Monday, June 22, 2009

Sepandai -pandai Anwar Melompat........(siri Akhir)


KES DOKUMEN ANWAR DITUNDA 1 JULAI

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Julai ini bagi mendapatkan lebih 10 dokumen daripada pendakwaan berhubung kes liwatnya.Permohonan itu sepatutnya didengar hari ini.(22 Jun 2009)

Mahkamah juga menetapkan 8 Julai untuk mendengar permohonan penasihat PKR itu bagi membuang kes tersebut. Jika permohonannya ditolak, perbicaraan kes liwat akan bermula pada hari yang sama.

Kesnya pada asalnya dijadual bermula 1 hingga 24 Julai ini.

Anwar memfailkan permohonan untuk mendapatkan dokumen pada 10 Jun lalu, manakala permohonan untuk mengetepikan kes liwatnya difail seminggu kemudian.

Dokumen yang dimohon, antaranya, rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di sebuah kondominium di Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, dan kenyataan daripada saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mantan TImbalan Perdana Menteri itu menghadapi pertuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantunya, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun lepas.

Amir Hamzah 64 :

1. Sekali lagi Anwar diberi peluang melewatkan bermulanya kes perbicaraannya daripada 1 Julai kepada 8 Julai. Mahkamah akur dengan permohonan Anwar membuktikan mahkamah ingin memberi peluang yang seluas-luaskan kepada beliau dan sekali lagi menafikan mahkamah tidak telus dan dipengaruhi.

2. Mahkamah akur dengan permohonan Anwar kerana beliau adalah Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Keistimewaan yang jarang-jarang diperolehi oleh rakyat biasa.

3. Jika 8 Julai permohonan untuk membuang kes ditolak, maka perbicaraan akan bermula pada hari yang sama. Sebaliknya jika permohonannya bagi membuang kes yang berkenaan berjaya maka MAHKAMAH MALAYSIA ADALAH MAHKAMAH TERBAIK DI DUNIA.

4. Kaedah ini adalah strategi serangan mental kepada Saiful dan keluarganya bagi melemahkan segala sendi dan urat saraf mangsa. Perang saraf ini Anwar belajar daripada tok gurunya Yahudi dan Amerika. Anjakan tarikh ini membolehkan Anwar sempat lagi pergi berjumpa tok gurunya di Amerika bagi mendapat tips perbicaraan sebelum 8 Jun 2009.

5. Anwar sentiasa berusaha untuk menangguh-nangguhkan kes perbicaraannya dan dalam masa yang sama berusaha untuk membuang kes yang berkenaan, dipihak yang lain Saiful Bahri tidak sabar-sabar untuk bersemuka dan memberi keterangan di mahkamah. Apakah maknanya itu?

6. Jika benar Anwar tidak bersalah maka kita harus akur bahawa ini satu fitnah dan niat jahat terhadap kerjaya politiknya. Jika mahkamah mendapati beliau bersalah maka segala drama dan wayangnya selama ini boleh diibaratkan sebagai, 'SEPANDAI-PANDAI ANWAR MELOMPAT AKHIRNYA JATUH TERKANGKANG JUGA'.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

11 comments:

Unknown said...

mana keadilan untuk saiful yang telah lela menunggu perbicaraan??? Tiada keadilan kah untuk rakyat marhain yang teraniaya???

Mr E.Man said...

Sepandai-pandai Anu-war meliwat, akhirnya jatuh tertomoih jugak (Bahasa orang cheruk tokun).

afrohead said...

kasihan saiful. semoga Allah tunjukkan kebenaran kali ini. semoga saifulk peroleh keadilan kali ini. semoga satu Malaysia tahu kali ini siapa sebenarnya anwar homoseksual pengkhianat bangsa ini..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mazhar,

Kita doakan kedua-duanya dipanjang umur dan dapat bertemu di Mahkamah pada 8 Julai ini.

Salam Bzzz It,

Hehehe.....sat lagi orang Cheruk To'kon marah , Abang Nuaq tu kan pemimpin depa, bos besaq

Salam anas afrohead

Kita harap polis dan para peguam akan memberi perkhidmatan terbaik dan profesional. Jangan buat kesilapan lagi spt 1998

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Tunda-tunda macam ni bila nak abis. Sampai ke tua le jawabnya..

cekodokmasin said...

Salam Tuan,
Minta barang kes yang asal? Gila apa? CSI Amerika pun tak beri barang kes asal. Tak pernah tengok CSI ker? CIA terlupa nak beri briefing hal ni kat dia ker?
Akai ada ka? Ptuihhhhhhh!!!

Anonymous said...

MEMANG PADAM DIA NI. MASA AJE. SABARLAH. ALLAH DAH JANJIKAN . PELIWAT AKAN DIMUSNAHKAN. KAUM NABI NUH DAH DIHAPUSKAN DARI DUNIA INI.LIHATLAH NANTI. SABAR JE LE

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

Jangan sampai kucing bertanduk dah la.....

salam cekodokmasin,

Mana ada masa nak tengok CSI bro. Depa sebok atur strategi membohongi rakyat....hehehe

salam bro arifomar,

Kalau betul mamat ni termasuk dalam golongan pengikut kaum Nabi Lut, tunggu la kita sama2 nantikan kemusnahannya.

Unknown said...

salam, keturunan sodomi ni elok kita hantar balik kampung dia...

The Unspinners Kembali said...

Kami adalah kumpulan pancaragam, The Unspinners.

Kami dendangkan lagu-lagu kebenaran dan merungkai pembohongan dan putarbelit.

Sila mampir untuk mendengar lagu-lagu dari album terbaru kami seperti:

1. KY Jelly boleh hilangkan kesan tetapi ...
2. Mahaliwat Desperado nak tangguh kes.
3. Mubahalah tak mau, Mahkamah tak mau

Terima kaseyyyyy ...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam ddinbunga,

Kita dah bagi pun dia jawatan supaya dia selalu balik kampung...
Bukan kah mamat ni wakil kampung Ceruk Tok Kun?


Salam Unspinners,

Kamu dendanglah apa pun lagu untuk menghiburkan hati nan lara abang Nuar kita tu.....