Wednesday, August 26, 2009

Jui Meng Menanti Soi Lek di Pintu PKR.



Malam tadi selepas sembahyang terawikh di Masjid Dato'Bentara Luar, Batu Pahat saya melintasi bangunan MCA Batu Pahat di persimpangan Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Tidak ada perkara pelik berlaku, cuma papan tanda MCA Batu Pahat baru saja dipasang di bangunan baru 4 tingkat itu. bangunan itu kepunyaan Chua Soi Lek. Waktu itu jam 10.10 malam Chua Soi Lek belum lagi dipecat dan disingkirkan daripada MCA.

Setelah membaca agendadaily.com selepas bersahur pagi ini barulah saya tahu. Agendadaily.com melaporkan 'dalam mesyuarat lebih lima jam mulai 7 malam di Wisma MCA,Kuala Lumpur Majlis Presiden itu mengambil keputusan menerima cadangan Lembaga Disiplin parti agar bekas Menteri Kesihatan itu disingkir kerana menjejaskan imej parti ekoran skandal seksnya dengan teman wanitanya yang dirakam secara sulit di sebuah hotel di Batu Pahat.

Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat ketika mengumumkan keputusan itu pada sidang akhbar jam 12.15 pagi Khamis berkata mesyuarat Majlis Presiden MCA menerima dengan sebulat suara cadangan Jawatankuasa Disiplin parti itu'

Tindakan MCA yang berani ini sama ada akan membuatkan Ong Tee Keat tidur lena buat sementara waktu atau mengundang lebih banyak cerita-cerita panas yang bakal muncul. Tindakan MCA ini sudah dijangka kerana Chua adalah musuh dan seteru Ong malah boleh dikatakan sebagai pencabar terdekat kepada presiden MCA itu. Sebagai Timbalan Presiden yang dipilih oleh perwakilan kemungkinan keputusan ini akan mendapat reaksi aggresif daripada penyokong-penyokong Chua. Kita tunggu saja lah.........

Chua di dalam reaksi awalnya memberitahu bahawa beliau tidak akan menyertai mana-mana parti pembangkang. Adakah ianya benar atau sekadar cakap-cakap politik sahaja. Chua Jui Meng sewaktu mengisyhtiharkan keluar MCA berkata seperti itu juga. Tetapi akhirnya ke pangkuan Anwar juga dia bergayut. Tambahan pula Chua Soi Lek telah dikesan mengadakan pertemuan sulit dengan Anwar pada tahun 2008 lalu. Klik di sini.

Chua Soi Lek tidak ada pilihan lain. Papan tanda MCA Batu Pahat rasanya masih baru lagi di pasang. Soi Lek rasanya sudah menyampah dengan papan tanda itu. Malam ini Ong Tee Keat benar-benar telah 'checkmate' dirinya dalam MCA sepertimana Tun Mahathir 'checkmate' Anwar tahun 1998 dulu. Adakah Chua Soi Lek akan membuat demontrasi jalanan selepas dipecat seperti mana Anwar yang tidak boleh menerima hakikat bahawa beliau telah dipecat. Rasanya tidak kerana orang Cina tidak suka berdemontrasi lebih-lebih lagi di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Paling tidak, suka atau tidak untuk kita mendengarnya lambat laun Chua akan menyertai PKR juga seperti mana regunya yang telah sedia menanti. Chua tidak akan berasa canggung kerana Jui Meng sudah membuka jalan. Anwar, Soi Lek dan Jui Meng adalah veteran-vetaran politik yang bukan asing bagi mereka bertiga. Chua dikatakan agak kecewa apabila beliau berkata 'laporan jawatankuasa disiplin yang dihantar kepadanya jam 5.30 petang ini mendedahkan syor memecat beliau. Majlis Presiden selalunya sekadar "cop getah" untuk meluluskan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin'

Sama ada tindakan MCA ini tepat dan betul atau sebaliknya? Ianya bukan penting sangat untuk difikirkan kerana MCA bukan rakan yang baik dalam BN. MCA gagal menarik pengundi Cina kepada BN. MCA adalah beban kepada BN seperti Gerakan juga. Mereka hanya pandai menuntut bermacam-macam bukan untuk memulihkan keadaan malah menekan BN khususnya UMNO.
Biarlah sama ada hendak hidup atau mati.........Aiman tak kisahhhhhh....

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

10 comments:

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Walau bagaimanapun, aku respek kat Chua Soi Lek, Ong Tee Kiat, Lim Kit Siang dan anak2 serta pakciknya Lee Kuan Yew sebab mahir berbahasa Melayu berbanding dengan sebahagian sahabat2 sekaumnya. Batu Pahat memang hebat....
Apa-apapun: KHAKKK... PTUIHHH

Lin said...

salam

apa2 yang berlaku dalam politik kaum ina ni kita kena berhati2 sebab mereka ni ada permuafakatan yang kuat antara mereka bukan macam Melayu yang bunuh membunuh sesama sendiri dalam politik...

apa yang dirisaukan akhirnya Melayu kita juga yang tertipu oleh mereka...

Tam Dalyell said...

Pokok baka cantum yang baru ditanam bernama 1Malaysia.

Satu demi satu ranting atau buah gugur sebelum masak.

Pernah juga blog orang MCA menulis "1Malaysia pooorah"

Agaknya Melayu sahaja kot yang terpesona dengan pokok cantum baka baru ni.

Apa hasilnya agaknya ye?

Anonymous said...

SLM BRO..KEBANYAKAN ORG2 YG SUDAH DI TENDANG KELUAR DR BN AKAN "SUAKA" DR PIHAK LWN..MAKA X MUSTAHIL CHUA AKAN JADI PUAKA PULAK LEPAS NI HEHEHE

rimajohor said...

mungkin ini satu "sandiwara" untuk lari dari BN dn membentuk kumpulan yg lebih nyaring suaranya. yg jadi korban ialah orang MALAYU yg betul-betul bersengketa.bersengketa di waktu tidur siang atau pun tidur waktu malam.orang MALAYU tidur satu bantal tapi mimpi lain-lain, depa tidur lain-lain bantal (4 bantal)tapi mimpi tetap sama. Mendung semakin pekat.Angin ribut sudah mula bertiup.Mungkin ribut taufan ala tsunami akan melanda dan nnti semua khazanah yg diperjuangkan oleh pemimpin dulu kala akan habis musnah dan lenyap bak pantai di Acheh. Actung ! Actung ! wahai orang MALAYU . Kau akan punah dek perpecahan dan persengketaan kamu sendiri. Jangan menyesal dihari muka. Subhanallah. Jauhkan ini semua, berilah harapan untuk anak cucu di masa-masa akan datang.Kepada MALAYU, perbetulkanlah barisan kita. Ingat Bersatu teguh bercerai teguh. (bukan kawin lagi).

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cekodokmasin,
Sudah menjadi syarat bagi mana-mana calon MCA dan MIC mesti menguasai bahasa kebangsaan jika mahu mewakili BN tambahan lagi jika hendak menjadi menteri atau timbalan menteri.

Calon-calon PR bukan Melayu ada ke syarat itu. Rasanya tidak kerana calon2 mereka adalah tangkap muat termasuk yang dalam ISA pun boleh jadi calon.

Salam Tungaklangit,
Benar, Cina berpolitik bukan atas dasar parti tetapi atas kepentingan bahasa, pendidikan dan ekonomi mereka. Mereka boleh bersatu atas 3 perkara berikut tanpa mengambil kira parti mana yang memperjuangkannya.

Salam Dal,
Tun Mahathir yang bijak tu pun masih tidak faham apa itu 1Malaysia. Bukankah Najib pernah berkata,'selepas dia menjadi PM ,dia sendiri terfikir2 apakah slogan yang hendak dicipta untuk rakyat Malaysia, maka yang terfikir pada masa itu untuk mencuba slogan 1Malaysia' Selepas itu barulah juak-juaknya mengolah konsep 1 Malaysia ini. Inilah hasilnya perkara yang dibuat secara tergesa-gesa......

salam bro Jeffry,
Sekarang dia, rakan-rakan dan keluarganya pergi bercuti. Memberi masa kepadanya untuk berfikir apakah strategi seterusnya...tungguuuuuuu...
hehehe

salam buah kelapa turkey,
Dah berbuih dah....menyuruh bersatu.Tak pe bro....Melayu dalam keadaan selesa....berada dalam zon selesa tapi tak selamat. Kita akan sentiasa ingat memperingat......seruan perpaduan ini akan berterusan pada mereka yang hendak bersatu...

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Pergi mampus lah dengan permainan politik bekas pemimpin MCA ni. Orang-orang macam ni paling tak berguna. Mereka ni macam sampah dan bangkai tepi jalan BN.

Sebab mereka ni semuanya bekas menteri dan dah jadi orang kaya. Ini semua kepentingan diri dan pemuas nafsu tamak dan haloba mereka sendiri.

Bangkai berwajah Manusia macam ni kita nak layan baik mecamana lagi?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,
Bulan puasa bro......hehehe. Tapi dengan Chua Soi Lek ni....maki le lagi bro.

HALIM said...

Baguslah Chua Soi Lek tu masuk PKR...dia kat pelembut...itu yang Anwar suka bebenor...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam En.Halim.
kalau dia masuk PKR kawan setuju jugak. Tapi kalau kata dia pelembut, kawan was-was sikit. Kalau En.Halim tgok vcd dia, mungkin En.Halim juga kurang bersetuju yang dia ni pelembut. hehehe