Thursday, August 26, 2010

Bersalah Tetap Dihukum!


Walaupun Ibu bapa empat remaja simbah cat pada surau sudah memohon maaf dan MCA akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir, 4 orang remaja biadap itu jangan terlepas daripada tindakan undang-undang. Alasan bahawa empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif tidak boleh diterima. Mereka bukan tidak faham tetapi biadap dan kurang ajar serta tidak sensitif dengan kehidupan pelbagai kaum di Malaysia. Kalau yang tua-tua pun biadap apatah lagi orang muda yang baru nak mengenal hidup. Sebagai pengajaran, mereka wajib dihukum seperti mana remaja Melayu yang membakar gereja.

Amir Hamzah
Batu Pahat

2 comments:

C L J said...

Hamba setuju. Biarlah hukuman itu menjadi pengajaran.

Lagi pun MCA sendiri nampaknya sedang bergelumang dengan berbagai tindakan yang boleh difahamkan sebagai tidak lagi berminat untuk berada dalam BN.

Terakhir Pemuda MCA pula membuat demonstrasi menolah Hudud. Janganlah pandai pandai nak memandai mengenai sensiviti Islam. Serahkan tajuk itu kepada UMNO atau berbincanglah dengan biro politik BN yang disertai oleh UMNO. Tindakan itu dari segi politiknya adalah terlalu dangkal dan merugikan BN disamping mudah di spin untuk menguntungkan DAP.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam pakcik CLJ
Adakah MCA benar-benar terdesak?