Saturday, July 11, 2009

Hadiah Najib : Macam Piliharaya Dah Dekat.


KUALA LUMPUR 11 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 berita gembira untuk rakyat Malaysia sempena 100 hari pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.
11 perkara tersebut ialah:-

1. Kadar tol diberi diskaun 20 peratus untuk pengguna yang berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuh raya bertol.

2. 44,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan dijual kepada penyewanya.

3. Diskaun 50 peratus untuk pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.

4. Lesen untuk pemandu teksi, 7,000 permit teksi individu dan 3,000 lagi akan diluluskan dalam tempoh tiga bulan akan datang

5. Langkah drastik kurangkan jenayah dan perangi rasuah.

6. Pendaftaran kelahiran dipermudahkan terutama di Sabah dan Sarawak.

7. 34,000 permohonan kewarganegaraan 46 peratus selesai dan bakinya hujung tahun ini

8. Kemudahan jalan dipertingkatkan di Sabah dan Sarawak.

9. Bekalan air Sabah dan Sarawak diperluaskan.

10. Amanah Saham 1Malaysia dengan 10 bilion unit ditawarkan.

11. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda kaum India.

- Utusan

Amir Hamzah :

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada PM di atas berita gembira di atas ,khususnya bagi penduduk-penduduk di Lembah Kelang , Sabah dan Sarawak. Sudah sewajarnya mereka mendapat hadiah tersebut disebabkan permasalahan yang berlaku di tempat masing-masing dan ianya perlu disegerakan.

Walau bagaimana pun saya mempunyai beberapa cadangan tambahan kepada PM mungkin boleh difikirkan sebagai hadiah genap SETAHUN beliau menjadi PM untuk mengumumkannya.

1. Amalan rasuah perlu dihapuskan ke akar umbi. Jadikan ia satu 'jihad' memeranginya. Peranan dan kuasa SPRM diperluaskan. Jihad Rasuah untuk orang politik, sektor perkhidmatan awam, sektor swasta dan rakyat keseluruhannya.

2. Perbaiki, perbetul. susun semula, dan buat apa saja bagi meningkatkan kualiti Perkhidmatan Awam setiap peringkat, kementerian dan jabatan. Apa guna sebuah kerajaan yang baik, tetapi pelaksana dasar yang lemah, lembab, lemau, penuh birokrasi ,rasuah, tidak amanah dan tidak setia yang akhirnya menjadi beban kerajaan untuk berhadapan dengan rakyat. Kualiti perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan daripada ketua pengarah hingga kepada tukang sapu.

3. Setelah PPSMI dimansuhkan apakah dasar yang lebih baik untuk pelajar-pelajar cemerlang dalam PPSMI supaya mereka ini tidak terbantut, malah terus cemerlang dengan dasar yang baru. Kita juga ingin melihat satu dasar bahasa kebangsaan yang mantap sesuai dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. DBP dan pejuang bahasa perlu menyahut cabaran ini. Kita juga ingin melihat usaha-usaha pemantapan P&P Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu di sekolah-sekolah sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa ke dua.

4. Dasar-dasar membantu kedudukan ekonomi dan pendidikan orang Melayu khususnya di luar bandar perlu dipertingkatkan lagi. Orang Melayu luar bandar masih jauh ketinggalan sedangkan mereka ini setia dan memberi sumbangan undi yang besar kepada kerajaan. Hak-hak istimewa orang Melayu jangan ditarik balik tetapi perlu dipelihara kerana memang hak orang Melayu yang sudah termaktub di dalam perlembagaan.

5. Berusaha dengan lebih giat mendisiplinkan rakyat Malaysia, menangani gejala sosial secara bersungguh-sungguh dan memberi peluang lebih luas kepada remaja dan belia untuk meningkatkan potensi diri disamping merapati golongan ini melalui pelbagai agensi.

6. Teruskan usaha untuk menggantikan Tambak Johor dengan sebuah jambatan.

Terima kasih


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

11 comments:

Kerabu Jantung said...

Cadangan 1-5 bila genap setahun tu kena diperbaharui pula tiap-tiap tahun sehingga ia betul-betul terlaksana!

KUNTONG said...

Saya amat sokong cadangan sdr amirhamzah (utk rakyat semua),Dan saya cadangkan utk situasi dalam rumah (UMNO).

Perbetulkan dan perbaiki masaalah rumahtangga umno, terutamanya bahagian-bahagian)jika ada.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Kerabu Jantung,
Dengan iltizam yang tinggi perkara mudah menjadi senang.

Salam pakcik KUNTONG
UMNO juga perlu serius memerangi rasuah

Alizul said...

Amat sukar bagi sesiapa yang berfikir untuk menerima dasar-dasar berkenaan dengan hanya kata-kata. Walau pun boleh diberi "benefit of the doubt", kita perlu tunggu dan lihat.

Sepatutnya DS Najib tumpukan perhatian sepenuhnya kepada masalah rasuah kerana rasuah dalaman UMNO masih tersemat tanpa apa-apa tindakan konkrit. Rasuah jugalah yang telah menjadi senjata berbisa yang dieksploitasikan oleh pihak pembangkang. Rasuahlah yang masih mendominasi persepsi rakyat.

Amat mudah untuk bermain politik, amat liat untuk membersih UMNO.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Alizul,
Saya sependapat dengan saudara bahawa jihad memerangi rasuah itu perlu diutamakan. SPRM sedia menanti, ikan bilis dan ikan besar, pegawai kerajaan maupun ceo swasta ,pelaku2 politik dan individu2 lain masih lepas bebas kerana memerangi rasuah sama dengan musim durian atau hangat2 tahi ayam. Tidak ada iltizam yang tinggi untuk membenterasnya.

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Sepatutnya setiap PM buat macam tu tiap-tiap hari, bukan soal PRU 13 dah dekat atau jauh. Hanti-hati rakyat tu hendaklah dijaga jangan jauh dari hati BN. Tu aje le.

PRU ke 13 jauh ke dekat, kerja mesti nak kena buat..

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Selamat ulang tahun YB Tun, mudah-mudahan panjang umur dan dapat membantu warga Malaysia dalam menangani masalah semasa.

Bro memang minat habis dengan dia ni, tapi zaman dia menjadi PM teruk juga dihentamnya.

Anonymous said...

SLM BRO..HADIAH YG BEGITU BERMAKNA PD SELURUH WARGA M'SIA. YG MANA XDE LESEN TU SKRG DH BLH LAH AMIK LESEN. CUMA BILA DH DPT LESEN TU JGN PULAK MEREMPIT HEHEHE

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,
Memang la bro, kawan saja mengusik aje. 11 perkara tu nak jaga hati orang KL , Sabah dan Sarawak. Kita ni rasanya dah mewah jugak la. Bagi-bagi la sikit kat sebelah sana tu. Undi BN pun banyak di Sabah dan Sarawak. Tak gitu bro.

Salam Jeffry .
Kawan seronok banyak hadiah untuk Sabah dan Sarawak. Rasanya kerajaan perlu juga ambil perhatian di sana. Langkah bijak Najib sebab kalau BN tak bantu, mereka boleh ugut lompat Pakatan Rakyat.hehehehe

cekodokmasin said...

Salam Tuan,
Perjuangkan sekolah 1 aliran. Mengutuhkan Sekolah Kebangsaan. SRJKC dan SRJKT beransur-ansur diserapkan ke Sekolah Kebangsaan. Perkukuhkan Bahasa Melayu. Permantapkan Bahasa Inggeris. Bahasa Ibunda diwajibkan untuk murid Cina dan India di Sekolah Kebangsaan. Jawi dipertingkatkan pengajarannya.
Amacam? Ada berani? LKS mesti tak setuju...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam cekodokmasin.
Sepatutnya itulah jenis sekolah untuk one Malaysia. Kalau zaman Tun Mahathir, beliau mencadangkan sekolah wawasan. Tetapi cadangan Tun di tolak oleh persatuan-persatuan Cina. Mereka akan sokong jika ada kepentingan untuk mereka sahaja. Kalau mereka tidak setuju kepada sekolah satu aliran yang saudara cadangankan, perpaduan yang ingin dibentuk adalah PERPADUAN PALSU belaka.