada bangsa asing. Kerja siapa semua ini? kerajaan? atau tuan tanah, kakitangan pejabat tanah dan mereka yang mempunyai kuasa dalam hal berkaitan?

Salam mukhtar,
Dahulu, di awal kemerdekaan sehinggalah tahun 1980an, kepimpinan UMNO Bahagian dan akar umbi dikuasai oleh golongan guru. Mereka ini betul-betul 'BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT'. Hidup mereka macam biasa di tengah-tengah kemiskinan orang kampung. Mereka hanya menyerahkan jiwa dan raga kepada parti.
Masa dan zaman pantas berubah, nikmat kemerdekaan telah melahirkan ramai profesional Melayu, usahawan dan ahli perniagaan. Mereka ini telah mengambil tempat golongan guru dan UMNO telah mengalami tranfomasi kepimpinan yang ketara. 'BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT' hanya menjadi lagu parti dan mereka ini khayal dengan kekayaan yang diperolehi akibat pembangunan pesat ekonomi negara. Namun ianya bukan menjadi kesalahan tetapi jangan mengabaikan slogan 'BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT' itu untuk tembolok diri sendiri. Sepatutnya kekayaan itu diagih-agihkan semula kepada parti dan kerajaan. Bukan semua yang lupa diri tetapi masih ada juga yang menyumbang semula kepada parti secara senyap-senyap.
Bagi golongan profesional pula mungkin ada halangan mengapa mereka tidak berjaya menyusup ke dalam parti. Bagi kawan ianya adalah faktur luaran dan faktur dalaman parti dan individu profesional itu sendiri. Mungkin boleh tanyakan kepada golongan profesional seperti peguam, arkitek, akauntan yang sudah berada di dalam UMNO. Bagaimana mereka boleh diterima dan sekarang mungkin ada yang sudah diangkat sebagai pemimpin.

Alang said...

Salam Sdr Amir,
T kasih di atas perkongsian pandangan dan maklumat secara ilmiah dari sdr tu. Teruskan usaha yang baik dalam mengimmarahkan nikmat ilmu yg dianugerahi Allah itu!

Merujuk kpd pembangunan tanah di Jln Mustapha itu, tanah2 tsbt adalah sebahagian dari tanah2 kuarters kerajaan, milik kerajaan negeri yg buat masa ini diduduki oleh kakitangan Jabatan Pelajaran dan juga kakitangan JPS klu tak salah saya. Tanah2 di sini berstatus antarabangsa!

Manakala yang di Nong Chik pula kebanyakannya riazab melayu katanya!

Persoalannya, mengapakah sakibaki tanah2 "prime-land" di kawasan bandar2 ni pun kerajaan Melayu yg sedia ada, tak ada rasa sayang sedikit pun untuk melepaskannya ketangan lain2 bangsa!! huhuhu... Wassalam!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Alang,
Saya tidak dapat nak komen lanjut kerana fakta dan maklumat yang tepat sewajarnya dirujuk kepada jabatan dan pejabat yang berkenaan. Kadang-kadang kita sering membuat andaian sendiri atau 'rasa-rasanya' atau sesuatu yang kita sendiri tidak pasti.

Jangan tunggu pemimpin Melayu bertindak kerana kadang kala bukan semua perkara di dalam pengetahuannya. Individu Melayu yang perihatin juga boleh melakukannya jika mahu.......

Dollah said...

ITULAH HEBATNYA UMNO. KITA PERLU SOKONG UMNO PADA PRU13 AGAR MEREKA TERUS MENGUMPUL HARTA DAN TIDUR DENGAN LENA

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Dollah,
Apa jaminan yang lebih baik yang boleh diberikan oleh PKR,PAS dan DAP? Sedangkan mereka lebih buruk daripada UMNO. Sekurang-kurangnya kawan boleh bersuara di dalam UMNO, boleh menegur dan boleh mengkritik secara membina. Bukan semua pemimpin UMNO yang buruk tetapi daripada DAP biarlah kawan memilih 'UMNO'. Sejahat-jahat UMNO, pernah juga berjasa pada orang Melayu. DAP? hehehe

Geng Samudera said...

Salam,

Kekadang, kena sound direct jugak pemimpin nih face to face....
Pastu,baru tau buat keje....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Geng Samudera,
Lama tak dengo cerita....hehehe

Wakil rakyat kawan memang dah 'bingit' telinga kena sound memanjang. Rakyat pun ada KPI sendiri. Setakat ni wakil rakyat Parlimen atau DUN kawan memang dengo kata.......hehehe

Unknown said...

salam kekawan
dimana mana pun sama prkara macam ni, ni dekat negeri pm pun sama cawang kampung,cawangan daerah, cawangan negeri tak da buat apa pun yg selalu nampak poster pas tampal kat pokok2 tiap bulan ada je aktiviti,umno tak tau ujud ke tidak? depa semua tak tengok nasib kawan depa ds khir toyo kat selangor tu..di inaya dan dipermain oleh keadilan.. nasib la beb

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam airman_1,
PAS dan PKR masih mengekalkan 'media tradisional' mereka. Ceramah-ceramah mereka tetap berjalan seperti biasa walaupun bukan musim pilihanraya. Perang saraf mereka dibantu oleh media cetak dan internet.

Bagi UMNO/BN pula bergantung kepada media cetak dan media elktronik dan sekarang ini media alaf baru iaitu blog, facebook dsbnya. Bagi generasi muda, mungkin ianya lebih menarik. bagi golongan veteran dan kumpulan yang belum celik komputer, cara tradisional memang diperlukan.

Bagi UMNO, Biro penerangan mereka kurang memainkan peranan. Jawatan mereka sekadar ada sahaja tetapi sumbangan kepada parti amat meragukan. Justeru itu, mungkin saudara merasakan bahawa Biro Penerangan Bahagian terutamanya tidak cergas berbanding di pihak PR.

D.a.n.i.a.l said...

salam saudara amir
memang betul umno ada blog,ada ada paper kerajaan, star(mca)? contoh
ada tv, ada radio dsbnya, tapi orang2
kampung ni pemangkah setia nak tengok kat mana. sebenar sesuatu kumpulan itu dapat brjalan sekiranya ada aktiviti,bukan semestinya buat ceramah saja, cawangan kg misalnya boleh mengada aktiviti hari keluarga,
rombongan pelancungan dsbnya dari situ baru lah dapat dilihat kemajuan sesebuah parti politik tu
sbgaimana yg saudara tau pru12 hanya tinggal umno saja yg brjaya mengekalkan kerusinya, mca,mic, gerakan dah hilang apakah mereka2 ini dapat kmbali kerusi mereka?
bagi saya ianya amat tipis, sekarang ni orang umno dan penyokong umno semakin ketinggalan
dalam segala segi. kepercayaan mereka kepada umno semakin pudar(tak mau sentuh 1malaysia) sebagaimana apa yg saya rasakan satu demi satu benteng orang2 melayu hilang secara tidak disedari. umno sbgai tunggak bn kalau tidak di bela/dilihat dibela apakah akan trjadi pada pru13 secara peribadi saya merasakan amat sukar fikir..fikirkanlah

Selempang Merah said...

Salam bro Amir..
Selempang Merah kembali lagi..

Taniah kerana berani memberikan teguran yang bernas dan membina untuk YB UMNO di Johor khususnya.
Kita berani menegur YB-YB UMNO kerana kita masih sayangkan UMNO daripada karam setelah dikemudikan oleh pemimpin yang lembik, lembab, pemalas macam "pahat dengan pemukul", kaki temberang macam "tanam tebu di tepi bibir", penakut, tidak kreatif, tiada pendirian dan syok sendiri. (Walaupun tidak semua pemimpin UMNO seperti itu, tapi.. kerana "nila setitik, susu sebelanga rosak".

Secara jujurnya UMNO Johor masih seronok mengelamun dan banyak berangan. Malah MB Johor pun lebih seronok dengan hiburan berbanding sebelumnya.

Saya amat berharap kepada mereka yang berpeluang bersua dengan mereka yang berkenaan, belajar-belajarlah menjadi orang yang berani menegur dengan teguran yang membina dengan memberikan cadangan yang bernas.

Insya'Allah, pasti mereka akan terima. Ini mengikut pengalaman saya ketika berpeluang dalam perjumpaan khas bersama pemimipin2 tertinggi UMNO dahulu (itupun di era Tun Mahathir). Walaupun saya terlalu muda dalam politik ketika itu, namun teguran yang membina dan cadangan yang bernas didengar, diterima, dan dilaksanakan sehingga kini.

Wallahu'alam..

zedmagel said...

Salam Saudaraku Amir,

Satu jolokan kepada sarang tebuan yang lembap dan beku.

Memang patutpun UMNO Johor membuat sesuatu yang berkesan untuk menggerakkan akar umbinya dan pengundi yang masih setia kepada BN.

Jangan lah tidur berdengkur dan leka diulit mimpi yang tak sudah.Mana kepimpinan baru UMNO Johor yang akan jadi pelapis di tahun 2020 nanti?

Bagus

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam D.a.n.i.a.l,
Saya rasa kerajaan pusat sedang berusaha untuk memulihkan UMNO dan BN. Kesemuanya ini perlukan sokongan semua pihak terutama parti-parti komponen BN dan rakyat. Kita harus sedar kekuatan pembangkang dan kerajaan adalah seimbang buat masa ini. Apa lagi yang perlu dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin setelah mengambil alih daripada kerajaan yang kehilangan 2/3 majoriti di Parlimen?

UMNO dan BN jarang mengalami keadaan selemah sekarang. Kita mungkin tidak terlibat secara langsung atau tidak mengambil tahu dengan perkembangan politik setempat. Untuk menuduh kerajaan tidak melakukan sesuatu mungkin tidak adil kerana kebanyakan MP sedang berusaha untuk turun ke bawah sekerap yang mungkin. Namun untuk memenuhi tuntutan semua pihak dalam masa yang singkat agak sukar dilakukan. Walau apa pun tumpuan sebenarnya kepada pihak pembangkang walaupun hakikatnya mereka juga tidak mampu berbuat apa-apa.

Salam Selempang Merah,
Sebenarnya budaya menegur dan mengkritik pemimpin hidup subur di dalam UMNO. Cuma budaya menegur dan mengkritik itu tidak dianggap sebagai memberi pendapat yang membina sebaliknya sebagai satu tuduhan untuk memburuk-burukkan kepimpinan.

Ada teguran yang berasaskan fakta atau ada juga yang berbentuk fitnah. Tidak hairan di dalam UMNO sendiri perpecahan dalam kepimpinan khususnya di peringkat bahagian amat ketara.

Saya yakin untuk UMNO pulih semula seperti era Tun M agak sukar dalam waktu yang singkat. kebencian sebahagian rakyat terhadap kerajaan masih meluap. Najib sebenarnya sedang berusaha dalam kebingungan.

Salam Hj Zedmagel,
Saya tidak rasa mereka semuanya tidur berdengkur cuma pergerakan mereka tidak atau kurang atau mungkin tidak diambil tahu oleh rakyat. Bagi mengatakan UMNO Johor tidur lena mungkin berlaku di sesetengah-sesetengah tempat. Cuma buat apa la sekarang ini, semuanya nampak tak kena.