Tuesday, December 15, 2009

Anwar Hampir Jadi PM.....



Setelah 12 kali pilihanraya tidak ramai yang tahu tentang beberapa perkara tentang amalan berparlimen. Kali pertama penulis mengundi dalam Pilihanraya Umum ialah pada tahun 1986. Sehingga kini sudah 6 kali PRU telah dilalui tetapi ini lah kali pertama didengar oleh penulis, bahawa mengikut 'amalan berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh kerajaan tidak diluluskan, ia bererti kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan' atau 'berdasarkan amalan, jika bajet tidak diluluskan, dalam bahasa mudahnya, kerajaan sedia ada dianggap telah tumbang dan diganti dengan kerajaan baru'. Ini satu pengajaran yang baik dan berguna untuk rakyat sama ada yang pro kerajaan atau pro pembangkang. Mana-mana pakatan parti politik perlu menang dengan selesa dan lebih baik memenangi sesuatu pilihanraya sama ada di Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri dengan majoriti 2/3.

Dalam setiap kali pilihanraya Perikatan / Barisan Nasional akan cuba untuk memenangi 2/3 kerusi di Parlimen tetapi gagal dalam pilihanraya umum ke 3 pada tahun 1969 dan pilihanraya umum ke 12 pada tahun 2008. Apa yang dapat kita perhatikan selepas PRU ke 3 dan ke 12, kerajaan menjadi lemah, politik tidak stabil, negara huru-hara malah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Setiap kali pilihanraya pengundi-pengundi selalu memandang enteng tentang kemenangan 2/3 kerusi di Parlimen kerana ramai yang tidak tahu 'rahsianya'. Umum mengetahui, jika sesuatu pakatan parti politik itu memenangi majoriti 2/3 ianya akan memudahkan 'meluluskan' sesuatu dasar pihak pemerintah.

Peristiwa yang berlaku dalam pengundian Bajet 2010 pada Isnin malam (14-DEC-2009)rupa-rupa adalah satu lagi cara demokratik dan sah untuk membentuk kerajaan yang baru dengan menumbangkan kerajaan yang sedia ada. Bajet 2010 diluluskan dengan majoriti tiga undi malam tadi (14 Dis), majoriti yang paling rendah dalam sejarah Parlimen Malaysia. Seramai 66 menyokong dan 63 tidak setuju. Barisan Nasional mempunyai 138 orang ahli Dewan Rakyat. Seramai 70 ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional gagal hadir ketika itu.

Adakah ahli-ahli Parlimen BN tidak tahu, tidak sedar atau terlupa untuk hadir pada ketika itu?.Dikhabarkan Najib, Muhyiddin dan Ong Tee Kiat yang menjadi penyelamat. Mujur ketiga-tiganya berada di dalam negara dan berada di Kuala Lumpur. Kehadiran di Parlimen nampaknya sangat penting bagi sebuah kerajaan BN yang umpama seperti 'nyawa-nyawa ikan'. Sepatutnya seorang ahli parlimen akan memberi keutamaan untuk hadir dalam sidang Dewan Rakyat atau DUN lebih-lebih lagi ketika ada pengundian. Waktu balik ke kawasan masing-masing boleh dilakukan secara terancang dan berjadual. Lebih malang jika mereka mengutamakan jamuan makan malam atau pun sedang beriadah di Padang Golf atau menonton siaran langsung separuh akhir bolasepak sukan SEA di Laos.

Selepas peristiwa ini, Ahli Parlimen boleh memberitahu pengundi-pengundi kawasan mereka bahawa semasa Parlimen bersidang, beliau tidak dapat hadir atau menghantar wakil dalam program di kawasan masing-masing. 'Keselamatan' kerajaan lebih penting pada ketika ini dan tentunya rakyat memahami. Kita juga boleh mencadangkan kepada PM supaya menggugurkan mana-mana ahli Parlimen yang kerap 'ponteng' sebagai calon dalam pilihanraya akan datang. Peristiwa ini cukup memalukan apabila PM mengatakan beliau berpuas hati dengan pencapaian enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Kenyataan itu dibuat selepas melihat data yang dibentangkan oleh anggota kabinet yang bertanggungjawab bagi bidang-bidang tersebut. Adakah Najib juga berpuas hati dengan sikap serta tanggung jawab ahli-ahli Parlimen kerajaannya?

Kita harus ingat, ketua pembangkang sekarang ialah Anwar Ibrahim yang sedang berusaha sedaya upaya untuk mengelak daripada kes perbicaraannya tidak lama lagi. Usahanya pada 16 September untuk merampas negara ini melalui cara 'lompat parti' telah gagal namun cara demokratik yang hampir berjaya menobatkan Anwar sebagai PM semalam, tidak wajar dipandang sepi. Jika berlaku peralihan kuasa pada 14 Disember itu, kemungkinan perbicaraan Anwar pada 25 Januari 2010 akan dibatalkan. Sebagai PM baru Anwar akan 'menggunakan kuasanya' untuk menggugurkan kesnya dan kita sedia maklum apakah nasib Saiful Bahari.

Pada ketika ramai orang membicarakan tentang blogger pro KJ atau pro Mukriz serta serangan ke atas Nazri Aziz, rupa-rupanya ketiga-tiganya hampir-hampir menjadi Ahli Parlimen pembangkang. Penulis secara peribadi berasa amat bersyukur dengan pengajaran yang sangat bernilai yang berlaku di Parlimen semalam. Pengajaran bukan sahaja patut dikutip oleh ahli-ahli parlimen yang berkenaan tetapi juga kepada para pengundi bahawa pilihanraya bukan untuk 'cuba-cuba'.

Laporan penuh peristiwa 14 Disember 2009 klik di sini.

Terbaru :(16 Disember 2009) Antara MP Pembangkang yang tidak hadir. Kalau lah semua yang di bawah ni hadir ke Parlimen semalam.....Hari ni kita dah dapat PM baru.....hehehe Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim. huhuhu

P008 Pokok Sena PAS Mahfuz Omar
P016 Baling PAS Taib Azamudden Md Taib
P043 Bagan DAP Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan DAP P. Ramasamy
P049 Tanjong DAP Chow Kon Yeow
P050 Jelutong DAP Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor DAP Karpal Singh
P052 Bayan Baru PKR Zahrain Mohamed Hashim
P057 Parit Buntar PAS Mujahid Yusof Rawa
P058 Bagan Serai PKR Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor PKR Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak PKR Mohamed Azmin Ali
P101 Hulu Langat PAS Che Rosli Che Mat
P103 Puchong DAP Gobind Singh Deo
P109 Kapar PKR Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam PKR Nurul Izzah Anwar
P122 Seputeh DAP Teresa Kok Suh Sim
P124 Bandar Tun Razak PKR Abd Khalid Ibrahim
P171 Sepanggar SAPP Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau SAPP Chua Soon Bui

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Wednesday, December 9, 2009

Gelaran Tun : Lim Keng Yaik Tidak Layak


Bukan sekali tetapi sudah acap kali orang-orang bukan Melayu menyinggung perasaan orang Melayu terutama sekali selepas Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Ianya bukan sahaja bukan Melayu daripada parti DAP dan PKR tetapi rakan dalam Barisan Nasional sendiri. Kelihatan semangat setiakawan dan persahabatan dalam Barisan Nasional semakin menipis khususnya daripada rakan-rakan 'besar' seperti Gerakan, MCA dan MIC.

Semuanya ini adalah berpunca daripada Anwar Ibrahim yang berjaya memecah-belahkan perpaduan orang-orang Melayu yang sudah sedia berpecah antara UMNO dan PAS. Akibat kelemahan politik Melayu dewasa ini, telah memberi ruang kepada orang-orang bukan Melayu bersuara lantang yang selama ini tidak pernah diperkatakan.

Hari ini, Penasihat Parti Gerakan, Lim Keng Yaik berkata, tiada mana-mana kaum mempunyai hak untuk menjadi tuan kepada kaum lain di negara ini.Oleh itu, kata bekas presiden parti tersebut, tiada ruang bagi ketuanan Melayu, Cina atau India di Malaysia. Sehubungan itu, katanya, jika ada sesiapa yang mendukung Ketuanan Melayu, maka orang itu adalah seorang ektremis rasis.

Sehubungan itu, Lim menggesa semua ahli parti itu supaya bercakap terhadap mereka yang mendukung isu Ketuanan Melayu, walaupun ia boleh mengakibatkan mereka diheret ke penjara. Bekas menteri kabinet itu berkata, Ketuanan Melayu harus dibantah walaupun ianya didokong oleh Umno.

Sebelum ini pun, LKY pernah mempertikaikan kontrak sosial. Antara artikel yang dipetik daripada Utusan Melayu adalah seperti:
1. 'Lupakan formula kontrak sosial antara kaum: Keng Yaik'
2. 'Kontrak sosial: Kenyataan Keng Yaik bercanggah Perlembagaan Persekutuan'.
LKY pernah membuat kenyataan ' menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan. Formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati'

Selepas bersara daripada politik dan mendapat gelaran Tun, mulut pemimpin Cina ini begitu celupar dan biadap. Walaupun Gerakan masih dalam Barisan Nasional tetapi wajarkah seorang penasihat parti yang masih bergabung di dalam BN mengeluarkan kenyataan seperti seorang pembangkang? Memang benar ianya pernah dipertikaikan oleh Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang, malah Anwar mencadangkan Ketuanan Melayu di tukar kepada Ketuanan Rakyat. Jangan terpesona dengan kata-kata Anwar kerana Anwar bercakap atas tujuannya untuk menarik undi-undi bukan Melayu mengundi Pakatan Rakyat.

Adalah Lim Keng Yaik (LKY) bercakap hal-hal ketuanan Melayu dengan tujuan untuk mendapat undi daripada orang Cina semula setelah Gerakan 'bungkus' dalam PRU yang lepas? Jika itu tujuannya beliau bukan penasihat yang baik malah sama sahaja taktik yang digunakan oleh MCA dan MIC seolah-olah ingin menjadi jaguh bagi kaum masing-masing.

Saya tidak mahu menerangkan maksud Ketuanan Melayu itu kerana saya anggap LKY sudah faham benar setelah menjadi presiden Parti Gerakan dan berada di dalam kabinet begitu lama. Sebagai bekas Presiden Parti Gerakan, Penasihat Parti, Bekas Menteri dan memakai gelaran Tun pula wajarkah kenyataan sombong ini dikeluarkan ketika BN dalam keadaan lemah. Adakah kerana 1Malaysia, beliau boleh mengeluarkan kenyataan sesuka hati. Mengapa semasa menjadi menteri di bawah Tun Mahathir , isu ketuanan Melayu tidak dipertikaikan?. Takut kehilangan jawatan menteri kah?

Mengapa ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Bruas dulu beliau tidak mempertikaikan Ketuanan Melayu? Adakah takut kehilangan undi-undi daripada Melayu Bruas? Takut juga kalah di dalam pilihanraya? Setelah tidak memegang sebarang jawatan baru berani hendak menjadi 'ayam sabung' Cina. Jangan kerana Gerakan kalah di Pulau Pinang, maka Ketuanan Melayu menjadi mangsa. Jangan pula marahkan orang Melayu Pulau Pinang yang tidak memberi undi kepada DAP sedangkan orang Cina Pulau Pinang sendiri telah berpaling tadah. Apa yang telah Gerakan buat kepada Melayu Pulau Pinang walaupun konsep Ketuanan Melayu ini sudah wujud sejak merdeka? Adakah kerana Ketuanan melayu ini, Gerakan telah menolong orang-orang Melayu pulau Pinang? Tidak sama sekali. Gerakan dan DAP sama sahaja menindas orang Melayu. Sama seperti Cina Singapura menindas Melayu Singapura.

Bagaimana gelaran Tun ini diberi kepada Cina tua ini. Tidak berkelayakan langsung untuk memanggil nama Tun dipangkal namanya. Seorang Presiden parti yang tidak fasih berbahasa Melayu ini sengaja mencari pasal. Mempertikaikan Ketuanan Melayu samalah mempertikai DYMM Raja Raja Melayu dan mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan. Bagaimana boleh seorang bekas menteri yang lama memegang jawatan masih bodoh dan dungu dengan perlembagaan negara? Kalau begitu, serah balik gelaran Tun itu kepada kerajaan kerana orang bodoh seperti beliau ini tidak layak untuk memegang sebarang gelaran.

Jikalau beliau hendak terlalu perkauman pun, jangan pula mengusik kepentingan kaum Melayu. Selama ini, orang Cina yang tidak menyumbang apa pun ke arah kemerdekaan negara tetapi telah mendapat pelbagai keistimewaan selepas negara ini merdeka. Malah 100 tahun sebelum merdeka pun mereka telah mendapat layanan sempurna daripada British. Jangan kerana slogan 1Malaysia, LKY boleh bercakap sesuka hati kerana orang Melayu bukan tunggul atau batang pisang. 1Malaysia bukan untuk membuang hak-hak keistimewaan orang Melayu, membuang agama Islam sebagai agama rasmi, membuang raja-raja Melayu, membuang Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi adalah untuk perpaduan rakyat, tidak lebih daripada itu. Jadi apek tua tinggal gusi ini lebih baik diam!

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Tuesday, December 8, 2009

Happy Belated Birthday Wishes 'Segalanya Mungkin'


Dalam kesibukan dengan kerja-kerja harian ,rupa-rupanya sudah setahun usia blog 'Segalanya Mungkin' ini. Tulisan pertama kawan ialah pada 5 Dis 2008 yang bertajuk ' Rasuah : Ada Agenda Tersembunyi'. Sehingga hari ini blog ini mengandungi 295 tajuk yang kebanyakkannya menyentuh hal ehwal politik negara.

Kini blog ini sudah berusia setahun 4 hari. Kawan akui, tulisan-tulisan di dalam blog ini kadang-kalanya bersifat 'racist'. Sesungguhnya dalam sesebuah negara yang rencam dengan pelbagai etnik , perasaan 'racist' itu sukar untuk dibendung. Sedikit sebanyak sifat 'racist' di dalam diri kawan ini menyebabkan jati diri dan sayangkan kepada agama, bangsa dan negara itu semakin menebal. Bagi kawan sifat 'racist' itu ada pada setiap diri manusia itu tetapi ianya bukan untuk memusuhi atau membenci sesama makhluk bernyawa kerana semua makhluk ini adalah ciptaan Allah dan kepunyaannya.

Selama setahun 4 hari ini, 'Segalanya mungkin' sudah menarik 155 orang followers disamping telah memikat pembaca daripada 63 buah negara. Pembaca teramai tentunya daripada negaraku tercinta Malaysia. Sehingga jam 2.27am 9 Disember 2009, 'Segalanya Mungkin' telah dikunjung oleh 16991 orang daripada Malaysia. Flag Counter ini diwujudkan sejak 11 Jun 2009. Secara purata sejak Jun 2009, setiap bulan ' Segalanya Mungkin' dikunjungi seramai 2832 orang.

Selain daripada Malaysia, pengunjung-pengunjung juga ada yang datangnya daripada United States 404
Singapore 270
Brunei Darussalam 214
United Kingdom 129
Japan 104
Indonesia 85
Australia 78
Kebanyakkanya mungkin rakyat negara tersebut atau setidak-tidaknya pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana.

Kawan juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung, followers, pemberi komen sama ada yang dikenali atau tidak dengan ucapan terima kasih daun keladi. Maaf juga dipohon jika ada tulisan kawan yang menyinggung perasaan dan menguris hati saudara-saudari sekelian.

Nikmatilah jamuan alam cyber daripada kawan:




hehehe.....jangan mare..


Amir Hamzah
Bandar Penggaram
www,amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Monday, December 7, 2009

Musim Mengawan Datang Lagi


Sekarang ini dah hampir dua minggu cuti sekolah berlalu. Cepatnya masa berputar. Dalam seminggu dua ni jemputan kahwin tak putus-putus. Elok lah musim hujan dan cuaca pun sejuk memang sesuai untuk 'musim mengawan'. Bila sudah dijemput, kenalah hadir. Bila dah datang 'salam pecek' kena lah bagi. Kalau masa poket berisi sumbanglah RM20.00, kalau poket tengah kempes....faham-faham aje la. Pergi rumah orang 'kerja kahwin' tak rugi apa pun. Bukan sahaja dapat makan nasi minyak atau nasi briani dapat bawak balik lagi nasi dan lauk pauk. Orang sini panggil 'bontrot' atau 'berkat'. Dapat la anak-anak yang tidak pergi dapat merasa sama.





Masa terima jemputan 'kerja kahwin' kadang-kadang dihidangkan dengan berbagai-bagai persembahan kebudayaan. Selain pukulan 'kompang jidur' atau 'barongan' atau 'kemplingan', bagi tuan rumah yang ada lebih sedikit 'ongkosnya' dapatlah mendengar halwa telinga dengan nyanyian kumpulan Ghazal atau mencuci mata dengan tarian zapin. Ada juga yang menyewa DJ dengan memutarkan pelbagai jenis lagu dari pelbagai zaman. Rasanya-rasa terhibur juga dapat hiburan percuma sekali sekala.





Kalau orang kampung kita yang buat 'kerja kahwin', kita bukan lagi sebagai jemputan tetapi sudah menjadi ahli 'rewang'. Bermula dari hari mengangkat balai dan penanggah, hari langsung sehinggalah ke hari memulangkan semula barang-barang dan peralatan 'pakatan' ke tempat simpanannya semula mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari. Letih juga dibuatnya. Tetapi kerana nak bagi orang 'mengawan' rasa letih bertukar pula jadi seronok.




Selamat pengantin baru kepada yang menjadi 'Raja Sehari' dengan ucapan selamat menempuh alam berumah tangga.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Friday, December 4, 2009

Bagaimana Nik Aziz Boleh Bertahan Lama?


Wajah Nik Aziz yang 'sejuk mata memandang'

Rumah Nik Aziz yang sederhana


Kereta rasmi MB Kelantan

Nik Aziz Nik Mat bukan lah asing kepada kita walaupun tidak begitu rapat dan jarang bertemu apatah lagi mempunyai fahaman politik yang berbeza. Saya sering juga mengikuti ceramah politiknya jika beliau ke Johor ini untuk mendengar sendiri ceramahnya. Tidak ada apa yang istimewanya jika beliau menyentuh isu-isu politik tetapi ilmu agamanya jika ada diselitkan membawa manafaat juga kepada para pendengar.

Seingat saya sudah hampir 19 tahun Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan selepas PRU tahun 1990 ketika PAS bergabung dengan Semangat 46 melalui Angkatan Perpaduan Ummah. Sejak itu, PAS tidak menoleh ke belakang dengan memenangi 4 PRU selepas itu sekali gus meletakkan Nik Aziz kekal sebagai MB Kelantan sehingga kini. Saya mempunyai ramai kawan-kawan daripada parti PAS dan kami di Johor, walaupun berlainan parti tapi tidak menyekat kami untuk minum teh, berborak, mencari nafkah, menuntut ilmu dan hidup bermasyarakat. Kawan-kawan saya ini begitu taksub, taat dan meletakkan Nik Aziz itu sangat istimewa dalam hidup masing-masing malah menjadi bahan rujukan selain Al-Quran serta sunnah dan hadis Nabi Muhamad s.a.w.

Hebat Nik Aziz ini di kalangan penyokong dan pendokong parti PAS dan berbeza dengan pandangan lawannya khususnya sejak mutakhir ini. Malah di blog ini, saya sendiri telah memberi pandangan tentang tindakan Nik Aziz mutakhir ini yang kurang disenangi oleh masyarakat awam tetapi rupanya sedikit pun tidak meninggalkan bekas atau rasa gundah gulana kepada penyokong, pendokong serta pengikut Nik Aziz dan PAS keseluruhannya. Inilah yang menjadikan kekaguman kepada saya tentang ketaatan ahli kepada pemimpin-pemimpinnya.

Apakah alasan mereka ini sehingga begitu taksub dengan pemimpin walaupun pelbagai isu di ketengahkan:

* Kenyataan kontroversi

Menjelang pilihan raya 1999, Nik Aziz mengemukakan kiasan “Tak salah berkawan dengan syaitan.” untuk menjustifikasikan ‘perkahwinan’ parti PAS dengan DAP. Beliau juga menyifatkan ‘orang UMNO sama sahaja dengan orang utan’. Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan ‘‘Tuhan pun mencarut’’, ‘Tuhan gedebe’, ‘istikharah’ nak pilih UMNO atau PAS sama dengan istikharah nak zina ke nak kahwin’ selain ungkapan UMNO tidak Islam seperti yang sering dikatakannya.

* Bantahan terhadap kerajaan perpaduan

Pada 22 Jun 2009, Nik Aziz menarik balik desakan meletakkan jawatan terhadap Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan. Pada 19 Jun 2009,beliau mendesak Nasharuddin meletakkan jawatan Timbalan Presiden PAS dan ahli parlimen Bachok.Polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan.

* UMNO dan Ayah Pin

Pada 21 Jun 2009, Nik Aziz dalam satu majlis ceramah politik di Manek Urai, Kelantan menyamakan perjuangan UMNO dengan ajaran sesat "Ayah Pin" dan komunis. Baginya itu adalah satu kiasan sahaja dan mengajak Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat secara terbuka

* Muktamar Khas PAS

Pada 23 Oktober 2009, Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan

Terakhir isu 'Rasuah Haji' dan 'pemecatan menantu' sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkuatkuasa 23 Mac 2010. Paling panas ialah "Nik Aziz mohon rakyat Kelantan doakan Perdana Menteri PECAH PERUT jika tidak diberikan royalti minyak kepada negeri berkenaan" - Sinarharian.

Namun isu-isu ini memang ada jawapannya dan saya tidak perlu untuk menyatakan jawapan itu betul atau salah kerana ianya tidak ada kata pemutus. Bagi mereka, kebaikan dan kesederhanaan pada Nik Aziz sudah cukup untuk membetulkan semua perkara.Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Tidak berpagar, mudah dikunjungi
satu lagi kereta rasmi MB Kelantan

Pada pandangan saya, penyokong-penyokong PAS tidak akan terpengaruh dengan serangan bertali arus terhadap pelbagai isu ke atas batang tubuh Nik Aziz. Tidak mungkin mereka akan beralih arah. Sangat tebal sentimen mereka kepada Nik Aziz dan Hadi Awang. Ini merupakan satu kelebihan kepada PAS kerana mempunyai pengikut yang taat dan setia. Jika ada yang mungkin terpengaruh dengan serangan-serangan dari pihak penyokong kerajaan dan UMNO adalah daripada mereka yang atas pagar dan tidak berparti. Sentimen 'sayang dan kasih' kepada Nik Aziz mungkin tidak ada pada mereka.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Tuesday, December 1, 2009

Ulamak dan Umarak : Jadilah contoh yang baik.



Bacalah dialog di bawah, semoga ianya memberi manafaat kepada kita dan orang-orang di sekeliling kita.

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.



Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat



Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Tujuan saya memaparkan dailog antara imam Al-Ghazali dengan murid-muridnya ini adalah untuk mengingatkan diri saya dan rakan-rakan semua tentang mati, masa lalu, hawa nafsu, memegang amanah, meninggalkan solat dan menjaga lidah iaitu kata-kata kita. Kesemua jawapan dan soalan mempunyai kaitan dengan diri kita sendiri, hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia lain. Malah kita lihat Imam Al-Ghazali juga adalah seorang guru dan motivator yang baik. Setiap jawapan daripada murid-murid tidak pernah disanggah dengan perkataan salah sebaliknya betul belaka dan beliau akan memberi jawapan yang betul dan benar. Hebat sungguh akhlak Imam Al-Ghazali ini. Sesungguhnya akhlak manusia itu yang membezakan antara kita sesama manusia.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Sejarah 13 Mei 1969 akan BERULANG?





Pra-pilihanraya 1969, parti-parti politik Gerakan dan DAP telah memainkan isu perkauman dengan lantang. Ia adalah lantaran dari slogan "Malayan Malaya" yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew sebelum Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Pada pilihanraya umum 1969Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Terjadinya Perisitwa 13 Mei 1969 adalah rententan dari PROVOKASI pihak pembangkang yang dimulakan sejak malam 10 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan mereka. Penyokong-penyokong Parti DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969, bila mana sekumpulan orang melayu yang sudah hilang sabar mengambil tindakan balas.

Walaupun aktivis Chuvanis Cina menafikan trajedi 13 Mei 1969 sebagai rusuhan kaum. Mereka menebarkan dakyah bahawa ianya adalah perancangan licik Tun Razak dan Dato' Harun.

Kalangan orang melayu pula mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.

Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan Thai. Bacaan lanjut klik di sini.

Walau apa pun, persepsi tentang tragedi 13 Mei 1969 adalah bermula dengan PROVOKASI. KM Pulau Pinang, LGE turut sama seperti perangai kebudak-budakan dan berfikiran mengundur ke belakang dengan memijak-mijak gambar 2 orang DUN Melayu amat dikesali. Tindakan beliau turut di lihat sebagai provokasi politik. Ianya mempunyai unsur perkauman kerana tidak berpuas hati dengan tindakan dua DUN Melayu iaitu DUN Changkat Jering dan DUN Behrang yang bertindak menjadi DUN Bebas dan menyokong BN. Tindakan ke duanya menyebabkan Kerajaan Perak bertukar tangan.

Mengapa perlu DAP terlalu marah dengan dua DUN Melayu ini?

1. Bukankah taktik melompat parti ini adalah idea orang kuat Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim yang menyimpan cita-cita menjadi PM melalui kaedah 'lompat parti' ahli-ahli Parlimen BN pada 16 September 2008. Malangnya ianya tidak menjadi tetapi terjadi di Negeri Perak.
2. Tindakan dua DUN Melayu dan 1 DUN DAP ini telah menyebabkan DAP 'kehilangan kuasa' di Perak. Walaupun Menteri Besarnya Melayu tetapi beliau dikelilingi oleh 6 orang exco DAP. Siapa sebenarnya yang berkuasa? Nizar atau Ngah, Ngeh dan kuncu-kuncunya?. Kehilangan kuasa DAP di Perak satu kehilangan besar kepada DAP yang cuba melebarkan kepaknya setelah menakluki Pulau Pinang. Kemarahan itulah yang menyebabkan pemimpin-pemimpin DAP memijak-mijak gambar dua DUN Melayu tersebut. Bagaimana pula jika tindakan mereka ini disambut oleh penyokong-penyokong Melayu kedua-dua DUN tersebut? Melayu Behrang dan Melayu Changkat Jering tidak terasa hati kah?

Tindakan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tidak sepatutnya masuk campur dalam urusan politik Perak. Apakah kepimpinannya di Pulau Pinang sudah cukup memuaskan hati rakyat Pulau Pinang. Adakah 'kepimpinan Umar b Abdul Aziz' benar-benar berlaku dalam pentadbirannya atau sekadar omongan kosong seorang ahli politik. Jika benar kepimpinannya di Pulau Pinang itu hebat dan berjaya, bagaimana boleh kumpulan Pemuda BN Pulau Pinang berhimpun sebagai meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa lemah dan tidak cekap menyelesaikan masalah rakyat dan gagal menunaikan janji pilihan raya umum.

Demontrasi itu yang diketuai Ketua Pemuda Umno negeri, Norman Zahalan, membawa beberapa kain rentang dan poster yang menghentam kerajaan negeri kerana gagal menyelesai beberapa isu termasuk Kampung Buah Pala, Rumah Hijau Mak Mandin dan juga projek kontroversi menebus guna tanah.Seorang yang menyertai kumpulan turut bertindak memijak dan membakar poster LGE. Sama lah juga apabila LGE memijak gambar dua DUN Melayu di Perak.

Saya melihat, provokasi politik ini bukan satu perkembangan yang sihat. Provokasi ini boleh menjadi hasutan dan membakar semangat perkauman yang memang sedia ada terutama selepas Pilihanraya umum ke 12 yang lalu. Jika tindakan-tindakan bodoh dan dungu ini dibiarkan berleluasa, tidak mustahil 13 Mei 1969 akan berulang. Teringin sangat kah DAP dan LGE?

Amir Hamzah
Batu Pahat.
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com