Thursday, March 12, 2009

Sultan Dihina, Singh Yang Kebal !




'Tuan Yang di-Pertua, Saya telah menjelaskan dengan panjang lebar pada 18 Januari 1993 mengenai tujuan Kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa yang dianggap sebagai kekebalan atau immuniti Raja-Raja, iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana melakukan apa-apa kesalahan. Pindaan ini dibuat kerana difikirkan pengecualian Raja-Raja daripada tindakan undang-undang sudah tidak sesuai lagi dengan aliran zaman.

Pengubahsuaian ini tidak menjejaskan tujuan utama Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) l993 yang diluluskan oleh Parlimen, iaitu menentukan Raja boleh didakwa di bawah undang-undang negara. Perbezaannya ialah Raja-Raja akan dihadapkan ke Mahkamah Khas sahaja.Peruntukan asal dalam Perlembagaan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa dikekalkan.

Pindaan yang kedua ialah sebarang tindakan ke atas Raja-Raja tidak boleh diambil tanpa persetujuan Peguam Negara. Ini adalah bagi menjamin Raja-Raja tidak diheret ke mahkamah oleh pihak-pihak yang hendak memalukan Raja-Raja atas sebab-sebab yang tidak berasas.

Sebahagian petikan ucapan DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, SEMASA PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993 DI DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR PADA 08-03-1993. Ini bermakna Raja-Raja dan Sultan-sultan Melayu juga tidak ada kekebalan dari segi undang-undang. Oleh itu, hari ini Raja-Raja dan Sultan-Sultan boleh juga mendakwa, apakah kekebalan ahli-ahli parlimen di dalam Dewan Rakyat sesuai lagi di dalam zaman ini?

Apatah lagi Dewan Rakyat yang mulia itu sudah dicemari dengan kata-kata biadap dan fitnah yang melampau. Jikalau imuniti raja-raja di dalam perlembagaan itu dipinda kerana tindakan melampau seorang dua raja-raja Melayu, tidak boleh kah kekebalan ahli-ahli parlimen itu ditarik balik setelah dewan yang mulia itu sudah menjadi seperti warung teh tarik tepi jalan.

Karpal Singh telah mengeluarkan kata-kata celaka kepada pemuda UMNO di dalam Dewan Rakyat walaupun dia kemudiannya menarik balik.

Terbaru, Gobind dikenakan tindakan keluar dewan baru-baru ini apabila beliau bangun untuk bertanya soalan kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik sahaja selesai menyampaikan ucapan penggulungannya.

Beliau tertanya-tanya sama ada mereka yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke mahkamah serta menyentuh tentang kes Altantuya. Tuduhan liarnya bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pembunuh dalam kes pembunuhan Altantuya yang kini sedang dibicarakan di mahkamah. Tuduhan berat ini sangat merbahaya kepada sentimen dan emosi majoriti rakyat.

Najib telah dikaitkan dengan kematian Altantuya walaupun timbalan perdana menteri itu berulangkali menafikannya.

Hal ini kalau dibiarkan ia akan menjadi barah. Ada sebab kekebalan Ahli Ahli Parlimen ini ditarik balik seperti mana ada sebab imuniti Raja-Raja dipinda pada 1993. Luahan perasaan tidak puas hati ini adalah datang daripada rakyat kerana ahli parlimen diangkat menjadi ahli dewan atas kehendak pengundi. Rakyat mahukan nasib mereka dibela dan negara dijaga bukannya terlalu banyak politiking dan unsur-unsur mempopularkan diri di Parlimen.

DAP harus sedar bahawa DAP dan Pakatan Rakyat hanya pembangkang dengan 82 kerusi. Belum menang dan belum lagi jadi pemerintah pun sudah mula hendak tunjuk taringnya yang sebenar. Bagaimana lah rupanya kalau pemimpin ini menerajui negara. Bersiap-siaplah kita orang-orang Melayu !

Oleh itu cadangan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali supaya Dewan Rakyat menarik kembali kekebalan ahli-ahli Parlimen supaya mereka lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan perlu disokong.

Persoalannya Ahli Parlimen BN mana yang hendak sokong? Setakat ini Ahli Parlimen BN tidak sepakat dan membisu. Adakah itu tandanya tidak sokong?

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

10 comments:

Tai said...

ya, saya menyokong kekebalan ahli parlimen perlu ditarik balik. Mereka ni terutamanya orang Dap, amat melampau sekarang.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Sedingin Salju,

Ahli-ahli Parlimen sering mengambil kesempatan atas peruntukan kekebalan di dalam Dewan.
Walaupun tindakan boleh diambil seperti arahan keluar dewan atau penggantungan tetapi bagi menjaga kemuliaan dewan dan kepentingan umum kekebalan itu perlu ditarik balik.

Tai said...

Ya betul tu. Saya setuju.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Sedingin Salju,

Ahli Parlimen DAP kawasan Puchong, Gobind Singh Deo hari Isnin digantung selama 12 bulan kerana menghina Dewan Rakyat. Usul menggantung Gobind dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz setelah Gobind didapati mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Speaker yang memerintahkannya keluar Dewan hari Khamis lalu. Selain itu, Gobind dikatakan membuat tuduhan tidak berasas dan dengan menuduh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan. Sejurus usul itu dibentangkan, kalangan pemimpin pembangkang bangun dengan menggunakan Peraturan Mesyuarat untuk mempersoalkan usul yang dibawa oleh Nazri itu kerana menganggap ia tidak adil kepada Gobind. Malah menariknya bapa Gobind yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal SIngh dalam mempertahankan sikap anaknya itu berkata, tuduhan Najib terlibat dengan pembunuhan dibuat secara umum dan Najib pada hakikatnya tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah atas tuduhan membunuh. Katanya, kenyataan Gobind tidak mengaitkan dengan kes warga Mongolia, Altantuya Shariibu. Kenyataan Karpal itu jelas bercanggah dengan tuduhan yang dibuat secara terbuka baik di dalam Dewan Rakyat mahupun di luar Dewan mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya. (www,agendadaily.com)

Tai said...

Ha, itu kisah si anak semalam. hari ni pulak, si bapak yang kena.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam sedingin salju,

bapak borek anak rintik,
hukuman yang boleh membuatkan karpal tersenyum.

Tai said...

Saya rasa kesal sebab kerajaan terlampau berlembut.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Sedingin Salju,

Ini kerajaan Pak Lah bukan Kerajaan Tun Mahathir.

Kita tunggu kerajaan di bawah pimpinan Najib.

Keras?, cekap? atau sama sahaja.

Tai said...

Sebenarnya, saya tak sukalah pentadbiran cara lembut ni. Inilah dia kalau demokrasi melampau-lampau. ha inilah.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Sedingin Salju,

Pentadbiran yang lembut yang sdr tidak gemari itu akan berakhir tak lama lagi.