Tuesday, March 27, 2012
PRU punya pasal?
Apabila Harga RON95 kekal RM1.90, secara automatik terpacul daripada mulut sesetengah orang ialah pilihanraya semakin hampir. Ketika PRU 12 2008, ketika hampir pilihanraya harga minyak dan barang naik sehingga kesempatan ini diambil Pakatan Pembangkang (PP) mengelar Barisan Nasional (BN) dengan istilah 'Barang Naik'. Akhirnya semua orang tau apa terjadi.
Ada juga berkata, keadaan ini hanya bersifat sementara. Malah ada yang berani menjangkakan selepas pilihanraya sekiranya BN menang harga RON95 terus naik sebanyak 30 sen.
Namun tidak kurang juga yang percaya dengan janji-janji orang yang belum dapat memerintah bahawa RON95 boleh turun kepada 50-70 sen seliter dengan syarat beri peluang kepada PP mentadbir negara ini.
Apa pun pendapat dan cetusan hati rakyat, hakikatnya RON95 kekal dengan harga lama. Kita wajar ucap terima kasih dan bersyukur dan jangan menaruh harapan tinggi kepada janji-janji yang tidak pasti.
'Here and now' masih yang terbaik....
klik di sini
Amir Hamzah Mohamad
Batu Pahat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam tuan,
Sepatutnya begitu, tapi orang Malaysia ni ramai kufur nikmat. Hobi mereka adalah merush dijalanan. Macamana negara nak berjaya dan maju..
Gunakan akal yang waras, Kalau nak memerintah negara menangi PRU dahulu baru lah boleh jadi PM, bukan merusuh macam babi gila kat tengah jalan....
Post a Comment