Tuesday, December 8, 2009

Happy Belated Birthday Wishes 'Segalanya Mungkin'


Dalam kesibukan dengan kerja-kerja harian ,rupa-rupanya sudah setahun usia blog 'Segalanya Mungkin' ini. Tulisan pertama kawan ialah pada 5 Dis 2008 yang bertajuk ' Rasuah : Ada Agenda Tersembunyi'. Sehingga hari ini blog ini mengandungi 295 tajuk yang kebanyakkannya menyentuh hal ehwal politik negara.

Kini blog ini sudah berusia setahun 4 hari. Kawan akui, tulisan-tulisan di dalam blog ini kadang-kalanya bersifat 'racist'. Sesungguhnya dalam sesebuah negara yang rencam dengan pelbagai etnik , perasaan 'racist' itu sukar untuk dibendung. Sedikit sebanyak sifat 'racist' di dalam diri kawan ini menyebabkan jati diri dan sayangkan kepada agama, bangsa dan negara itu semakin menebal. Bagi kawan sifat 'racist' itu ada pada setiap diri manusia itu tetapi ianya bukan untuk memusuhi atau membenci sesama makhluk bernyawa kerana semua makhluk ini adalah ciptaan Allah dan kepunyaannya.

Selama setahun 4 hari ini, 'Segalanya mungkin' sudah menarik 155 orang followers disamping telah memikat pembaca daripada 63 buah negara. Pembaca teramai tentunya daripada negaraku tercinta Malaysia. Sehingga jam 2.27am 9 Disember 2009, 'Segalanya Mungkin' telah dikunjung oleh 16991 orang daripada Malaysia. Flag Counter ini diwujudkan sejak 11 Jun 2009. Secara purata sejak Jun 2009, setiap bulan ' Segalanya Mungkin' dikunjungi seramai 2832 orang.

Selain daripada Malaysia, pengunjung-pengunjung juga ada yang datangnya daripada United States 404
Singapore 270
Brunei Darussalam 214
United Kingdom 129
Japan 104
Indonesia 85
Australia 78
Kebanyakkanya mungkin rakyat negara tersebut atau setidak-tidaknya pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana.

Kawan juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung, followers, pemberi komen sama ada yang dikenali atau tidak dengan ucapan terima kasih daun keladi. Maaf juga dipohon jika ada tulisan kawan yang menyinggung perasaan dan menguris hati saudara-saudari sekelian.

Nikmatilah jamuan alam cyber daripada kawan:




hehehe.....jangan mare..


Amir Hamzah
Bandar Penggaram
www,amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

9 comments:

Anonymous said...

adeiii... lapa la gini abg amir, dera perut taw...

Anonymous said...

amboi! sambut besday blog sampai potyong pulut kuning + nasi baryani gam ker???

wah wah wahhh!!!
ngape x ajak saya join sepinggan?
xq

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Assalamualaikum.

Salam Ulangtahun bagi blog saudara.Semoga saudara terus berkarya dan menggunakan platform dunia blog ini untuk memperkembangkan jihad Islamiah di negara Malaysia ini.

Anonymous said...

AISEYMAN BRO!..JGN LA MENDUGA TEMAN DGN HIDANGAN2 YG MENGECURKAN TU. KAT MANA NAK CARI PAGI2 BUTE MCM NI HEHEHE. APA PUN TAHNIAH DAN SLMT HARI BLOGING YG KE 1 TAHUN 4 HARI! HUHUHU..BLASAH TETAP BLASAHH YEAAAHHHHHH!!!!

Arif Omar said...

tahniah, tahniah

KUNTONG said...

Dah setahun ya...diam x diam . Happy birthday wahai "Segalanya mungkin" semoga terus maju dgn kritikan dan ulasan demi untuk agama,bangsa dan negara.(walau pun ada Melayu yang tak sayang bangsanya).Hei... yg dekat-dekat ni takkan dengan jamuan maya saja kot.(sedia menanti)

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Teja,
Saja nak mendera.....hehehe

Salam J@J@ / Bini The Rock,
Kita orang buat jamuan kat alam cyber je.....sapa2 boleh jamah sorang sedikit. hihihi

Salam PENA MINANG,
Terima kasih atas sokongan dan doa. Jangan doa sampai 'pecah perut' dah le

Salam Jeffry,
Saja nak bagi sarapan kat awk pagi-pagi dengan pulut kuning. Meleleh jugak dengan bariani gam tu ye....

Salam Arif Omar
Terima kasih bro.....

Salam Pak cik KUNTONG,
Alam Maya boleh, alam nyata tentunya lagi boleh.....

mukhtar said...

Amir,

Sedap nampak kek dan sirap bandung tu!
Made in Batu Pahat ke?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mukhtar,
Itu bukan kek Tar....Itu pulut kuning. Nasi Briyani Gam Batu Pahat dengan sirap bandung tu memangla berasal daripada Batu Pahat. hehehe
Terliur ke.....?