Wednesday, February 17, 2010

Memorandum Bantahan Kepada Kanggaroo!



Hanya pengamal 'homoseksual' saja yang mempertahankan peliwat. Sebagai sebuah negara yang berdaulat, kita merasakan kedaulatan negara tercabar jika ada campurtangan kuasa luar dalam urusan dalaman negara. Apabila 50 Ahli Parlimen Australia mendesak kerajaan Malaysia supaya menggugurkan dakwaan ke atas kes liwat Anwar Ibrahim sedangkan proses perbicaraan sedang berjalan memperlihatkan seolah-olah kerajaan Australia tidak menghormati dan sengaja tidak memahami kedaulatan undang-undang negara dan mahkamah Di Malaysia. Ramai yang tidak menyedari bahawa 'Homoseks' adalah halal di Australia. Klik di sini. Di Malaysia, homoseksual, lesbian dan yang sewaktu dengannya masih lagi tidak diterima oleh semua bangsa dan semua agama. Sebab itu, apabila sekumpulan Ahli Parlimen sebuah negara yang menghalalkan homoseks mahu mencampuri urusan undang-undang negara ini, sebahagian rakyat merasakan ianya satu penghinaan kepada kedaulatan undang-undang negara.

Begitu juga dengan kenyataan John Kerry, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat menggesa kerajaan Malaysia memastikan agar perbicaraan yang adil dan saksama terhadap Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya. Bacaan lanjut di sini.

Campur tangan Australia dan Amerika ini menunjukkan Anwar betul-betul terdesak dengan memanggil negara luar untuk membantu menyelamatkan dirinya. Dalam kes yang sedang dibicarakan sekarang ianya hanya bergantung kepada batang tubuh Anwar sendiri. Tidak perlu mendapat bantuan kuasa asing. Kalau Anwar tidak bersalah datanglah perbicaraan di mahkamah bukan untuk melarikan diri daripada Mahkamah. Rayuannya untuk menggugurkan kes liwat di mahkamah rayuan juga telah ditolak. Apa lagi yang boleh Anwar lakukan selain daripada berhadapan dengan Saiful di muka keadilan.



Maka apabila campur tangan daripada sekumpulan Kanggaroo ini yang menyalak supaya kes ini digugurkan sudah tentulah membangkitkan kemarahan rakyat yang mahukan kes ini diadili dengan adil di mahkamah. Apatah lagi tertuduh adalah 'bakal Perdana Menteri'. Rakyat mahukan seorang Perdana Menteri yang sihat, waras dan tidak berpenyakit. Jika Anwar bersedia meneruskan perbicaraan di mahkamah dan berjaya pula membuktikan kes liwat kali ke dua ini sebagai satu fitnah dan konspirasi politik menjatuhkannya sudah tentu jawatan Perdana Menteri akan menjadi miliknya selepas PRU ke 13.

Pada hari ini, kira-kira 250 penyokong Pemuda Barisan Nasional (BN) dan PERKASA serta Blogger-blogger telah berhimpun dan menghantar memorandum membantah tindakan 50 Ahli Parlimen negara kanggaroo itu. Jumlah kehadiran 250 orang itu sudah mencukupi bagi mewakili jutaan rakyat Malaysia kerana majlis penyerahan memorandum ini tidak memerlukan bilangan yang ramai.

Tahniah PERKASA, Blogger-blogger dan Parti Politik khususnya UMNO dan MIC dan tidak ketinggalan Kelab Penyokong Kerajaan BN (BBCBN) yang turut menyerahkan memorandum kira-kira 11.15 pagi diketuai Pengantin baru Datuk Bung Mokhtar Radin.

JANGAN SIBUK NEGARA ORANG, NEGARA SENDIRI LAGI HAPRAK!

Amir Hamzah Hj Mohamad
Batu Pahat

5 comments:

Unknown said...

Tahniah Pemuda.....Grammar bukan masalah, orang Australia grammar lagi teruk.....janji maksud difahami...mereka faham ke??

Rahsia Jubor Saifool Al Bontot tak berak 2 hari akhirnya terbongkar....terkejut sila klik disini

Anonymous said...

isk2... ape kanggaroo tu buat?? ngeeeee...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Udah-udah le tu....suruh je Anwar dan Karpal tu jangan tangguh-tangguh. 25 Mac ni jalan terus....Kalau Anwar betul-betul dapat buktikan dia tak bersalah, PRU ke 13 kawan undi PKR dan jadi ahli PKR terus seumur hidup. Tak susah kawan nak berbalik menyokong Anwar kerana Pilihanraya 1999 kawan bersama parti mata lebam. hehehe......

Salam Teja,
Itu kanggaru jantan dengan kanggaro betina tau. huhuhu

Selempang Merah said...

Salam bro Amir...

Australia beria-ia menyokong Anwar mesti ada sesuatu. Maklumlah..Anwarkan rakan sekutu (tali barut) mereka. Itu belum Amerika masuk campur kes Anwar.

Silap hari bulan, kalau Kerajaan Malaysia tidak menanganinya sesegera yang mungkin, Malaysia bakal jadi macam Iraq setelah Puak Syiah minta campur tangan jatuhkan Kerajaan Al-Marhum Saddam Hussein.

wALLAHu a'lam..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Selempang merah,
Ini perangai Anwar suka minta kuasa asing campur tangan dalam hal ehwal negara. Perangai ini juga yang sering digunakan oleh pembesar-pembesar Melayu dahulu ketika hendak menjatuhkan kerajaan dan sultan-sultan mereka.......sejarah sentiasa berulang.