Friday, September 4, 2009

Rujuklah Kepada Sultan Terengganu.




Keadaan politik negeri pengeluar minyak dan negeri penyu menangis semakin kusut apabila kedua-dua belah pihak nampaknya tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berdamai. Campur tangan Muhyiddin juga nampaknya tidak disambut baik oleh kumpulan Pak Yeh apabila beliau sendiri memulaukan perjumpaan dengan Timbalan Presiden UMNO itu. Program bersahur bersama rakyat yang dianjurkan oleh Hishmuddin juga tidak banyak membantu menyelesaikan krisis kedua-dua kumpulan UMNO tersebut.

Ini bukan masalah rakyat Terengganu tetapi masalah pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu. Mengapa buat program yang melibatkan rakyat Terengganu kerana tindakan ini tidak menjurus kepada masalah sebenar. Semua orang tahu dan faham bahawa krisis politik Terengganu bermula sejak selepas pilihanraya ke 12 lalu di mana Terengganu dan Perlis agak lambat melantik Menteri Besar setelah negeri-negeri lain sudah berbuat demikian. Perlantikan Ahmad Said adalah atas kehendak dan perkenan Sultan setelah baginda kurang senang dengan Pok Yeh. Perlantikan Ahmad Said mendapat restu Sultan dan rakyat tetapi tidak direstui pula oleh beberapa rakan-rakannya dalam UMNO.

Tiga pihak yang perlu selesaikan kemelut ini iaitu pihak Istana, Kumpulan Ahmad Said dan Kumpulan Derih Jusoh. Perlu diingat bahawa Sultan Terengganu mempunyai kuasa untuk memilih Menteri Besar seperti mana Sultan Perak dan Sultan Perlis. Jika sudah tahu Sultan Terengganu yang memegang 'suis' perdamaian ini mengapa tidak ada rombongan daripada UMNO untuk mengadap Sultan Terengganu?

Sultan sememangnya tidak boleh mencampuri urusan politik kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu tetapi adalah lebih molek jika Sultan di ajak berunding bersama. Pilihan yang ada adalah melantik orang lain selain Deris Jusoh dan Ahmad Said tetapi boleh diterima oleh kedua-dua belah pihak. Adakah dikalangan mereka itu yang boleh menjadi penenang kepada politik Terengganu?

Tindakan memboikot dan ugutan untuk keluar parti bukan jalan penyelesaiannya tetapi boleh memporak perandakan lagi politik Terengganu. Walaupun Anwar Ibrahim sudah masuk jarum ketika UMNO Terengganu bergolak tetapi Harun Taib sudah menutup pintu untuk mereka yang akan melompat parti. Suara Harun Taib mungkin mewakili suara Hadi Awang juga kerana hanya Harun Taib saja yang berani menyanggah Anwar Ibrahim. Jika begitu 'lompat parti' bukan cara terbaik untuk membentuk kerajaan baru negeri Terengganu. Masalah lebih besar bakal menanti kerana kerajaan campuran PAS-Bekas UMNO tidak menjanjikan kestabilan politik di Terengganu.

Jika Muhyiddin yang sudah menawarkan diri untuk menjadi orang tengah maka beliau boleh menjadi pendamai antara Sultan Terengganu dan Kumpulan Idris Jusoh. Jika masalah antara Sultan dan Kumpulan Idris Jusoh dapat mencari titik pertemuan, saya yakin Ahmad Said akan akur titah perintah Tuanku Sultan kerana kedudukannya sekarang pun atas budi bicara Sultan.

Ketika krisis politik Perak sedang memuncak kita telah beramai-ramai menyokong dan mempertahankan Sultan Perak daripada diserang dari pelbagai sudut. Hari ini kita menggelarkan Nizar dan kunco-kunconya sebagai penderhaka, adakah tuduhan itu akan berbalik ke atas batang hidung UMNO di Terengganu?

Muhyiddin yang mempunyai pengalaman mendamaikan dan menyatukan Melayu Johor dalam krisis politik di Johor pada tahun 1988 ketika beliau menjadi MB Johor, tentu berkeupayaan untuk melakukan sekali lagi di Terengganu, apatah lagi beliau sekarang adalah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.

Negeri Terengganu yang kaya dengan minyak tentunya menjadi rebutan untuk berkuasa. Sanggupkah UMNO kehilangan kuasa setelah rakyat memulangkannya semula selepas tewas dalam pilihanraya umum 1999. Oleh itu krisis kepimpinan di Terengganu perlu ditangani segera sebelum ianya menjadi barah yang tidak boleh diubati lagi.

Sekali lagi saya menyeru pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu dan memohon perkenan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu supaya mengutamakan kepentingan rakyat jelata dan negeri. Ketepikan dahulu perebutan kuasa, kekayaan, kesenangan dan kemewahan kerana rakyat Terengganu masih memerlukan pemimpin-pemimpin yang terbilang untuk terus memacu pembangunan negeri Terengganu untuk rakyat Terengganu.

Tidak ada jalan mudah untuk menyelesaikan masalah kapal dua nakhoda selain hanya memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit daripada Tuanku Sultan dan pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu, Negeri Cantik Budaya Menarik.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

8 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..KWN STUJU PENDAPAT BRO. KRISIS DI TERENGGANU AKAN MENJADI DURI DLM DAGING SERTA MENJADI MODAL POLITIK KPD PAKATAN YG SEMEMANGNYA TERCARI2 ISU UTK DI KETENGAHKAN. MUDAH2AN DGN CAMPURTGN TS MUHYIDDIN AKAN DPT MELERAIKAN KEKUSUTAN DGN SEGERA SEBELUM MENJADI BARAH DLM BN SENDIRI

C L J said...

Mereka tu tak ingat suasana politik dalam tahun2 membawa ke 1999.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Jauh ko ulas cerita politik ni. Ulas le sesekali peristiwa Pt. Sulong pulak. Walaupun tak ada nilai taraf kebangsaan tapi pelakun2nya ada taraf kebangsaan beb...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Jeffry,
Buang lah jauh-jauh kepentingan politik kelompok, kepentingan diri dsb dan jangan mengenepikan sesekali kepentingan rakyat Terengganu. Baik Istana, kumpulan Derih dan kumpulan Ahmad.

Salam pakcik Che Leh Jangok,
Rakyat sedang memerhati, tiba masa mereka akan mengeluarkan kemarahan mereka jika polimek ini tidak berkesudahan. Benar, pilihanraya tahun 1999 adalah buktinya. Tanpa angin tanpa guruh akhirnya dalam senyap Terengganu tumbang ke tangan PAS. Hari ini Pas Terengganu menyusun strategi dalam senyap. Mereka sangat suka keadaan UMNO Terengganu sekarang. Harun Taib tolak 9 YB UMNO tubuh kerajaan campuran kerana mereka yakin mendapat kuasa mutlak selepas ini.

Salam cekodokmasin,
UMNO Pt.Sulong nampak tenang tetapi bergelora di dalam. Tak manis menulis di sini kerana kawan adalah ahli di dalamnya. Tak perlu nak dihebohkan satu dunia hal ini.hehehe
Sedangkan semua pemimpin2 UMNO Pt.Sulong sangat rapat dengan kawan dan kawan boleh sampaikan secara bersemuka jika ada sesuatu yang kurang berkenan di hati. Cuma adakah hendak didengari atau tidak.

Arif Omar said...

PG SETUJU DENGAN CADANGAN TERSEBUT. KUNCI PENYELESAIAN TERLETAK DIBAWAH DYMM SULTAN TERENGGANU. MUHYIDDIN PATUT MEMIKIRKANNYA

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro Arif Omar,

Tuanku yang menghalang Derih jadi MB sehingga menyebabkan kemelut ini tidak berkesudahan. Kepada Tuanku juga dipohon perkenan supaya dapat mempertimbangkan perlantikan MB baru yang boleh diterima semua. Masih ada pemimpin Terengganu yang lebih baik daripada Derih dan lebih bagus daripada Ahmad. Terengganu memerlukan MB baru yang diperkenan oleh Tuanku Sultan dan rakyat Terengganu.

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

MENGAPA PEMIMPIN UMNO DAN BN TERENGGANU TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR DARI MALA PETAKA YANG SEDANG MENIMPA UMNO SEKARANG.

MEREKA ASYIK BERTELAGAH SAHAJA. MEREKA MEREBUT KEKAYAAN YANG ADA DI BUMI TERENGGANU,MERKA SAYANGKAN KUASA DAN KETURUNAN DAN PERPECAHAN MELAYU.

DAH SILAP CARI JALAN PENYELESAIANY, JANGAN TAMBAHKAN LUKA YANG SEMAKIN BERNANAH.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

Dulu nak rampas balik bukan main susah. Gelombang biru macam nak bertuko ke gelombang hijau pulak. Semua pihak kena buang yang keruh ambil yang jernih. Dalam politik semudah itu ke? hehehe......lidah tidak bertulang. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.