Tuesday, August 25, 2009

Usik , Sindir Atau Hina Perdana Menteri?


Perdana Menteri ialah menteri yang paling kanan dalam kabinet, sebahagian cabang eksekutif dalam sistem berparlimen. Walaupun perdana menteri biasanya merupakan ahli politik, ini tidak semestinya.

Dalam banyak sistem, Perdana Menteri memilih serta boleh memecat ahli-ahli kabinet, dan memperuntukkan jawatan kepada ahli-ahli dalam Kerajaan. Dalam kebanyakan sistem, perdana menteri merupakan pengerusi kabinet. Dalam sistem demokrasi berparlimen seperti di Malaysia, perdana menteri ialah ketua kerajaan, manakala ketua negara ialah DYMM Seri Paduka Baginda yang di Pertuan Agong.

Hari ini, Najib Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 dan beliau adalah ketua kerajaan Malaysia. Walaupun kerajaan yang dipimpin oleh Najib gagal mendapat majoriti 2/3 kerusi di Parlimen tetapi kerajaan yang ada adalah pilihan majoriti rakyat Malaysia.

Tun Abdul Razak pernah dibaling dengan buah tomato oleh pelajar-pelajar Malaysia ketika Allahyarham Tun melawat China pada tahun 1974. Hari ini anaknya, telah dilaporkan oleh Malaysiakini disindir oleh sebuah majalah humor di dalam tajuk beritanya 'Sindir PM, majalah humor dirampas'. Antara kandungannya, ialah memaparkan gelagat Najib yang tersilap mengibarkan BENDERA MONGOLIA bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Nampaknya walaupun Najib sudah bersumpah tiga kali bahawa beliau tidak mengenali siapa itu Athantuya Syahribu sekali gus menafikan penglibatannya di dalam kes pembunuhan yang telah pun selesai tetapi ceritanya masih 'hidup' hingga ke hari ini.
Majalah humur ini benar-benar ingin mengusik Perdana Menteri dan setakat mana Perdana Menteri boleh menahan sabar.

Sama ada ianya mengusik, menyindir atau menghina Perdana menteri, kita ingin melihat apa tindakan ahli-ahli UMNO, Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu Najib dan juga Najib sendiri. Kes ini nampak seperti lawak jenaka tetapi siapakah target atau kumpulan sasaran majalah ini. Walaupun majalah ini bersifat Humor sambil bersantai tetapi mempunyai impak yang besar. Tentulah mensasarkan golongan muda, belia, peminat-peminat majalah Humor tanpa mengira umur malah lebih parah golongan kanak-kanak. Tidak terkecuali pelajar-pelajar sekolah dan IPTA. Kesannya adalah kesan jangka panjang dan majalah ini ada agenda tersembunyi.

Saya tidak hairan dengan situasi semasa kerana serangan peribadi sudah menjadi senjata ampuh untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin. Sambutan kemerdekaan kali ke 52 semakin hampir, ini bermakna sudah 52 tahun negara mencapai kemerdekaan. Kita sudah mempunyai 6 perdana menteri. Malangnya PM yang ke 6, sering diusik, disindir dan dihina dengan perkara yang sama. Di manakah nilai dan penghormatan kepada jawatan Perdana Menteri sebagai ketua negara?

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

12 comments:

KUNTONG said...

Rakyat Malaysia jenerasi baru ni memang belum pernah jumpa susah.Itu sebab dia buat macam "kurang ajar" sikit. Mereka belum pernah rasa apa itu kesusahan, ketakutan dan segala bentuk penderitaan. Itu sebab mereka buat kerja-kerja yang boleh membawa penderitaan kepada jenerasinya yang akan datang. Lantak le dia, mereka nak rasa agaknya.Di masa akan datang, kalau negara kita macam IRAQ ha..baru depa rasa. Ketika itu menyesal tidak berguna.Jenerasinya akan berak tahi cair kat kuburnya, bukan bacakan doa atau fatihah.

dhomnirhahs said...

puncanya senang je .. PM ke 5

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Apalah motifnya kalau bukan nak hina atau memperlekehkan orang lain. Ala Zunar tu kan kartunis yang cari makan...

surau al-falah pandan jaya said...

Salam semua!
Kalau kita sendiri rakyat Malaysia tidak hormat kepada PM, ini bermakna kita tidak setia pada negara.Saya berharap agar mereka-mereka ini sedar apa yang telah mereka lakukan.Inilah dasar pemikiran pembangkar yang tidak akur tentang apa yang berlaku.Istighfar banyak-banyak dan muhasabah selalu.

Kulup_Arapayung said...

Najib tiada kekuatan untuk memperkuatkan umno. PR 13 umno tinggal o saja umn hilang.Dia baik sikit daripada Bodohlah. Dah lebih 100 hari .... apa pun takdak...
Nakkan sokongan cina melayu diabaikan.. tapi di PP kita tahu cin tak undi umno pun. MCA & Gerakan tak rugi apa-apa.

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Itulah cara orang Malaysia mengusik...YAB PM nya..Dah adat menjadi pemimpin mesti tahan dengan cabaran dan dugaan sebagai pemain politik utama.

Di negara kita ni hanya usik mengusik dan menghina sahaja.
Di negara lain mereka bergurau lebih kasar, ada tunjuk perasaan selama 4 bulan ( macam Thailand) ada yang cuba gulingkan PM dan kerajaan, kita tak lah sampai macam tu...

Orang tua said...

Salam Sejahtera Bro,

Saya menyokong apa yang di katakan oleh dhomnirhahs.

DSNTR mewarisi pemerintahan Tun Lah, Kerajaan yang dapat kurang majoriti 2/3. Sebabnya kenapa, terlalu berlembut. Pegi lepaskan Nuar nak dekat PRU 12 pulak tu..., siapa yang suruh?????

Sekarang DSNTR kena cuci mangkuk.... Beliau perlu lebih bertegas ddalam semua aspek. Janganlah menyambung kelembutan yang Tun Lah tinggalkan.

KDN perlu peka dalam hal penerbitan begini. Jangan kasi muka.

Nanti makin MUA.

Zunar nak cari makan pun, agak-agak lah....
KDN kalau patut dakwa, dakwalah, agar jadi pengajaran kepada yang lain.

Jangan kita samakan Msia dengan negara jiran atau lain2nya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Semua....Selamat Berbuka Puasa.

Salam pakcik Kuntong,
Saya pun tak pernah rasa zaman Jepun, Zaman Komunis dan zaman makan ubi kayu. Walaupun tak melalui zaman itu tetapi boleh merasakan sedikit keperitan itu ketika bekalan letrik terputus, bekalan air tergendala seminggu atau banjir besar. hehehe insaf....

salam dhomnirhahs,
Setuju....sokong.... angkat tangan, berdiri dan berdiri atas kerusi lagi. Sokong bebenor....

salam cekodokmasin,
betul bro....kawan pun tak kisah dia nak cari makan. Yang kawan kisah ni, kartunis je sekeh Najib. Macamana pulak najib nak sekeh Nuar. hihihi

salam hami,
Tun Mahathir pun si Zunar ni mainkan. Ingat tak gambar hidung Tun tertunggok macam Gunung Banang. huhuhu..

Sakam Kulup_Arapayung,
Kenapa ia Najib tak ada kekuatan? Masalah dirinya sendiri? Masalah Rosmah? Masalah UMNO? apa puncanya ye yoep Kulup? hehehe

salam bro zedmagel,
Kawan tak kisah dia nak bergurau ke atau apa pun. Ingat tak dia ni lukis gambor hidung Tun macam gunung Banang dan kata Tun Maha Firaun dan berbagai-bagai maha lagi hehehe. Apa kena mengena dengan Thailand pulak bro....ni Malaysia da.....

Salam bro Orang Tua,
Hishamuddin tak nak deffence ke sepupu dia? Ganas macam zaman Tun M dikatakan kejam pulak, lembik masa zaman Pak Dollah dia orang ni naik tocang. Najib banyak play safe........Rasa macam unfinish business aje. Entah la bro......
Zedmagel tu adik angkat Najib bro....hehehe

HALIM said...

Salam Mir
Satu penghinaan kepada PM kita...orang melayu dah tak hormat pada orang melayu..dia mungkin hendak melihat bangsa lain memerintah negara kita Malaysia,kalau di luar negara contohnya England....dah lama depa ni kena cekop..dok senyap-senyap tak tahu kat mana...hilang begitu sahaja..perlu ada tindakan tegas..pada depa ni..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro Halim,
Siapa nak bertindak?
Nak suruh Hishamuddin pondan? hehehe
wassalamu.....

Anonymous said...

SLM BRO..SORI LA LAMA X BERKUNJUNG SB TERPAKSA MEMBERESKAN BEBERAPA KEJE2 PEJABAT YG TERBENGKALAI ARITU HEHEHE..MAKLUM LA KWN NI BKN BLOGGER UPAHAN. TP BTUL LA ULASAN BRO..BN MESTI ADE WOW FACTOR KLU NAK MENANG PD PILIHANRAYA NANTI..CUKUP TERASA BILA TUN M BERUNDUR..ADOIYAII

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Jeffry,
Heran juga kawan bila bro lama menghilang.......saya setuju dengan bro...BN macam tak cukup resepi kurang perisa sikit la sekarang......