Monday, August 24, 2009

Hairan : Anwar Tidak Pernah Belasah Ezam!


ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh telah keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas. Sama ada dia keluar atas kehendak dirinya sendiri atau kerana 'dibeli' oleh UMNO bukan perkara penting. Rakyat bukan hirau sangat macam mana dia keluar tetapi rakyat hendak tahu sebab apa dia keluar. Peristiwa keluar masuk parti ni bukan cerita aneh waktu ini. Sekejap heboh orang UMNO, MCA atau MIC masuk PKR, tidak lama keluar berita orang PKR keluar parti pulak. Rakyat tidak hairan pun. Paling lama orang bercerita cuma sehari.

Alkisah ceritanya kenapa ADUN Lunas ini keluar PKR telah pun diceritakan oleh pembantunya, bukan tuan badannya sendiri. Kononnya,masalah kekurangan dana dan masalah berpuak-puak dalam parti.Beliau sudah lama tidak puas hati terhadap kepimpinan PKR peringkat pusat dan negeri.

Kalau minta kerajaan Kedah logik juga tidak berduit tetapi PKR pusat tidak mungkin tidak mempunyai duit yang cukup. Rasa-rasanya DUN ini pun maklum benar PKR pusat memang berduit sebab itu dia merajuk. Disebabkan beliau ini bukan kroni rapat Anwar sudah tentu layanan tidak sama dengan layanan Anwar dengan Azmin Ali misalnya. Mungkin DUN Lunas ni tidak sedar diri agaknya. DUN Lunas ini tidak tahu kah masalah kronisme dan nepotisme sudah disuburkan oleh Anwar ketika dia dalam UMNO lagi?

Dakwaan kekurangan dana dan masalah berpuak-puak di dalam parti ini diulas atau tidak oleh Anwar semasa beliau memberi komen kepada DUN Lunas yang keluar PKR. Ikuti ulasan Anwar di bawah ini yang dipetik daripada anwaribrahimblog.com:

Mengkhianati Amanah Rakyat Hanya Menggamit Jalan Buntu

'Hari ini saya difahamkan Adun Lunas Sdr Radzhi Salleh telahpun mengisytiharkan keluar dari parti. Pimpinan parti sememangnya memandang serius prestasi beliau yang terbukti lemah sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri. Turut mengecewakan pimpinan ialah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah dan masalah perkahwinannya di Thailand. Amaran keras telahpun diberikan agar segera meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuh khidmatnya di kawasan. Nampaknya nasihat dan amaran kami tidak beliau endahkan, lalu mengambil tindakan mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Apapun alasan yang diberikan oleh beliau, saya berharap Sdr Radzhi sedar bahawa jangan sesekali bertindak mengkhianati amanah rakyat. Kerana “sesiapa yang menyemai angin, dia pastinya menuai badai.”

Seperti yang dijangkakan, mendekati tarikh mengundi Selasa ini, pastinya ada serangan bertujuan mengalih pandangan bersertakan cita-cita menggugat kerjasama kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Adakah episod ini membabitkan tawaran sogokan jutaan ringgit? Saya tidak yakin SPRM yang dicurigai kewibawaannya mampu menjalankan siasatan tanpa ditunjuki serta berupaya memberi sebarang penjelasan memuaskan'

Jika kita lihat komen Anwar ini tidak pula dia menjawab berkenaan dengan masalah kekurangan dana dan perpecahan dalaman PKR termasuklah isu berpuak-puak dalam PKR. Sebaliknya mengatakan ADUN ini telah 'dibeli' berjuta ringgit. Setidak-tidaknya jawab lah dakwaan ADUN tersebut. Kalau tidak jawab, orang akan bersangkakan benar. Jadi kesimpulannya, kalau semasa baik, ADUN ini akan disanjung tetapi apabila sudah tidak tidur sebantal habis madu sepah dibuang. Keluarlah prestasi kerja yang lemah, tuntutan perbelanjaan melampau dan kahwin lain di Thailand. Kasihan......

Paling muskhil di hati saya, kalau ada DUN PKR keluar daripada parti mereka, tunggulah komen dan ulasan Anwar. Tetapi sudah hampir setahun Ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor keluar PKR dan masuk UMNO belum terdengar lagi Anwar 'membelasah' Ezam kecuali pencacai-pencacainya saja. Adakah kerana Ezam banyak menyimpan rahsia-rahsia Anwar? Tidak teringin ke Anwar membelasah Ezam sedangkan Ezam sudah pun 'menelanjangi' Anwar beberapa kali terutamanya semasa PRK Permatang Pauh dahulu. Sabar menanti........

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

13 comments:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Fighter said:
Aug 24th, 2009 at 3:28 pm

Salam DSAI.

Nk buat cmne, same2 main api, same2 main kotor. Give and take baik PR or BN.

Ape2 pon, pade pandangan aku, due2 puak politik ni x menjanjikan kesejahteraan untuk ummah Islam dan manusia sejagat.

Sorry to say.. I really believe that there will be other people or group yg akan diizinkan oleh Allah Azzawajjal untuk mempertahankan kesucian agamaNye.

Politik demokrasi berpilihanraya mengiktiraf kejumudan dalam perjuangan. Sentimen mendahului fakta!

Sedangkan baginde SAW selame 23 tahun berda’awah dengan mengemukakan hujjah yang berfakta. Tetapi politicians acuan demokrasi lebih senang memanipulasi emosi orang lain untuk mendapat kepercayaan dan kuasa.

Seperti ape yg terjadi kepada PAS. Kebencian kepada UMNO telah dimanipulasi, sehingga parti ini telah melakukan ape yg sebelum ini mereke tentang.

Hingga hilangnye semangat mentarbiyah, diganti dengan semangat memburuk2kan org lain.

DSAI, aku akui yg DSAI ade karisma, bijak berpidato, tetapi kalau isinye tidak menjurus kearah kehebatan Islam, ape maknenye?

Untuk bicare soal kebajikan, Gandhi dan Mother Teressa sudah melakukannye. Tetapi untuk menghujjah kebajikan yang dianjur Islam, yg kite wajib percaya sebagai the best system yg wujud, aku fikir jgnkn DSAI, PAS sendiri belum berjaye melakukannye.

Maaf jike keterlaluan, tetapi aku dgn rendah diri tetapi teguh berani mengatekan yg politik PAS tidak jauh bezenye dengan UMNO. Jatidiri anda semue kelihatan terlalu mengikut warne..

Saye berharap DSAI, dgn kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT, muhasabbah diri dan manfaatkannye untuk da’awah Islam.

Ingat DSAI, tidaklah Nabi SAW itu diutus untuk mewujudkan sebah negare Islam, sebaliknye baginde SAW diutus sebagai penyampai risalah agung ini.

Cumenye, apabile risalah indah ini berkembang, barulah perlahan-lahan terbentuknye pelbagai nilai-nilai Islam yang berfizikal. Adenye ilmu sains Islam, politik Islam, negare Islam dsb.

Dengan kate lain, tiade permulaan yg lebih penting selain membangunkan rohani terlebih dahulu.

Oleh itu, cube DSAI pandang tepat kpd sahsiah ummah kale ini. Dan jike anda nampak kecelaruan dan kerosakan itu, salahkan diri sendiri. Jgn salahkan UMNO atau pihak lain.

Tanye diri sendiri, ape yg kite buat sebenarnye? Memusnahkan kerajaan BN itu tidak menjanjikan ape2.

Kebathilan yg ade pade UMNO wajib kite ubah, tetapi menggantikannye dgn kebathilan baru hanye akan mengundang keburukan yg tak sudah2.

Wallahualam.

Lin said...

Salam

Semoga Allah memberi kemenangan kepada calon BN/UMNO dan mengajar PAS yang bongkak dan hina ini

Salam

hilbert said...

Salam sdra Amir,

...ada sesuatu yang masih menjadi misteri kepada kita pasal Anwar yang ada didalam genggaman Ezam tu...

Unknown said...

a'kum,
cuba lihat sejarah adun PKR keluar parti.... mesti ada kes dgn SPRM. Cuba tgk bebetul. kecuali Fairus. Sbb dia tak keluar parti, kes dibuka semula.
tgk adun PKR di Perak... senyap aja la ni.
ada tiga kemungkinan...
1. dibebaskan sbb tak ada bukti
2. didapati bersalah tetapi boleh merayu, kedudukan adun tak gugur
3. dibicarakan/rayuan selepas PRU13 sbb takut kalau kalah kes, PR boleh amik kuasa semula.

begitu juga adun Galas, kedah.. ada kes SPRM dan ada asas utk dibicarakan. mungkin utk mengelakkan hukuman, maka dgn keluar PKR, pertuduhan itu dianggap tiada bukti kukuh. Tak caya tengokla nanti.

kenapa DSAI tak hentam Ezam. Cuba paparkan keratan akhbar DSAI hentam orang, kecuali yang dia benar2 sakit hati spt Mahathir, Rahim Noor. Itu pun apa yang dikata adalah benar.

UBN, kalau SPRM benar2 berkecuali, dah tentu ramai pemimpinnya dakwa. Tapi oleh kerana ia alat kerajaan, sukar nak dipercayai.

Tapi dah tuan punya blog ini orang UBN dah tentu buta mata/ buta hati. yang lurus, yang bengkok semua ikut sbb dah dasar saya yang menurut perintah.

Tapi sya sbg orang yang tidak berparti, yang berada di tengah2, sentiasa menilai mana baik dan mana buruk.
Dan yang selalu nampak buruk (parti yg mendakwa wakil/ada wakil org melayu) adalah UMNO dan PKR.

salam.

zedmagel said...

SALAM BRO AMIR,

APA MAKSUD BRO ANWAR TAK PERNAH BELASAH EZAM? BELASAH APANYA.?

JOM KITA PAKAT RAMAI-RAMAI KELUAR PKR KALI NI.KITA MASUK BN DAN TUMBANGKAN PKR KAT SELANGOR. NEGERI KEDAH NASIB BAIK PAS PEGANG KALAU PKR DAH LAMA TERGADAI MACAM PERAK...

Jumayatara said...

Salam Otak Geliga

Tersebut nama Ezam. dia ada berkempen ke di Permatang Pasir? Di Manek Urai, Ezam tak berkempen , UMNO dapat majoriti besor walaupun kalah.

Kerel Bort said...

kesian, keluar dari parti je kena serangan peribadi...

tidak ke baik sekiranya tak mendedahkan keburukan orang, sebaiknya, ucapkanlah terima kasih atas sumbangan dan jasa-jasa semasa masih bersama dengan PKR dan ucapkanlah kekecewaan kerana tidak dapat menyelesaikan masalah yg di hadapi secara mendalam sehingga menyebabkan perselisihan faham yg menyebabkan kepada keluar parti.

masalah perkahwinan di thailand? macammana(amek dr surat layang SPRM) dgn perkahwinan yg terpaksa melarikan anak orang kerana di acukan senapang di kepala? aa kan dah.. aku plak memburukkan orang... yg pentingnya bernikah secara sah.. supaya tidak terjadi anak luar nikah.. ops.. terkena kat orang lain plak... jahat betol.. bulan2 ramadhan yg mulia ni kenapalah nak memburuk-burukkan orang. Islam ke tu? pi bukak pose lah.. dr sekadar menahan lapar dan dahaga...

Arif Omar said...

ezam tahu dan ada bukti pengliwatannya. itu yang tak berani sentuh tu. mungkin juga dia pernah mengorat ezam kot. he he he. Tanya aje bukan fitnah.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Tungaklangit,
Nampaknya doa kita belum lagi dimakbulkan.

Salam sejahtera hilbert,
Ezam memang banyak menyimpan rahsia. Rahsia semua pejuang-pejuang reformasi sama ada yang kekal atau yang telah beralih angin. Lebih-lebih lagi rahsia Anwar. Selain Ezam tentunya Nalla Karuppan.....hehehe

Salam pak
Pembetulan : ADUN Lunas bukan ADUN Galas.

Saudara bukan berkecuali tetapi sangat terpengaruh dengan PAS.

Bagi saya, itu strategi politik dan kalau hendak dihujahkan di sini tak cukup ruang. Pastinya apa hujah saya mungkin tidak diterima. Begitu juga hujah saudara sudah tentu saya kesampingkan.

Lihat di mana kita berdiri. Dalam keadaan sekarang semua parti politik ada buat silap dan bermasalah. Semua boleh kena peluru berpandu.

Cuma saya kena pilih parti yang berpengalaman dan berjasa serta sesuai dengan jiwa dan akal saya. Kalau parti PAS boleh masuk akal saya dan UMNO sudah semakin gila dan kemaruk sehingga dah tak boleh diselamatkan apa salahnya saya menyokong parti yang lebih baik. Tapi nampaknya kerajaan yang ada masih agak baik walaupun ada kurap di sana sini. Mana nak cari kerajaan yang 100% sempurna bro.....hehehe

sala bro zedmagel,
Tak yah nak rampas-rampas Selangor tu bro.....bior dia perintah. sampai masa pilihanraya kita serah le pada rakyat. Dah tu yang dema nak....hehehe.

Salam Tokmudim,

Ni, tak de kena mengena dengan Ezam. Manek Urai ke Permatang Pasir ke sama saja. Memang kawasan pembangkang. Nak kata apa....Siapa dia tu? Dulu bukan main garang, sekarang ni jentik telo dia pun tak leh nak buat apa...hehehe. Kena 'main' dengan Pak Lah tak?

salam kerel bort,
Hehehe....Bang Nuar tu mengata orang macam la dia tu 'bersih' bebenor.

salam bro Arif Omar.
Selain Ezam kena tanya Nalla Karrupan. Ezam nampak jambu tapi bontot dia masih suci. hihihi

HALIM said...

Salam
Aku lewat nak buat komen...Permatang Pasir telah dimenangi oleh PAS...strategi PR telah berjaya menawan hati pengundi di sini...strategi serangan peribadi...taktik politik begini tidak membawa apa-apa makna kepada kemajuan orang melayu...Ezam dikenali memang rapat dengan anwar..walau apa sahaja keburukan peribadi anwar didedahkan tidak membawa apa-apa makna pada rakyat...kerana anwar akan merasionalkan penyokong-penyokongnya...dengan memburukkan kerajaan..ini adalah satu konspirasi kerajaan untuk menjatuhkannya...sebab itu dia tidak membelasah Ezam...dia akan membelasah kerajaan yang ada sekarang...renung-renung kanlah ceek ...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro Halim,
Tepat sekali komen saudara. Kawan sokong. Lagi pun bro, cakap Ezam dah tak laku. Dalam PKR orang dah menyampah dalam UMNO orang tak percaya. Rakyat lagi la......huhuhu sedih......tu la dulu garang bebenor....

komando said...

UMNO AKAN HANCUS BUKAN SEBAB PAS MEREKA SEBENAR BUNUH DIRI SAHAJA...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam komando,

UMNO banyak pengalaman menghadapi krisis. Krisis juga mematangkan UMNO. Setelah berumur 63 tahun UMNO kelihatan sudah agak uzur daripada sepatutnya. Sebelum PRU ke 13, mungkin UMNO punyai masa untuk memperbaiki kelemahan yang ada khususnya apa yang dikehendaki oleh rakyat.