Thursday, March 5, 2009

Rais Dan Agus: Meredakan Gelisah Rakyat Perak ?




Kekecohan politik di Perak yang berlarutan sehingga kini menjadikan rakyat tertanya-tanya siapakah sebenarnya yang boleh memberi penjelasan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak berkaitan dengan beberapa isu seperti kuasa Sultan Perak dalam perlantikan Menteri Besar, Pembubaran Dewan Undangan Negeri, memanggil persidangan DUN dan beberapa perkara lagi.

Perkara yang semakin buntu ini berjaya sedikit sebanyak dileraikan oleh Menteri Luar, Dr Rais Yatim semasa menyampaikan penerangan berhubung isu-isu semasa di Angkasapuri baru-baru ini.

Paling menarik yang mempunyai kaitan dengan politik semasa Negeri Perak ialah penghuraian tentang kuasa Raja-Raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong. Menurut beliau Ada tiga kuasa unit yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa dan kuasa itu adalah hak mutlak Duli-Duli Raja dan Yang Di-Pertuan Agong.

Tiga kuasa itu katanya, i) berhubung perlantikan Menteri Besar bagi Sultan dan perlantikan Perdana Menteri bagi Yang di-Pertuan Agong, ii) soal membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi Raja-Raja manakala pembubaran Dewan Rakyat bagi Yang di-Pertuan Agong dan iii) berhubung mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu dan juga bersangkutan soal-soal adat istiadat dan agama Islam.

Menurutnya mana-mana pihak tidak boleh mempersoal ke atas ketiga aspek itu kerana ianya adalah hak mutlak Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong. Menurutnya hanya 3 Sultan iaitu, Raja Perlis, Sultan Perak dan Sultan Terengganu yang mempunyai kuasa mutlak dalam perlantikan Menteri Besar.

Penjelasan beliau itu berdasarkan rujukan perlembagaan negara dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Perak. Bagi rakyat umum penjelasan seumpama ini berdasarkan fakta undang-undang sudah cukup melegakan apatah lagi mereka yang menderhaka termasuk ingin menyaman Sultan Perak boleh diambil tindakan di bawah akta hasutan atau mana-mana akta yang bersesuaian.

Sepanjang tempoh kecelaruan politik di Perak bermula daripada peralihan kuasa dari PR ke BN sehinggalah ke Mesyuarat Dewan Undangan Negeri 'Pasir Dua Butir' di bawah 'Pohon Demokrasi', rakyat tidak dapat penerangan yang jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di Perak. Menteri Penerangan Datuk Sabbery Chik kelihatan tidak proaktif bagi memulakan lorong perbincangan dan penerangan khususnya kepada Rakyat Perak.

Pemimpin-pemimpin UMNO tidak suka membaca, tidak suka menyelidik dan sudah dijangkiti 'sindrom bisu'. Isu-isu yang berkaitan undang-undang ini tidak dapat disampaikan kepada rakyat dengan cara yang mudah difahami. Kalau ada pun, hujah-hujah retorik dan cakap-cakap politik seperti yang disampaikan oleh Zahid Hamidi dalam Program Hujah NTV9 baru-baru ini. Beliau lebih banyak menghentam pembangkang daripada mengambil sedikit masa untuk merujuk Undang-Undang Tubuh Negeri Perak bagi merungkaikan permasalahan politik di sana. Nampaknya pemimpin-pemimpin UMNO lebih fokus kepada perebutan jawatan dalam parti Mac nanti.

Melihat kepada politik Perak yang berterusan buntu ini ,satu saranan yang menarik datangnya daripada Pensyarah Sains Politik UKM, Prof. Madya Mohammad Agus Yussoff. Beliau menyarankan Pertama, berunding dan bersedia untuk berkompromi dengan apa cara sekalipun untuk membentuk kerajaan gabungan dengan melupakan segala sejarah pahit antara hubungan mereka. Kedua, menyatakan bahawa pemimpin politik perlu berjiwa besar, berunding bersama-sama dan kedua-duanya sekali -- YAB Dr Zambry dan YAB Ir Nizar mengadap Tuanku Sultan memohon perkenan baginda untuk memperkenankan pembubaran Dewan.

Beliau juga turut melahirkan rasa bimbang kerana sekiranya krisis ini berlanjutan, ahli politik akan lupa untuk memberikan keutamaan kepada krisis ekonomi yang kita hadapi. Saya bimbang sekiranya kita terus berpolitik mempertahankan pandangan parti masing-masing, rakyat akan terabai dan kesejahteraan negara terjejas. Saya cukup bimbang tentang hal ini sekiranya ia boleh menjejaskan kestabilan yang kita nikmati.( kandungan emeil penuh beliau boleh dibaca di www.kudakepang.com)

Kesimpulannya dalam kes Perak tidak ramai yang boleh mengulas sehingga boleh memberi keyakinan kepada rakyat kecuali ulasan dan pandangan oleh DS Rais dan Prof.Madya Mohammad Agus. Penjelasan keduanya walaupun terlewat tetapi memberi sedikit sinar bagi meredakan keresahan dan kegelisahan khususnya rakyat Perak Darul Ridzuan.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

17 comments:

Tai said...

nasib baik ada dia kan?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Sedingin Salju,

Ada mendakwa prof.Agus adalah ahli PAS di Kelantan. Walaupun parti mana dia menjadi ahli, yang penting beliau profesional dalam menjalankan tugas.Setakat ini beliau tidak berpihak walaupun soalan-soalan beliau merupakan soalan-soalan pihak pembangkang.

Soalan-soalan begini yang perlu dijawab bukannya soalan-soalan 'betina'. Kemungkinan Prof Agus biasa bergaul dengan kawan-kawannya yang ramai di pihak pembangkang.

Saya yakin soalan-soalan begitu sangat disenangi oleh rakyat.

DS Rais satu ketika pernah keluar UMNO dan masuk Parti Semangat 46 bersama-sama KuLi. Tapi itu cerita lama. Beliau seorang yang berprinsip. Prinsip beliau itu kekal hingga ke hari ini.

Beliau tidak popular di kalangan perwakilan. Tapi dalam perkembangan terbaru politik negara, beliau nampak menonjol mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu.

Terima kasih

Tai said...

Sebab itu, bukan semua orang PR tak baik. Tapi itulah, mejoritinya tak baik. Tu masalahnya. Dan, bukan semua orang BN tak baik, yang tak baik tulah kena banteras.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Sedingin Salju,

Setuju ! Tapi nak cari orang BN baik 100% susah jugak. Selagi dikatakan manusia......

Kalau dapat jadi 'kelihatan' baik pun dah ok. Lama-lama jadi baik betul-betul.

Nak hapus yang tak baik ni macam penyakit jugak, datang macam ribut pergi macam semut. Yang penting berusaha jadik baik.

wasalam

Tai said...

Ha, tepat tu.

zedmagel said...

Salam Amir,

Bagus ehhh...yang bakar jambatan dengan UMNO bagus ehh?. Sorot kisah silam sebelum kata bagus. Keputusan PRU 12 adalah doh dan canai dari tahun 1988, yang menyebabkan pengundi benci BN. Nak kesal apa jika salah 20 tahun lalu kita yang buat. Nak buat macammana? Menyesal? Pusing lah fakta 1988 biar penyokoing pembangkang balik kepada BN. Baru la boleh angkat buku undang-undang tubuh kerajaan.

Mual dan muak dengan lakonan. Cakap aje yang sebab nak pegi naib presiden. Bro Amir jawab lah. Apa ke benda bagusnya?

Belah.......

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel.

Dalam politik segalanya mungkin.
20 tahun dahulu cerita lama. Dalam politik, tidak ada kawan yang kekal dan musuh yang berpanjangan.

kalau ikut sejarah Tun M pun pernah kritik dan tentang Tunku. Tulis buku lagi kritik Tunku. Tapi Tun jadi PM yang baik selama 22 tahun.

Saya cakap Rais sekarang bukan Rais Semangat 46. Sekarang Rais antara menteri yang berani dan rajin membaca. Hujah NTV9 malam semalam sangat menonjolkan dirinya antara calon terbaik Naib Presiden.

Mana ada menteri sekarang yang berani bercakap hal kontrak sosial, hak istimewa orang melayu atau hal raja-raja melayu. Tak dak... sebab apa? Takut dikatakan perkauman.

Rais nampak boleh diberi harapan agar pokok yang condong itu ditegakkan semula supaya ramai orang boleh bernaung di bawahnya

t.kasih

zedmagel said...

Bro Segalanyamungkin,

Hee.hee. Cina cakap cak bo liau (Makan tak habis ah..) Ramai menteri yang cakap perkara macam ni, tapi saudara je yang tak lihat dan mendengar. Tan Sri Muhyiddin cakap dah naik berbuih bro. Cuma Kupas mengupas dan bawak buku ke hulu ke hilir je yang dia tak buat.Tak macam idola saudara tu.

Idola saudara tu di kalangan perwakilan agak suam-suam kuku le kata orang selatan tanah air. Cuma hujah TV9 tu rating dia ada naik sikit, tapi no 4 dan ke bawah ada harapan le. Bro nak kena pump kuat-kuat bro ada 2 minggu lagi ni. Bagi DSRY naik lagi.

Tapi Dato' Seri Muhammad Khaled Nordin jangan tak dilihat langsung, beliau tu pemimpin muda yang berjiwa besar. Tekun berkerja, sopan dan berpandangan jauh. Jika dia diberi peluang menjadi Naib Presiden UMNO penggal ni, BN dan kerajaan lebih mantap dan mampu bersaing dengan semua negara di peringkat antarabangsa.Jangan menidakkan perkara yang benar, walaupun di dalam hati mengiakan.

Jumpa lagi bro.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel,

Kawan terbuka dalam memberi sokongan krn ia bergantung kepada kebijaksanaan perwakilan.

Sesiapa yang terpilih kita kena sokong dan kuatkan parti semula.

Kawan berpendapat kalau boleh kepimpinan UMNO yang baru ni mestilah antara golongan baru dan lama.

Naib Presiden :

1. Mohamad Khalid bin Nordin
2. Rais b Yatim
3. ????????????

terima kasih

Tai said...

Siapa yang menang dan kalah, kenalah kerjasama. Ingat, perpaduan penting.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Sedingin Salju,

Terima kasih mengingatkan diri saya dan kawan-kawan kita yang lain.

Sudah menjadi lumrah untuk kita menyukai pemimpin yang kita suka. Walau apa pun, kita perlu bersatu semula selepas PAU akan datang ini.

Rapatkan barisan semula.

Tai said...

Ya, ini amat penting supaya anda orang melayu semua dapat melenyap kuasa PR yang sangat merbahaya sekarang.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Sedingin Salju,

Setuju sesangat.

Melayu bersatu dan tunjukkan bukti kemampuan Melayu dengan memberi sokongan solid di Bukit Gantang dan Bukit Selambau serta sokongan tidak berbelah bagi di Batang Ai.

Tai said...

Calon Bukit Gantang Ismail Safian. Orang tempatan kan?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Sedingin Salju,

Anak tempatan, bekas setiausaha Bahagian UMNO Bukit Gantang

Tai said...

Dan diharapkan, beliau akan mendapat sokongan padulah kan?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Sedingin Salju

1. Sepatutnya beliau mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli UMNO.

2. Sokongan daripada Orang-Orang yang mahukan kestabilan politik seperti sedia kala.