Thursday, June 11, 2009

Hadi Awang Membersihkan Longkang Tersumbat



Ketika Nik Aziz mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa pemimpin PAS Erdogan yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan cara hendak mematahkan idea kerajaan perpaduan, Hadi Awang sebuk membersihkan segala parit dan longkang yang berbau busuk dan tersumbat di dalam PAS.

Selepas digandingkan dengan Timbalan Presiden daripada golongan ulamak , Hadi kelihatan selesa sedikit walaupun isu kerajaan perpaduan sedang hangat diperkatakan orang di pasaran. Langkah drastik Hadi ialah mengumumkan lantikan orang kanannya, Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru.Mustafa yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat mengantikan Kamaruddin Jaafar.



Tak pandai kah Kamaruddin buat kerja? Tak bagus kah dia? Bukan tak pandai atau tak bagus tetapi semua orang PAS tahu Kamaruddin adalah 'puppet' Anwar dan ada cop mohor Anwar di dahinya. Kamaruddin adalah bekas PTD dan kemudian menyertai UKM sebagai pensyarah. Beliau amat rapat dengan Anwar dari zaman ABIM. Pernah menjadi EXCO Pemuda UMNO Malaysia serta setiausaha politik Tun Ghafar Baba semasa Tun Ghafar Timbalan Perdana Menteri. Patutlah Tun Ghaffar terjongkang ketika mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO 1993 dulu, rupa-rupanya ada orang dalam. Taktik ini nak diguna semula oleh Anwar dalam PAS. Tatkala hampir semua sahabat ABIM Anwar menyertai PKR pada 1999, Anwar mengarahkan Kamaruddin menyertai PAS bagi membolehkan Anwar menguasai parti tu.

Agaknya, Hadi melihat Kamaruddin sebagai seorang yang merbahaya di dalam PAS. Sama bahayanya dengan Husam yang frust menonggeng kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden dengan Nasharudin. Husam pula sangat rapat dengan Anwar setelah Husam kembali ke Kelantan pada pilihanraya 2004 dengan menjawat jawatan Exco kanan di Kelantan. Husam dengan kuasa yang ada pada beliau telah banyak membantu Anwar melalui Saifudin Nasution. Saifudin ketika itu menjawat jawatan Pengarah Eksekutif di Yayasan Tok Kenali, sebuah NGO tajaan Husam sbg Exco Kelantan.

Anwar sering membawa Husam sebagai 'ahli rombongan' ke rantau Timur Tengah menyampaikan pidatonya. Husam juga dibawa bertemu dengan masyarakat perniagaan di Timur Tengah dengan Anwar memperkenalkan Husam sebagai 'orang yang sangat berkuasa di Kelantan'.

Anwar berjanji memberikan Husam jawatan menteri kewangan apabila beliau menjadi perdana menteri. Kamarudin Jaafar diguna Anwar bagi mengawal Husam dari jatuh ke tangan golongan ulamak. (x-pkr.blogspot.com)

Jadi memang patutlah Husam di bungkus hidup-hidup dalam pemilihan Jawatan Timbalan Presiden yang lalu dan wajarlah Hadi menggantikan Kamaruddin dengan sahabat yang dipercayainya. PAS mahukan golongan ulamak meneraju PAS semula setelah PAS kelihatan menyimpang daripada perjuangannya yang asal.



Hadi benar-benar mahu mengajar kumpulan erdogen supaya mendengar cakap presiden terlebih dahulu kerana nampaknya akhir-akhir ini Anwar Ibrahim kelihatan lebih menguasai PAS dari luar. Berikutan dengan itu, Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden pula hanya dilantik sebagai ahli Jawatankuasa PAS Pusat.Para penyokong mereka harapkan keduanya dilantik dalam Dewan Harian Pusat PAS,iaitu badan tertinggi dalam parti itu. Malah Mursyidul Am PAS Nik Aziz secara terbuka bersetuju agar mereka dilantik ke dalam Dewan Harian Pusat PAS.
Cadangan Nik Aziz umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Hadi benar-benar nak bersihkan longkang-longkang dalam PAS.



Tindakan Hadi ini memberi satu tamparan maut ke kiri dan kanan muka Anwar apabila Kamaruddin hilang jawatan dan Husam kalah bertanding. Lubang longkang yang tersumbat sudah nampak cahaya bulan berbalam dihujung sana. UMNO bila pulak nak bersihkan longkang-longkangnya. Bukankah UMNO pun ada orang-orang Anwar di dalamnya terutama di kalangan pemuda......segalanya mungkin.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

6 comments:

... said...

salam... teja tk pandai nk komen bab2 politik nih, sowi erk? apepun teja ucap banyak2 tima kasih coz awak rajin jenguk dn tinggalkn komen kat blog teja... tq!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Teja,

Tak mengapa...dan saya tidak berkecil hati.'Cerita seorang Suami 'tu saya akan siarkan dalam blog saya sikit masa lagi tetapi saya kaitkan dengan suasana politik tanah air.

Geng Samudera said...

Salam Pak Amir,

Longkang di UMNO nih WAJIB juga dibersihkan dari dulu lagi...

Kalau susah secara drastik,patut mulakan yg kecil2 tapi konsisten,bukan ikut musim.....

Bila dah bersih dari dalam,insya allah akan terpancar kilatnya dari luar.

Ini dok perap jerk bau busuk longkang sampai jadi sebati buek pe?...heheheee

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Geng Samudera,

UMNO adalah parti yang dinamik bukannya statik. Dalam sejarahnya yang manis dan pahit, UMNO pernah jatuh dan bangkit kembali.

Dalam sejarah UMNO, ramai pemimpin UMNO yang dihukum atas beberapa kesalahan.

Pemimpin UMNO silih berganti, parti terus kekal berdiri. Kalau ada yang bau busuk lazimnya karearnya tak lama. Menunggu masa dan ketika untuk tersungkur.

zedmagel said...

Bro Amir,

Mengayat Teja nampaknya?

Akan ada seorang lagi lelaki yang setia berkorban seperti cerita Teja tak lama lagi.

Tindakan Hadi membersih longkang memang dah dijangka. Takut pemilihan depan Presiden PAS di cabar kalau tak betul-betul bersih. Dunia politik macam tu lah.. Baik PAS DAP PKR dan BN lepas pemilihan cari lah barisan pemimpin yang sentiasa setia dan yes boss....he he he...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel.

Teja datang sendiri bro. Kawan tak ajak dia yg nak singgah. Klu kawan jadi Hadi pun kawan ambik bro jadi s/usaha kawan. Tak kan nak ambik org yg merbahaya spt kamaruddin tu....