Friday, August 27, 2010

Apa Dikata Dikota.






Presiden PERKASA, Ibrahim Ali bergegas ke Kulaijaya sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan Umrah semalam. Destinasinya ialah ke rumah Pn.Hjh Inshah Mansor, pengetua yang menjadi mangsa mainan politik pihak-pihak tertentu yang memutarbelitkan kenyataannya yang dikatakan satu kenyataan perkauman melampau. Presiden mahu mendengar sendiri daripada mulut Pn.Siti Inshah berkenaan kemelut tersebut dan hasil pertemuan itu telah memberi gambaran jelas kepada pihak PERKASA. Pertemuan selama hampir 2 jam di kediaman pengetua berkenaan membuktikan PERKASA peka dan bertanggungjawab.

Selepas pertemuan tersebut, rombongan Presiden bersembahyang Jumaat di Masjid Jamek Kulaijaya. Selepas solat kira-kira 200 jemaah mendengar ucapan ringkas Presiden berhubung beberapa isu, antaranya:

1. PERKASA menyokong penuh tindakan Pn.Hjh Siti Inshah dalam mendisiplinkan pelajar dan mendesakkan kementerian pelajaran supaya memulangkan semula Pn.Hjh Siti mengetuai SMK Tunku Abd Rahman Putra Kulaijaya. Buat masa ini Pn.Hjh dipinjamkan ke PPD Kulaijaya

2. Presiden memberi jaminan akan mempertahankan Pn.Siti Inshah termasuklah jika isu ini dibawa ke Parlimen.

3. Meminta kerajaan bertindak adil termasuklah isu membaling cat merah dan botol arak di sebuah surau di Seremban agar mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan seperti mana pesalah-pesalah yang lain.

4. Presiden memberi jaminan akan terus mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu dan menyeru orang-orang Melayu terus bersatu agar tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.


Terima kasih kepada PERKASA Kulaijaya yang menjadi tuan rumah selain PERKASA Johor Bahru ,Pontian ,Batu Pahat serta mereka yang datang dari jauh termasuk daripada Pasir Gudang, Kota Tinggi, Kluang dan lain-lain tempat yang turut hadir memberikan sokongan kepada program hari ini.

Amir Hamzah
Batu Pahat

3 comments:

tobeng said...

Perkasa perlu ke depan dalam setiap isu yg mencabar ketuanan Melayu.Di ketika umno sudah semakin kurang membela Melayu,Perkasa perlu mengambilalih peranan umno.

Perkasa perlu menjadi badan pendesak yang berkesan dan lantang dalam menyuarakan suara orang2 Melayu.Perkasa tidak perlu menjadi umno,kekalkan keneutralan Perkasa.Perkasa cuma perlu menjadi pertubuhan Melayu yang menjaga Melayu.

Hidup Perkasa!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam konsensus bebas"
Sewajarnya begitu. Kepentingan agama dan bangsa menjadi keutamaan. Mana-mana pihak yang cuba memperlekeh dan mempersendakan agama dan bangsa akan tetap ditentang.

zedmagel said...

Salam Bro...

Inilah yang dikatakan PERKASA, mempertahankan maruah Islam dan bangsanya....