Monday, July 6, 2009

Penjawat Awam Tikam Kerajaan Dari Belakang?



Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah mengagaskan formula 'ABCDE' untuk meningkatkan kualiti dan integriti penjawat awam di seluruh negara. Kalau kita perhalusi satu persatu huruf-huruf dalam
formula 'ABCDE' ini, ia ibarat tonik paling mujarab yang harus dijadikan panduan terbaik untuk para penjawat awam melaksanakan tugas dengan sempurna.

Huruf A yang membawa maksud 'AMANAH' memperihalkan akan peripentingnya untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan oleh majikan dan juga kerajaan. Jangan mengkhianati kepercayaan yang diberi ini dengan membuat sesuatu yang boleh merosakkan integriti kerja seperti 'mencuri tulang',mengamalkan rasuah atau bersifat
bengis terhadap pelanggan. Jika amanah itu menjadi pegangan, pasti akan begitu minimum atau tidak kedengaran langsung keluhan dan komen negatif pelbagai pihak terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam.



Konsep pekerja yang bersifat ulul albab dizahirkan melalui huruf B yang bermaksud 'BIJAK'. Ulul albab dalam sektor awam "merangkumi semua pekerja daripada pembantu am rendah hinggalah kepada ketua jabatan " adalah mereka yang bijak
dan matang mencerna ilmu pengetahuan yang dimilikinya tidak kira ia bersifat duniawi atau ukhrawi untuk membuat kerja dengan baik, berkongsi kepakarannya dengan orang lain, dan sentiasa cuba mendapatkan keredaan-Nya dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang agama.

Sasaran Huruf C untuk 'CEKAP' menggagaskan bahawa penjawat awam perlu mampu mencapai standard kerja yang ditetapkan organisasi dan menepati masa yang ditetapkan. Seseorang penjawat awam perlu mewujudkan sistem ˜aras tanda" iaitu mewujudkan sasaran-sasaran kerja yang realistik dan cuba untuk mencapai bahkan mengatasi tahap
pencapaian tersebut.

"DEDIKASI" yang direfleksikan oleh huruf D mengajak penjawat awam untuk memberikan sepenuh tenaga, buah fikiran dan usaha ke arah pembangunan organisasi secara spesifiknya dan sektor awam secara umumnya. Dedikasi yang tinggi dalam bekerja akan mewujudkan apa yang dipanggil 'sense of belonging' yang menzahirkan rasa sayang dan sikap kebertanggungjawaban terhadap organisasi.

Manakala huruf E pula membawa erti "EFEKTIF". Efektif yang dimaksudkan adalah kerja yang dibuat memberikan kesan yang bermakna kepada diri penjawat awam itu sendiri, organisasi dan terutamanya pelanggan. Umpamanya, jika seseorang operator talian aduan awam sesebuah jabatan menerima panggilan telefon daripada pelanggan, unsur efektif akan wujud hanya apabila aduan pelanggan itu diambil tindakan yang sewajarnya oleh semua pihak dalam jabatan tersebut dan memuaskan hati pelanggan tersebut.

Ramuan 'ABCDE' ini bukanlah terhad sekadar elemen-elemen tersebut sahaja, bahkan jika ada unsur-unsur positif diwakili sehingga ke huruf Z sekalipun, ia perlu diamalkan dalam bekerja dan diyakini membantu seseorang penjawat awam itu mencipta kesempurnaan dalam bekerja. Rasionalnya, sehingga bila-bila sektor awam akan sentiasa
"berkhidmat kepada rakyat" dan perkhidmatan yang diberikan perlulah kekal di kelas pertama.

Walaubagaimana pun setelah membaca satu artikal dalam blog Parpukari yang bertajuk 'BILAKAH PEGAWAI KERAJAAN AKAN BERUBAH SIKAP?'Saya berpendapat kekalahan BN di 5 buah negeri dalam pilihanraya ke 12 yang lalu bukan hanya terletak dibahu ahli-ahli politik atau wakil rakyat semata-mata tetapi turut dipertanggung jawabkan ke bahu penjawat-penjawat awam. Ini kerana ahli-ahli politik atau ahli-ahli parlimen adalah pembuat dasar sedangkan penjawat awam adalah pelaksana dasar.



Saya membuat petikan daripada tulisan tersebut antaranya:

'terlalu banyak perkara yang mengejutkan saya, antaranya dalam isu tanah..hampir semua daerah mempunyai masalah yang sama. Isu geran, isu teroka tanah secara haram dan pelbagai lagi masalah yang tidak sepatutnya berlaku, masih berlaku dalam tahun 2009 ini'

Ada penduduk yang telah berpuluh tahun tidak mendapat geran, ada yang telah tinggal puluhan tahun tapi akhirnya tanah tersebut menjadi milik pihak lain..kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Sedangkan sistem pemerintahan yang ada sudah cukup lengkap..ada Ketua Kampung, ada Penghulu, ada Pegawai Daerah, ada Wakil Rakyat, ada Pengarah Tanah, ada Exco dan ada Menteri Besar. Masalahnya semua pihak ini tidak menjadikan budi bicara sebagai amalan dalam menjalankan tugas, tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan jika semua pihak menggunakan pendekatan mengutamakan budi bicara terlebih dahulu semasa menjalankan tugas.

Sebagai contoh yang pernah saya alami, ketika saya memohon permit pembantu rumah di salah sebuah Jabatan Kerajaan, saya terpaksa berulang-alik sebanyak 5 hari berturut-turut kerana masalah yang sangat kecil, pada hari ke-6, saya sudah mula merasa rimas kerana masalah yang tidak juga selesai, saya bertanya kepada kerani yang menjaga kaunter dengan nada yang agak tinggi, saya bertanya apakah tidak ada cara lain untuk menyelesaikan masalah saya atau saya perlu menjerit sekuat hati di depan khalayak ramai..dan akhirnya kerani tersebut memberitahu saya yang ianya boleh diselesaikan dengan budi bicara pegawai atasan beliau..saya mendesak untuk berjumpa dengan pegawai tersebut dan akhirnya saya dapat berjumpa dengan pegawai atasan tersebut..amat mengejutkan saya apabila urusan kecil yang telah mengambil masa saya selama 6 hari telah dapat diselesaikan dalam masa tidak sampai 3 minit! Terlalu mudah jika mereka mahu membantu dan menggunakan budi bicara.

Begitu juga pandangan saya dalam banyak kes yang berlaku dalam kes tanah atau apa saja masalah rakyat..yang menjadi masalahnya apa juga masalah orang politik, Menteri Besar jugalah yang akan dipersalahkan..malahan ada pegawai kerajaan selalu menggunakan Menteri Besar sebagai tempat untuk dipersalahkan..sebagai contoh:- Jika berlaku kes kecurian pasir di satu tempat, apabila ada protes maka akan ada pihak yang mengatakan 'kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana ini adalah kuasa Menteri Besar', sedangkan pihak yang berkata begitu adalah pegawai penguatkuasa, kes kecurian pasir bukan masalah Menteri Besar! Itu adalah tanggungjawab pihak penguatkuasa, tetapi untuk mengelak dari dipersalahkan, maka Menteri Besar yang menjadi mangsa..

Saya juga tertarik dengan komen-komen yang diberikan berdasarkan tulisan di atas, antaranya:

'Sebenarnya saya telahpun kemukakan laporan penuh risikan dan siasatan saya ke peringkat tertinggi pimpinan Negara, termasuk juga satu naskah untuk YAB Menteri Besar Perak. Saya melakukan ini adalah dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas mahu Kerajaan Yang ada Sekarang dapat mengubahnya gelagat penjawat-penjawat awam yang telahpun saya laporkan. Ia amat penting untuk diterjemahkan dan di ambil tindakan segera, kerana ia menjadi impak paling besar terhadap kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan sedia ada.

Sila halusi dan ambil tindakan segera. Memang tidak dinafikan bahawa Pejabat Daerah & Tanah lah yang paling banyak menjadi rungutan rakyat. Oleh itu, cara yang terbaik adalah mengenakan tindakan disiplin kepada pelaku-pelaku ini. Siasatan perlu dilakukan dan SPRM perlu meletakkan pegawainya untuk menyamar sebagai kakitangan Pejabat tanah, ini boleh dilakukan dengan kesepakatan Pimpinan Ketua2 Jabatan, melainkan Pemimpin ini juga terlibat sama dalam kegiatan rasuah. Kerana setiap pergerakan fail perlu ada imbalan duit suapan. SPRM perlu bertindak segera.

IMEJ KERAJAAN SEKARANG AKAN TERUS TERCEMAR DISEBABKAN PELAKU-PELAKU INI. Tindakan berat perlu diambil bila sudah cukup bukti, biarlah kita hilang satu pegawai, tetapi rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai-pegawai kerajaan.
Satu lagi punca yang jelas dapat dilihat adalah kakitangan itu sendiri adalah penyokong kuat pembangkang, so, mereka akan bertindak untuk membantutkan usaha-usaha kerajaan untuk menambaikkan mutu perkhidmatan, dengan itu, rakyat akan terhasut dan percaya akan hasutan ini. Oleh itu, saya juga menyarankan agar satu badan bebas bagi meneliti pergerakan mereka, jika didapati mereka telah menyalahgunakan perkhidmatan memboikot dan mengadu-domba dikalangan pegawai, maka tindakan tegas perlu di ambil segera. Kita sepatutnya mengawal "barah ini dari merebak membawa parah" agar usaha-usaha kerajaan dengan melaksanakan KPI tidak terbantut. Cegahlah ia sebelum parah.

Antara komen lain yang menarik dan kontroversi:

Tolong pi siasat, banyak kakitangan kerajaan di kalangan guru dan pekerja hospital terang-terangan menentang kerajaan. Mereka buat-buat tak tahu, bahawa kakitangan kerajaan mana boleh terlibat dengan politik. Mereka lupa, masa mula-mula kerja dulu, mereka telah angkat sumpah akan taat setia kepada kerajaan yang memerintah. Sekarang ini bukan setakat menentang, malah ada yang terang-terangan memburuk-burukkan kerajaan.. walhal mereka lupa gaji yang mereka peroleh adalah daripada kerajaan yang mereka hina dan keji. Saya memohon agar kakitangan kerajaan yang menentang kerajaan sendiri dikenakan tindakan tatatertib.

Ketua-ketua jabatan harus melapurkan salah laku kakitangan di bawah mereka, terutama yang tak ada kerja lain, hanya mencerca kerajaan. Yang hairannya, bila dapat BONUS, merekalah antara kakitangan yang TERamat gembiranya. Lupa bahawa bonus yang diperoleh juga daripada kerajaan.Oleh itu, besarlah harapan saya, agar kakitangan kerajaan yang didapati menentang kerajaan DILUCUTKAN jawatan mereka, diisi dengan orang-orang yang setia kepada kerajaan.

Saya juga memohon, MB Perak yang baru, pi round hospital-hospital kat Perak, pi round sekolah-sekolah kat Perak,pi round jabatan-jabatan kerajaan di Perak.. dapatkan feedback tentang mereka-mereka yang didapati petualang dalam jentera kerajaan. Ambil tindakan segera sebelum parah.
JANGAN LUPA, KEBANYAKAN KAKITANGAN KERAJAAN YANG RAJIN BERSEMBANG DAN CURI TULANG ADALAH DI KALANGAN MEREKA YANG ANTI KERAJAAN.

Bagaimana komen anda pula?

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Saturday, July 4, 2009

PR :Tenang di Permukaan, Bergelora di Dalam.


Siapa yang menyatukan PAS dan DAP kalau bukan brother Anwar Ibrahim. Anwar adalah orang tengah menyatukan dua parti yang umpama air dengan minyak. Kehebatan Anwar menyatukan keduanya adalah atas prinsip kebencian terhadap UMNO dan Barisan Nasional dan kuasa. Perasaan kebencian dan inginkan kuasa ini membolehkan mereka memperolehi undi besar dalam PRU ke 12 lalu.

Apabila ia bermula dengan sesuatu yang tidak baik, perjalanannya berlangsung dalam suasana curiga mencurigai, tiada keikhlasan, perebutan kuasa dan ianya akan berakhir dengan kebencian juga. Di dalam PKR sendiri, Anwar sedang bergelut dengan kes liwatnya. Di Pulau Pinang dengan kes Kampung Palanya dan Di Kedah dengan kes babinya. Pendek kata ketiga-tiga parti PKR, DAP dan PAS sedang mengharung masalah dan meredah gelora.



Anwar sudah mula mengarahkan kuncu-kuncunya memberitahu rakyat jelata bahawa tuduhan liwat ke atasnya adalah satu konpirasi menjatuhkannya. Beliau juga mendakwa bahawa beliau hampir pasti akan didapati bersalah dan akan disumbatkan ke Sungai Buluh. Mahkamah akan dikuasai kerajaan dan hakim sudah dibeli dan akan menurut kata Tingkat 5 Putrajaya. Inilah antara provokasi Anwar yang sudah bermula selepas rayuannya di tolak dan akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 8 Julai ini.

Adakah rakyat percaya dan simpati ke atasnya? Mungkin ya dan mungkin tidak. Persepsi begini adalah permainan biasa Anwar mempengaruhi sentimen rakyat. Sampai bila rakyat akan diperbodoh-bodohkan oleh Anwar? Jawapannya sampai rakyat memerdekakan otak dan minda mereka dan berfikir tahap luar biasa kerana perasaan kebencian kepada kerajaan sudah sampai ke syiling.

Bagaimana untuk memulihkan pemikiran rakyat ke tahap rasional? Jawapannya apabila Anwar sudah tidak aktif politik, Anwar didapati bersalah dan disumbat di dalam penjara dan Anwar meninggal dunia. Selagi Anwar hidup dan selagi dia aktif berpolitik selagi itu persepsi ini sukar diubah. Dahulu Pak Lah sekarang Najib, apakah perubahan yang boleh mengubah cara berfikir rakyat? Tidak ada!. Buatlah apa pun pembangunan dan dasar-dasar baru, ianya tidak begitu meyakinkan rakyat.

Sebab itu, Anwar begitu kecewa dengan kegagalan rayuan kesnya. Bagi beliau jika kes liwatnya dibuang ianya satu kemenangan besar kepada politik Pakatan Rakyat. Usia Pakatan Rakyat bergantung kepada usia Anwar Ibrahim. Anwar tidak upaya lagi menangani isu-isu baru seperti isu Kampung Buah Pala yang akan dirobohkan. Hindraf haram sudah buat bantahan kepada DAP. Nampaknya senjata makan tuan. Lim Guan Eng mula lepas tangan. Desakan untuk beliau meletakkan jawatan semakin lantang kedengaran.

Kekalahan DAP di Perak mula berjangkit ke Pulau Pinang. Pakatan Rakyat yang kononnya alternatif baru kepada rakyat hanya banyak mengundang celaka kepada rakyat. Pakatan Rakyat di Pulau Pinang hanya pakatan antara DAP dan PKR sementara PAS diketepikan. DAP yang meneraju seolah-olah mahu menafikan hak kaum Melayu dan India. Buktinya Kampung Buah Pala, dimanakah prinsip ketuanan rakyat yang dijunjung itu benar-benar ingin menolong golongan susah di Pulau Pinang. Bukankah hak rakyat telah dirampas? Siapakah yang menjadi tuan didalam slogan ketuanan rakyat itu?

Disebabkan Melayu adalah majoriti rakyat Kedah, pakatan yang terbentuk di Kedah adalah PAS dan PKR sementara DAP dipinggirkan. Ianya adalah seolah-olah membalas tindakan DAP di Pulau Pinang yang mengenepikan PAS sehingga exco agama pun tidak diserahkan kepada PAS. Pakatan apa hendak kita namakan jika hal begini terjadi? Apakah keyakinan kita untuk memberi kuasa kepada mereka ini bagi memerintah Malaysia yang sangat kompleks dengan 14 buah negeri.

Situasi di Kedah mungkin akan memberi kekuatan dan kemenangan moral kepada PAS kerana tidak tunduk kepada DAP. Kehebatan PAS ini akan dijaja di Manek Urai bahawa PAS betul-betul memperjuangkan orang Melayu dan Islam. Nampak simple kempen sebegini kerana memang benar pun MB Kedah sudah melakukan tindakan yang menyebabkan DAP Kedah keluar daripada Pakatan Rakyat. Kalau pengundi di Manek Urai boleh berfikir bahawa yang ditentang itu dalam pakatan sendiri apakah ia memberi untung kepada prestasi PAS diseluruh negara? Adakah PAS tidak memerlukan lagi undi-undi DAP/ undi-undi Cina ketika mereka bertembung dengan UMNO ketika pengundi Cina menjadi penentu?

Begitu juga di Pulau Pinang. Tindakan Lim Guan Eng akan menimbulkan rasa benci orang Melayu dan India yang semakin tersepit di Pulau Pinang. Melayu Pulau Pinang masih lagikah bergantung harap kepada Anwar Ibrahim sedangkan Lim Guan Eng yang mempunyai kuasa penuh sebagai ketua menteri sedang bermaharaja lela di Pulau Pinang.

Sebagai ketua Pakatan Rakyat,Anwar, enggan mengakui kelemahannya dan sering menunjuk pihak lain atas kelemahan dirinya. Selain tidak ikhlas untuk berpakat, Anwar tidak menyelesaikan perbalahan ketika mengurus krisis. Beliau lebih senang mengalih tumpuan dan mencari isu lain untuk diperbesarkan.

Masalah yang sekarang melanda Pakatan Rakyat adalah hasil "Pakatan Pilihanraya" yang terbentuk dalam masa yang singkat. Asas perjuangan mereka juga amat berbeda antara satu sama lain. Faktor 'Anwar' yang menyatukan mereka hanyalah sementara kerana mereka saling memperguna antara satu sama lain, tidak ikhlas menyokong dan mendokong sesama mereka.

Apabila hanya 5000 orang sahaja hadir yang kebanyakkanya adalah penyokong PAS dalam Himpunan 100,000 rakyat anjuran pakatan pembangkang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya bagi membuktikan Pakatan Rakyat tidak berpecah bertukar kepada perhimpunan Tenang Di Permukaan tetapi Bergelora di Dalam.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Thursday, July 2, 2009

Azizan Lebih Gedebe Daripada Nik Aziz?




Tindakan Azizan Abdul Razak yang bertegas dengan pendiriannya tidak berkompromi dengan DAP Kedah/Perlis sehingga memaksa DAP keluar dari Pakatan di Kedah, wajar dipuji kerana pusat penyembelihan babi itu perlu dirobohkan atau ditempatkan di kawasan yang kurang kepadatan penduduknya.

Hakikatnya, kawasan penternakan babi tersebut terletak sangat berhampiran dengan kawasan perkampungan Melayu. Penduduk kampung tersebut telah banyak mengusulkan aduan tentang bau busuk sisa kumbahan kandang babi tersebut kepada pihak berkuasa, dan pihak berkuasa tempatan telah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setelah diajukan dengan desakan tersebut, pihak berkuasa tempatan telah bersetuju untuk menutup kandang tersebut.

Difahamkan sejak daripada kerajaan BN , sudah 14 tahun pengusaha diberi peluang untuk mencari tempat alternatif bagi pusat penyembelihan berkenaan. Dalam hal ini, perkara pertama yang perlu dirujuk adalah undang-undang. Kalau ianya mempunyai lesen ,bagaimana lesen itu boleh diluluskan di tengah-tengah perkampungan Melayu?Selain itu ianya perlu juga diambil perhatian tentang sensitiviti penduduk setempat yang tidak memakan babi tetapi bebas menghidu bau busuk babi sedangkan babi adalah najis berat bagi orang Islam.

Bukan sahaja DAP Kedah tetapi ianya perlu diambil iktibar oleh semua orang-orang Cina pengemar babi supaya faham tentang situasi ini. Mereka harus faham tentang sensitiviti orang Islam.

Kerajaan Negeri Melaka juga harus mencontohi keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Kedah. Berapa lama penduduk di Pengkalan Balak dan sekitarnya yang difahamkan sudah lebih 20 tahun menghadapi masalah dengan babi ini. Jangan mementingkan sangat tentang undi tetapi masalah penduduk Melayu dan Islam yang setia kepada kerajaan sering dinafikan hak mereka. Pemilik dan pengusaha babi ini tinggal di bandar dan tidak memahami masalah penduduk setempat.

Begitu juga DAP Perak, Pulau Pinang dan Selangor, mereka adalah juara kepada apa saja berkaitan dengan binatang yang namanya babi, cuba kita ingat semula kenyataan yang di buat oleh exco kanan Selangor semasa awal pemerintahan, mereka ingin menjadikan negeri Selangor sebagai penternak dan pengeluar babi terbesar di Asia Tenggara dengan menggunakan teknologi moden. Hasrat ini telah mendapat bantahan dari banyak pihak, tetapi ketika itu PAS dan PKR Selangor telah menyambut baik cadangan itu, sehingga Menteri Besar dan Hassan Ali membuat kenyataan turut menyokong, begitu juga dalam kes di Negeri Sembilan pada tahun 2000 apabila wabak JE melanda negara, semuanya berpunca dari babi.

Disebabkan masalah yang di bawa oleh babi ini setiap 10 tahun iaitu Virus JE tahun 1998 dan terbaru H1N1 ,pihak kerajaan perlu bertindak sesuatu bagi kesejahteraan rakyat. Ternyata babi membawa banyak masalah kepada manusia. Baik kerajaan yang memerintah daripada BN atau Pakatan Rakyat satu langkah drastik perlu dilakukan. Azizan sudah memulakan ,hanya menanti tindakan pemimpin-pemimpin dari negeri -negeri lain yang banyak babi.



Ramai yang melihat tindakan Azizan ini seperti sandiwara antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat kerana 2 perkara yang akan berlaku iaitu Pilihanraya kecil di Manek Urai dan Kes Liwat Anwar di Putra Jaya. Nik Aziz pun tidak mahu komen tentang tindakan Azizan ini. Logiknya, Nik Aziz akan melenting kerana ianya melibatkan sahabat baiknya DAP tetapi kerana Manek Urai, Nik Aziz terpaksa membisu. Kalau Nik Aziz menyokong DAP apa kata pengundi di Manek Urai. Mungkin lepas pilihanraya Nik Aziz akan pujuk DAP Kedah dan menganggap Azizan sebagai sampah. Saya harap Azizan akan istiqomah walaupun selepas pilihanraya Manek Urai.

Bercerita hal undang-undang, kita harap kerajaan menyiasat semua pusat-pusat penyembelihan dan kandang-kandang babi yang didirikan berhampiran dengan kawasan pertempatan supaya dipindahkan jauh daripada manusia. Tindakan ini hendaklah dilakukan diseluruh negara.

Saya juga menyeru kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan kepada mana-mana tokong atau kuil yang didirikan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan. Pembinaan tokong dan kuil haram ini sedang rancak tumbuh seperti cendawan selepas hujan di seluruh negara. Seolah-olah tidak ada peraturan untuk membinanya. Dalam waktu yang sama setiap surau dan masjid yang dibina rata-rata mendapat kelulusan dan mengikut peraturan walaupun negara ini sebuah negara Islam.

Pihak penguatkuasaan di agensi kerajaan terbabit diharap dapat menjalankan tugas dengan berani, hindari rasuah dan laksanakan undang-undang untuk kesejahteraan rakyat.

Berbalik kepada tindakan Azizan ini, jika beliau istiqomah dan jujur tentu tindakannya mendapat sokongan seluruh rakyat Kedah. Atas tindakannya ini bersama dengan kuota 50% untuk pembelian rumah Bumiputera serta bakal bertindak merobohkan tokong-tokong dan kuil haram di Kedah maka beliau sewajarnya menggantikan tempat Nik Aziz sebagai Mursyidul Am Pas. Akhirnya Azizan dilihat lebih gedebe daripada Nik Aziz yang merapu sepanjang masa.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Wednesday, July 1, 2009

DAP-PAS :Kalau Tak Bahagia, Bercerai Lagi Baik!


DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.


Di Kedah, DAP hanya sekadar duduk ditepi tangga sahaja kerana kerajaan Kedah adalah gabungan PAS dan PKR. Berbeza dengan Pulau Pinang, PAS hanya duduk di balik pintu kerana negeri itu adalah gabungan DAP dan PKR. Gabungan ketiga-tiga parti ini hanya terserlah di Selangor dan Perak sahaja. Keretakan di Kedah bermula hanya dengan cerita babi. Babi bukan sahaja berpenyakit tetapi boleh bikin orang politik bersengketa.



Secara peribadi saya menyokong keputusan dan tindakan Kerajaan Kedah dan sepatutnya ia dicontohi oleh negeri=negeri lain. Penyakit selsema babi yang telah menular di seluruh negara perlu diatasi dengan segera. Langkah paling drastik adalah mengorbankan semua babi walaupun peminatnya ramai tetapi demi kepentingan kesihatan rakyat, babi wajib dihapuskan. Di dalam tubuh babi mempunyai sejenis kuman yang tidak boleh dibunuh dan ianya telah dibuktikan oleh sainstis malah disebutkan di dalam Al-Quran.

Banyak-banyak daging yang sedap, babi juga jadi pilihan. Jika ianya benar-benar memudharatkan kesihatan rakyat yang makan dan tidak makan babi maka penghapusan babi seperti mana penghapusan jangkitan virus JE dahulu perlu dilakukan segera. Hanya kerana babi ,PAS dan DAP pun boleh bergaduh. DAP memang cari pasal sebab kononnya mereka tidak dilayan dengan adil dalam kerajaan Kedah. Bagaimana pulak layanan Lim Guan Eng terhadap PAS di Pulau Pinang? Adil lah tu...

Ibarat orang berumah tangga, bertengkar, merajuk, bermasam muka , bahagia, gelak ketawa adalah warna-warni kehidupan dalam berumah tangga.Tetapi kalau sering saja berbalah, kasih sayang boleh terhakis juga. Kadang-kadang kerana hendak menjaga hati mak mertua, ipar duai dan anak-anak terpaksa juga bermanis muka di hadapan mereka. Hakikatnya di dalam bilik sudah lama si isteri tidak tidur berbantalkan lengan suami. Malah lagi buruk tidur sebantal tapi mimpi lain-lain.

Semua orang tahu, hubungan mereka seperti api dalam sekam. Menunggu angin bertiup api akan marak. Semua orang tahu hubungan DAP dan PAS hanya pura-pura. Saya tidak nampak titik pertemuan dan keserasian antara kedua parti ini. Satu berpegang kepada prinsip keislaman sementara DAP walaupun parti multirasiol tetapi ianya didominasikan oleh orang Cina. Sebagai anak kepada PAP, DAP dilihat sebagai parti yang sangat berbahaya kepada orang Melayu.

Bagi orang luar, mungkin akan berkata sudahlah! sudahlah! PAS dan DAP janganlah nak berlakon lagi. Cukup-cukup lah menipu rakyat. Periuk belanga yang sudah melayang-layang tu ramai jiran-jiran dah dengar. Ramai orang dah tahu, perkahwinan mereka berdua tidak ikhlas dan ada udang disebalik mee. PKR yang aturkan semuanya. PAS dan DAP sudah termakan pujuk dan terkelentong oleh Anwar Ibrahim yang menjanjikan indah-indah iaitu kemewahan harta dan kedaulatan kuasa.

Kecuali di Kedah dan Kelantan, orang Melayu di Perak, Pulau Pinang dan Selangor sudah mula menyesal. Tangan yang menconteng pada asalnya hendak acah-acah rupanya terlajak dan terlanjur. Tapi apakan daya, kena lah tunggu 3 tahun lagi kalau hendak menebus kesilapan. Dalam masa 3 tahun berputih lah mata menyaksikan Melayu diperkotak-katikkan. Tangan yang tersilap pangkah membawa derita yang tak berkesudahan.

Perkahwinan campur lain agama dan lain bangsa antara DAP dan PAS macam tidak boleh diselamatkan lagi. Inilah bibit-bibit perpecahan. Bukan mudah untuk bersatu tetapi tidak susah untuk bermusuh. Kalau belum memerintah sudah bergaduh dan bermasam muka , apa lagi yang boleh kita harapkan kepada Pakatan Rakyat.

Jikalau sudah selalu bertekak siang malam, perceraian itu lebih baik. Kesian anak-anak, mak mertua, ipar duai kerana hipokrit kita sendiri. Lagi pun sampai bila kita hendak berlakon. Kalau sudah memakan hati berulamkan jantung lebih baik lah berpisah cara baik. Bina kehidupan baru. PAS balik lah kepada perjuangan asal menegakkan sebuah negara Islam. Biar lambat asalkan prinsip dan falsafah perjuangan tidak tergadai.

Amir Hamzah
Bandar Penggaram
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Tuesday, June 30, 2009

DEBAT Hanya Gimik Nik Aziz


PAS mencabar UMNO bagi mengadakan debat terbuka mengenai dasar parti masing-masing. Pada masa yang sama kedua-dua musuh politik itu bertemu dalam PRK Manek Urai 14 Julai akan datang. Apa pulak muslihat PAS kali ini? Apakah ini gimik Nik Aziz yang membawa isu kekalutan dan UMNO dan PAS. Adakah ini kehendak Nik Aziz seorang atau kehendak kepimpinan PAS.

Semasa isu kerajaan Perpaduan Nik Aziz tidak tahu menahu. Sekarang dalam kes debat Hadi Awang pulak yang tidak tahu. Kata Presiden PAS itu, beliau hanya baca laporan media. “Saya akan jumpa dia dapatkan penjelasan sebelum komen,” Sah! macam kong kalikong Kerajaan Perpaduan juga. Disebabkan Hadi Awang dan Nasharudin yang memandai-mandai akhirnya kerajaan perpaduan masuk longkang. Ini macam tajuk drama baru antara pemimpin Pakatan Rakyat.

Apa tujuan Nik Aziz hendak berdebat dengan PM? Kononnya nak menyelesaikan isu-isu berbangkit antara Pas dan UMNO termasuk dasar kedua-dua parti di mana UMNO dikatakan menolak Islam. Nik Aziz hendak tahu benar kenapa UMNO tolak Islam dan tolak hudud. Berapa kali agaknya kerajaan hendak bagi jawapan. Letih lah hendak melayan soalan-soalan begini. Lagi pun PM sibuk sangat untuk mengurus negara. Bagaimana hendak menangani masalah ekonomi negara dan mengekalkan momentam kestabilan politik negara.

Saya ada satu cadangan. Apa kata kalau saya cadangkan Nik Aziz berdebat dengan Tun Mahathir. Saya rasa ramai yang hendak menaja siaran langsung ini. Bukan saya hendak menyamakan ketokohan Tun Mahathir dengan Nik Aziz tetapi Tun Mahathir lah antara tokoh yang sesuai menjawab semua persoalan. Kalau Nik Aziz hendak menimbulkan persoalan 'PAS kena main dengan UMNO' tahun 1970an, bukan Najib yang perlu jawab, tapi Tun lebih sesuai kerana Tun sudah menjawat Naib Presiden UMNO ketika itu sedangkan karear politik Najib hanya bermula selepas kematian Tun Razak pada 1976.

Kalau kemaruk sangat hendak berdebat, Nik Aziz seeloknya mencabar Tun Mahathir kerana tempoh berpolitiknya yang lama memungkinkan beliau boleh menjawab semua soalan. Kenapa Nik Aziz tidak berani mencabar Tun Mahathir?. Bukankah Kelantan jatuh ke tangan Angkatan Perpaduan Ummah semasa Tun menjadi PM? Sehingga Tun bersara pun Kelantan terus diperintah PAS. Sepatutnya Nik Aziz lebih berani menghadapi Tun Mahathir.

Tun Mahathir pun sudah bersara, masa untuk Tun lebih luas seperti mana banyaknya masa Nik Aziz sebagai MB. Sepatutnya MB tidak ada masa hendak berdebat kerana tugas MB di pejabat, melawat kawasan dan sebagainya tidak memungkinkan beliau membuang masa. Kalau setakat hendak tahu masalah-masalah semasa PAS dan UMNO telefon dengan Najib pun boleh. Tetapi Nik Aziz yang suka glamour suka orang semua melihat kepadanya.

Soalnya sudikah Tun berdebat dengan Nik Aziz sedangkan Tun telah menyifatkan debat itu sebagai membuang masa dan hanya satu bentuk hiburan semata-mata. Seperti mana debat antara Anwar dan Sabery Chik apa faedah yang diperolehi daripada debat itu? Ianya tidak lebih daripada melihat air liur Sabery disamping memberi peluang kepada Anwar bercakap di TV selepas beberapa lama 'digam'.

Debat, muzakarah atau kerajaan perpaduan ke hanya gimik politik pembangkang semata-mata. Rakyat dipermainkan oleh Pakatan Rakyat setelah mereka gagal mempermainkan rakyat dengan tarikh 16 September. Mereka juga gagal dalam mengadakan pilihanraya kecil ber siri sehingga PRU ke 13. Akhir sekali mereka gagal setelah gimik kerajaan perpaduan. Debat dan selepas ini muzakarah juga sedang menuju kegagalan.

Rakyat jangan terpengaruh dengan permainan ini. Jangan buang masa teruskan bekerja. Tidak perlu kita berbincang dengan debat ini. Kalau kita terpesona, kita akan terperangkap. Debat tidak ada menang dan tidak ada kalah. Setiap individu adalah hakim mengikut pendirian masing-masing. Gelanggang sebenar 'debat' adalah di Manek Urai di waktu ini.

Amir Hamzah
Jalan Syed Putra.
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Friday, June 26, 2009

Nik Aziz : Ulamak Yang Terlampau..


Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kenyataannya pada 21 Jun lepas mengaitkan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat, hanyalah satu kiasan atau perumpamaan."Boleh jadi kerana saya kata nationalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat," katanya kepada Bernama di Kota Bharu Jumaat bagi menjelaskan ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai apabila beliau menyamakan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan menyamakan UMNO sebagai mempunyai ideologi sosialis kerana menolak agama dan prinsip ketuhanan.

Sementara itu Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan telah membuat laporan polis terhadap Nik Aziz mengenai ucapannya di Manek Urai Ahad lalu yang samakan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin, pengganas komunis dan Chin Peng.

Amir Hamzah:

1.Nik Aziz boleh cakap apa yang dia suka. Dia tahu apa yang diperkatakan akan mendapat liputan media dan rakyat. Kenyataan-kenyataannya sedikit sebanyak akan mempopular dirinya dan PAS sendiri.

2. Bagi pengikut-pengikut PAS memang benarlah apa yang diperkatakan kerana UMNO memang tidak mentadbir negara ini berlandaskan al-Quran dan Hadis malah menolak hukum hudud sebagai undang-undang tertinggi negara. Maka sebab itu, UMNO dianggap menolak Islam. Setiap fahaman yang menolak Islam dianggap sebagai ajaran sesat. Begitulah tanggapan mudah Nik Aziz. Malah lebih teruk lagi, Najib itu adalah pemimpin ajaran sesat sama seperti ayah Pin. Mana-mana rakyat yang tidak mengundi PAS pada PRU ke 13 dan sebelumnya adalah pengikut ajaran sesat.

3. Kalau begitu, Najib, Anwar dan Lim Kit Siang adalah dalam kelompok yang sama. UMNO tidak selari dengan PAS. Anwar Ibrahim juga sesat kerana tidak menyertai parti PAS. Apatah lagi Lim Kit Siang sudah tentu dari golongan kafir, sesat lagi menyesatkan. Mengapa pulak UMNO saja yang dikiaskan sebegitu tetapi tidak untuk Anwar dan Lim Kit Siang?. Saya sudah kata, kenyataan Nik Aziz adalah cakap-cakap politik ,bukan tujuan untuk dakwah dan menyeru kepada mendidik.

4. Cakap-cakap politik ini tujuannya untuk mempopularkan diri dan parti. Nik Aziz pun menjadi ketua bagi sebuah negeri yang 98% adalah Melayu tetapi bukan semuanya Islam kerana sebahagiannya yang menyokong BN juga adalah daripada golongan ajaran sesat. Nik Aziz adalah pemimpin bagi penyokong PAS yang Islam dan sebahagian lagi daripada golongan Melayu ajaran sesat.

5. Kenyataan Nik Aziz itu hanya laku di Malaysia saja. Nik Aziz tidak berani untuk menuduh negara-negara lain sebagai negara ajaran sesat termasuklah Arab Saudi, Mesir, Jordan, Iraq, Iran dan lain-lain serta pemimpin-pemimpinnya sekali. Kalau Nik Aziz 'istiqomah' dengan pendiriannya hanya dia dan kelompoknya sahaja yang Islam di atas muka bumi sekarang ini.

6. Oleh itu, perlukah kita mengambil serius kenyataan seumpama ini. Tidak perlu , kerana ianya adalah kenyataan-kenyataan politik belaka. Kita anggap kenyataan Nik Aziz ini sebagai kenyataan populis untuk meraih undi di Manik Urai dan mengulangi di hadapan pengundi di Manik Urai bahawa Nik Aziz dan PAS sahaja yang Islam dikalangan berbillion umat manusia di dunia ini.

7. Selain itu, kita anggap kenyataan ini adalah senda gurau dan usik mengusik dalam politik. Nik Aziz yang sudah lanjut usianya tidak boleh selalu tertekan. Sedih rasanya apabila seorang tua ini dimaki dan dihina oleh musuh-musuhnya kerana keterlibatannya di pentas politik yang serba kemungkinan ini. Sepatutnya Nik Aziz sudah berehat dan menghabiskan masa lapang nya dengan menembak tupai di belakang rumahnya di Pulau Melaka.


Amir Hamzah
Bandar Penggaram,
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Minta Nasihat Tun M, Tidak Jatuh Misai Najib.


Hari ini Tun Mahathir menjawab beberapa persoalan tentang pembatalan Jambatan Bengkok mengantikan Tambak Johor di zaman pemerintahan Pak Lah. Mengapa Tun Mahathir beriya-iya sangat agar projek Jambatan Bengkok ini diteruskan sejak sebelum beliau belum bersara, zaman Pak Lah hingga sekarang?

Mengapa Tun Mahathir menjawab beberapa isu di dalam blognya berkenaan Jambatan Bengkok ketika ini? Ianya tentulah ada kaitan dengan idea Jambatan ke 3 yang dicadangkan di Timur Laut Johor. Ketika LKY begitu gembira dan bersetuju dengan jambatan ke 3 dan mendapat respon yang baik daripada kerajaan Malaysia, rasa-rasanya ulasan Tun di dalam blognya itu tepat pada masanya.

Saya berpendapat dalam banyak perkara pentadbiran kerajaan sekarang tidak wajar mengenepikan terus peranan Tun khususnya isu Jambatan Bengkok. Ketajaman fikiran, maklumat-maklumat yang berkaitan dengan sejarah dan perjanjian-perjanjian, keberanian, kepetahan berhujah Tun sangat berguna bagi menjayakan projek yang amat berguna dan berfaedah kepada Malaysia.

Seperkara yang tercatat dalam ulasan Tun bukan sahaja bersandarkan kepada kepentingan ekonomi dan alam sekitar semata-mata tetapi lebih utama ialah mempertahankan maruah dan kedaulatan negara kerana mengikut Tun, Tambak Johor adalah kepunyaan sepenuhnya negeri Johor.

Adalah molek dan manisnya Tun diberi peranan yang lebih besar walaupun Tun tidak pernah meminta-minta daripada kerajaan tetapi Tun sentiasa bersedia membantu kerajaan sekiranya diperlukan. Bukan jawatan menteri kanan yang dimintanya seperti mana LKY di Singapura tetapi kita memerlukan buah fikiran, nasihat, pandangan bernas dan keberanian bagi merealisasikan jambatan bengkok tersebut.

Najib tidak perlu bimbang kerana beliau tetap sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, cuma rakyat lebih yakin dan percaya dengan penglibatan Tun secara langsung dan tidak langsung dalam isu-isu penting negara.

Sebelum ini pun DYMM Sultan Johor bertitah baginda tidak setuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura. Titah baginda itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan mesyuarat pertama, penggal kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, sebentar tadi. "Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," titah baginda.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad mengulas titah Sultan Johor itu berkata, apa yang dititahkan itu adalah suara rakyat negeri Johor. “Titah baginda itu adalah aspirasi rakyat Johor keseluruhannya. Titah baginda adalah cerminan Raja berjiwa rakyat dan mewakili suara rakyat,” katanya

Berikut adalah ulasan Tun Mahathir dalam blognya www.chedet.com:

1. Saya siarkan dokumen berkenaan pembiayaan pembinaan Tambak Johor kerana ada Menteri di dalam pentadbiran Tun Abdullah yang mendakwa Tambak Johor milik bersama antara kita dan Singapura. Sebab itu Singapura harus bersetuju sebelum apa-apa tindakan (meroboh) dapat dilakukan terhadap tambak tersebut.

2. Tidak terdapat apa-apa persetujuan mahupun perjanjian yang mengatakan Tambak Johor milik bersama. Jika ada pun 2/3 daripada tambak tersebut adalah milik Johor. Dan bahagian 2/3 tersebut sudah semestinya yang berakhir di Johor Bahru kerana sempadan di Selat Tebrau merupakan laluan air yang paling dalam, kira-kira separuh dari selat tersebut antara Singapura dan Johor. Ini mestilah juga sempadan tambak. Dengan itu separuh tambak di bahagian utara adalah hak Malaysia, satu negara yang berdaulat dan merdeka.

3. Cadangan yang mengatakan kita tidak boleh sentuh tambak tanpa kebenaran Singapura bukan merupakan sebahagian daripada apa-apa perjanjian dengan Singapura. Apa yang kita buat pada bahagian tambak di sebelah kita adalah hak kita sebagai satu negara yang berdaulat. Tidak melaksanakan hak kedaulatan kita samalah dengan menganggap diri kita dijajah.

4. Kenapa kita perlu bina jambatan untuk gantikan tambak? Jalanraya di Johor Baru di mana lalu lintas dari dan ke arah tambak bertemu dengan lalu lintas menghala ke arah timur dan barat seringkali sesak. Di masa hadapan apabila lebih banyak kenderaan menggunakan jalan tersebut, kesesakan tentu akan bertambah buruk.

5. Jambatan akan disambung ke jalan jejambat dari dan ke kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ), dan ini akan benarkan lalulintas dari timur ke barat untuk bergerak lancar.

6. Selain masalah trafik, laluan air di selat juga tidak mengalir. Jika tambak dibuka, air akan bebas mengalir di kedua-dua arah, dan akan membersihkan perairan di selat.

7. Ketiadaan tambak juga akan benarkan bot dan kapal layar belayar pergi balik di kedua-dua arah. Pengangkutan barangan dan penumpang di antara pelabuhan Pasir Gudang dan pelabuhan Tanjung Pelepas juga akan dipermudahkan. Ini akan bantu pertumbuhan kedua-dua pelabuhan - sesuatu yang mungkin Singapura tidak suka lihat.

8. Laluan tanpa halangan bot-bot sepanjang selat juga akan mewujudkan peluang perniagaan. Jambatan akan lebih lebar daripada tambak dan akan mempercepatkan aliran lalulintas. Bangunan CIQ juga direkabentuk untuk menampung jumlah trafik yang lebih tinggi.

9. Saya ditanya kenapa ianya tidak dibina semasa 22 tahun pentadbiran saya, jawapannya ialah keperluan untuk jambatan hanya jadi lebih jelas di akhir jangka waktu pentadbiran saya. Walaubagaimanapun saya telah luluskan projek tersebut sebelum saya berundur. Kerja-kerja pembinaan juga bermula semasa saya masih lagi mentadbir. Jika Abdullah tidak berhentikan, jambatan sudah tentu akan hampir siap sekarang.

10. Oleh kerana Singapura hanya akan setuju untuk membina jambatan lurus jika satu bilion metre padu pasir dijual kepadanya; oleh kerana rakyat Johor membantah penjualan pasir dan kebenaran bagi pesawat pejuang Singapura berlatih di ruang udara Johor, pilihan yang ada bagi Kerajaan Malaysia hanyalah untuk kembali pada pembinaan jambatan bengkok (indah) di perairan wilayah kita. Ini adalah hak sebuah negara berdaulat yang merdeka.

11. Sebaliknya Abdullah putuskan untuk bukan sahaja tidak bina jambatan di perairan kita tetapi juga untuk berhenti berunding berkenaan semua perkara lain termasuk keengganan Singapura meluluskan dana CPF (Central Provident Fund) yang dicarum pekerja dari semenanjung Malaysia, tanah keretapi, harga air mentah 3 sen untuk 1,000 gelen yang dibayar Singapura (Melaka bayar 30 sen untuk 1,000 gelen).

12. Kesemua isu ini memberi keuntungan pada Singapura dan dengan menghentikan rundingan untuk mendapatkan hak yang lebih baik dalam masalah tersebut kononnya kerana orang Johor menolak penjualan pasir yang rugi ialah kita. Yang kalah adalah kita. Saya rasa ini satu cara bodoh untuk hukum Singapura. Ataupun adakah ianya satu hukuman bagi orang Johor kerana tidak setuju jual pasir (ada orang yang akan buat banyak duit) dan menolak cadangan supaya ruang udara Johor Baru dijadikan tempat pesawat pejuang Singapura berlatih berperang dan mengebom.


Amir Hamzah
Bandar Penggaram,
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com