Tuesday, November 30, 2010

Anwar Dan "Ketuanan Anwar'


Pakar sejarah TS Dr Khoo Kay Kim berkata istilah 'Ketuanan Melayu' tidak perlu dibahas kerana ia tidak wujud dalam Perlembagaan Negara. Dari sudut sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja. Mungkin disebabkan sembilan raja-raja itu adalah Melayu maka ianya disebut 'Ketuanan Melayu'. klik di sini.

Jadi saya berpendapat ianya tidak perlu diperbesar-besarkan berkenaan isu 'Ketuanan Melayu' kerana yang meraih untung adalah Anwar, Wan Azizah dan PKR. Anwar tentu arif benar dengan 'Ketuanan Melayu' kerana berbelas tahun dia berada di dalam kerajaan dan memegang jawatan No.2 dalam parti orang Melayu.

Sama ada Ketuanan Melayu atau Ketuanan Rakyat hanya gimik orang-orang politik yang bijak menimbulkan isu bagi menutup kelemahan yang lain. Wan Azizah menimbulkan isu Ketuanan Melayu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan PKR baru-baru ini turut mengatakan bahawa Anwar adalah 'anugerah tuhan' kepada rakyat Malaysia. Kedua-dua perkara yang dibawa oleh Wan Azizah ini tidak lain hanya untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat Malaysia kepada isu peribadi Anwar dan kekecohan dalam PKR baru-baru ini.

Pada hari ini, berbagai kenyataan telah dikeluarkan oleh pelbagai pihak tentang isu 'Ketuanan Melayu' termasuk ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Keadaan ini sangat mengembirakan Anwar anak beranak kerana rakyat tidak lagi membincangkan kebobrokan yang berlaku dalam pemilihan kepimpinan tertinggi PKR baru-baru ini. Tiba-tiba cerita Zaid Ibrahim sunyi sepi dan negara mula hiruk pikuk dengan isu terbaru yang dibangkitkan oleh Wan Azizah.

Stategi ini memang berjaya dan bab ini Anwar memang cukup cekap. Hilang cerita kehadiran ahli kurang 10% dalam memilih kepimpinan parti sedangkan PKR mendakwa mereka mempunyai ahli seramai 400,000 orang. Ada juga kes-kes individu yang dihalang bertanding dalam jawatan-jawatan tertentu. Belum lagi kononnya ada cerita-cerita pengundi hantu atau pengundi yang mendaftar kawasan lain tetapi mengundi di kawasan lain dan banyak lagilah kalau hendak diceritakan. Itulah balasannya jika selama ini PKR yang lantang mengkritik SPR menerima balasan atas dunia lagi secara tunai. Lepas ini sesiapa pun tak peduli jika PKR cuba nak komplen mana-mana PRK atau PRU kerana pengurusan parti sendiri pun umpama 'kapal karam'.

Kes Anwar di mahkamah pun tak selesai-selesai sehingga rakyat dah naik meluat.Kita pun sedia maklum jika perbicaraan ini diteruskan semakin banyak cerita-cerita dalam kelambu akan keluar. Jadi dengan permainan wayang karpal-Anwar hanya pilihanraya adalah peluang terakhir. Harapan mereka PR akan menang dan kes ini akan ditutup apabila mereka menguasai kerajaan.

Kalau ada pun tujuan Wan Azizah membangkitkan isu 'Ketuanan Melayu' ini adalah bertujuan meraih lagi seberapa banyak undi Cina kepada PKR. Ada sebahagian pengundi Cina yang tidak berminat kepada DAP tetapi mereka dijemput bersama PKR. Tujuan ini dilihat sebagai senjata terakhir untuk menarik undi Cina setelah Chua Jui Meng diangkat sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Johor. Ini bermakna Johor ada sasaran Anwar kali ini. Undi Melayu yang sedia ada sudah memadai ditambah dengan undi PAS, Pakatan Rakyat dilihat berupaya bersaing hebat di beberapa buah negeri.

Anwar adalah pakar strategi dalam Pakatan Pembangkang. Tanpa Anwar jangan mimpilah Nik Aziz, Hadi Awang akan duduk semeja dengan LKS, LGE atau Karpal Singh. Mereka umpama minyak dan air. Anwar sedar tanpa undi daripada ketiga-tiga bangsa ini, PKR hanya menjadi parti melukut di tepi gantang. Mereka meniru konsep Barisan Nasional dengan mengabungkan kekuatan ketiga kaum ini bagi melawan Barisan Nasional.

Kehebatan dan pengalaman Anwar ini perlu sentiasa diberi perhatian. Setiap perkataan ,ucapan, kenyataan dan tindakan politiknya sentiasa mempunyai makna dan tujuan. Sesungguhnya Ketuanan Melayu kah atau Ketuanan Rakyat kah atau ketuanan Raja kah bukan sesuatu yang penting kepada Anwar asalkan 'Ketuanan Anwar' dapat ditegakkan di Malaysia ini.

Amir Hamzah
Batu Pahat.

Sunday, November 21, 2010

Daulat Tuanku!


Daulat Tuanku! Merafak sembah mengucapkan Selamat menyambut Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar yang ke 52. Dirgahayu Tuanku!

22.11.2010

Friday, November 12, 2010

Susahnya Nak Mengajak Orang Keluar....


Sejak mutakhir ini agak sukar nak mengajak orang keluar lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal perjuangan. Bagi setengah orang bila sebut soal perjuangan rasa nak termuntah pun ada. Tak kiralah perjuangan untuk apa. Baik yang disebut itu perjuangan untuk agama, bangsa dan negara kah, perjuangan untuk menegakkan negara Islam kah atau perjuangan untuk menuntut keadilan kah....kebanyakkannya dipandang sinis oleh kebanyakan orang. Pada hal kesemua itu dituntut untuk kita tegakkan.

Namun hakikatnya perjuangan untuk perut dan kocek juga yang menjadi persepsi kebanyakan orang. Walaupun baru 53 tahun merdeka, persepsi ini sudah tertanam di dalam minda rakyat. Sukar untuk mencari pemimpin yang betul-betul memperjuangan agamanya, bangsanya dan negaranya. Kalau kita perhatikan pemimpin-pemimpin baik di pihak kerajaan maupun pihak pembangkang sama saja cara dan stail kehidupan mereka. Jarang kita jumpa dikalangan mereka hidup secara sederhana dan dalam masa yang sama ikhlas berjuang dan berkhidmat untuk rakyat.

Pada masa ini rakyat tidak ada pilihan. Apabila tiba pilihanraya, rakyat terpaksa keluar juga mengundi bukan kerana memang mengharapkan satu kerajaan yang baik, bebas rasuah, cekap, kurang birokrasi atau sebagainya tetapi hanya kerana satu keperluan memilih sebuah kerajaan untuk mengurus dan mentadbir negara. Rakyat nampaknya begitu mengidam dan kepinginkan sebuah kerajaan yang betul-betul bersih, cekap dan amanah.

Saya mengambil contoh pemilihan pucuk peimpinan PKR yang sedang berlangsung sekarang. Kita sendiri pun boleh merasakan betapa sukarnya untuk ahli-ahli PKR keluar mengundi. Sepatutnya bagi saya, sebuah parti yang memperjuangkan keadilan dan ketelusan sewajarnya kesungguhan ahli-ahli parti untuk keluar mengundi berada ke satu tahap yang sangat tinggi. Apatah lagi pemilihan kali ini menentukan siapakah yang memegang teraju utama parti yang akan menghadapi pilihanraya yang sangat penting kepada PKR dan Pakatan Pembangkang.

Berdasarkan laman web rasmi PKR jumlah undi pusingan minggu ketiga yakni hujung minggu lalu Azmin Ali dapat 6,467 undi, Zaid Ibrahim 3,988 manakala Mustafa Kamil Ayub 1,215. Jumlah keseluruhannya hanya 11 600 apabila ditambah jumlah undi yang diperolehi oleh ketiga-tiga calon berkenaan.

Sehingga minggu lepas 87 cabang sudah mengadakan pengundian. Jika dikira purata setiap cabang hanya terdapat 134 orang ahli sahaja yang keluar mengundi. Berdasarkan jumlah keahlian PKR seramai 400,000 daripada 222 cabang PKR seluruh negara, maka setidak-tidaknya 1800 orang perlu mengundi di setiap cabang. Baru lah pemimpin yang dipilih itu benar-benar dipilih secara demokratik berdasarkan konsep kuasa diperolehi daripada 1 orang 1 undi.

Mengikut perkiraan demokratik PKR sewajarnya setiap cabang secara puratanya 1800 orang yang hadir dan sehingga minggu lalu sepatutnya ada 156 660 orang yang patut mengundi jika 1800 di darab dengan 87 cabang yang sudah membuat pemilihan bukannya 11 600 seperti yang diumumkan. Ini mesyuarat cabang yang mempunyai agenda penting iaitu mengadakan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi, bagaimana pulak jika tahun tersebut hanya mesyuarat biasa tanpa pemilihan. Mengikut logiknya jumlah kehadiran tentu akan lebih menguncup. Bagaimana pula sesuatu keputusan atau usul kepada parti hanya ditentukan oleh beberapa kerat di peringkat cabang.

Ketika bersembang dengan kawan-kawan di kedai kopi, ada juga kawan yang terpacul mengatakan itulah ahli sebenar PKR yang ada. Dakwaan 400 000 tu entah benar atau tidak. Gedembong jer lebih, kononnya nak tunjuk ramai ahli tapi mesyuarat sepenting ini yang menentukan kepimpinan parti, hala tuju parti tambahan pilihanraya semakin hampir tak mungkin tidak dapat membakar semangat ahli-ahlinya untuk keluar mengundi. Jikalau sudah dikira purata 134 orang dalam satu cabang......kata sahabat saya tadi , itulah jumlah sebenar ahli-ahli PKR yang ada pun.

Kadang-kadang mengingati kata-kata kawan saya tadi....saya tersenyum sendiri.

Amir Hamzah
Batu Pahat

Saturday, November 6, 2010

Tahniah kepada Wakil Rakyat Batu Sapi dan Galas yang baru


Suasana di Galas biasa-biasa sahaja menyambut YB baharu mereka. Jumaat. Jadual pagi YB Abdul Aziz Yusoff bersolat subuh di surau Taman Kesedar Jaya, kemudian ke rumah Tengku Razaleigh Hamzah di Bukit Cekati untuk bersarapan. Di situ beliau ambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada jentera BN yang menjayakan kempen pilihanraya kecil yang mencuri perhatian ramai itu.

Sempoi la YB....Wakil Rakyat Galas yang baru. Kekalkan cara hidup rakyat begini. Wakil rakyat perlu merakyatkan diri, jangan sombong dan takbur, selalu berada di kawasan, cuba selesaikan masalah rakyat dan ada jasa yang boleh dikenang sepanjang YB menjadi wakil rakyat. Insyallah YB akan diterima oleh rakyat.

Tuesday, November 2, 2010

Sumbangan Hari Raya atau Pilihanraya?


Terima kasih Tok Guru.....Ni sumbangan Hari Raya atau pilihanraya? hahaha