Sunday, November 29, 2009

Nik Aziz : Makbulkah Lagi Doanya?



Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Ramai orang berkata, media selalu salah faham tentang apa yang dikatakan oleh Nik Aziz. Kadang kala Nik Aziz maksud lain tetapi difahami lain oleh media. Kalau benar Nik Aziz nak berdoa begitu, tidak mengapalah......nampak sangat Nik Aziz dalam keadaan terdesak kerana hal dunia pun sanggup sampai hendak mendoakan kemusnahan pemimpin dan negara.

Jikalau Nik Aziz mendoakan Najib dan UMNO itu hancur kerana tidak menegakkan hukum Allah atau undang-undang Hudud itu agak munasabahlah jugak kerana Najib dan UMNO engkar akan perintah Allah. Malangnya hanya hal berkenaan royalti minyak yang bukan boleh dibawa mati. Kalau ia pun kemaruk sangat nak kan royalti itu, bersabarlah sikit Tok Guru. Najib pun belum bagi keputusan.

Jikalau Najib tidak memberi royalti minyak itu dianggap tidak berniat baik dan begitulah sebaliknya. Adakah dengan memberi royalti minyak ini Najib dan UMNO itu menjadi 'baik' bagi Nik Aziz?

Nik Aziz dan kuncu-kuncunya pernah berdoa dan sembahyang hajat supaya Anwar Ibrahim dilepaskan dari hukuman. Sembahyang hajat diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu dan dihadiri lebih kurang 60 ribu.....itu ceritanya, tapi stadium itu kapasitinya hanya 25 ribu saja, tapi kalau termasuk padang bola mungkin lah juga.

Keesokan harinya, hakim Augustine Paul menjatuhkan hukuman 6 tahun penjara (maksima)......... itulah "perkenan" yang diperolehi hasil dari perbuatan memohon supaya pesalah terlepas hukuman. (ccfu:Kelabchedet.com)

Tidak salah Nik Aziz hendak berdoa, mungkin doanya di dengari, makbul belum tentu. Janganlah kita risau dengan doa Nik Aziz yang seakan-akan mahu mengunggut Perdana Menteri untuk memberi royalti minyak kepada Kelantan. Perdana Menteri buat lah keputusan mengikut peraturan dan prosedur. Kalau memang hak kerajaan negeri maka berilah kepada kerajaan negeri. Kalau rasanya mahu melalui Jabatan Persekutuan kerana kepentingan politik UMNO di Kelantan lakukan juga. Apapun keputusan Perdana Menteri bukanlah kerana ugutan doa Tok Guru kerana doa Tok Guru belum tentu makbulnya.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Thursday, November 26, 2009

Aidil Adha - Berkorban dan Pengorbanan...




Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam seluruh dunia khasnya kepada pengunjung dan followers blog kerdil 'segalanya mungkin' yang hampir berusia setahun pada 5 Disember 2009 nanti.

Hari esok selepas solat Jumaat, kami di Kampung Parit Lubok Tengah, Semerah, Batu Pahat Johor akan mengorbankan 2 ekor lembu secara kelompok disamping 4 ekor yang lain disembelih di rumah masing-masing.

Semoga saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga dan muslimin dan muslimat di Tanah Suci turut dapat melakukan wukuf di Arafah khususnya rakan blogger Zedmagel dan ayahandanya Pak Mail, rakan sejawat Yusuf Sarmaet dan Baharuddin Bakri.

Kisah tentang penyembelihan Nabi Ibrahim AS atas Nabi Ismail AS, yang kemudian diganti oleh Allah SWT seekor kambing, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Qur'an, tepatnya surat Ash-Shaffat, ayat 99-113. Adalah mimpi Nabi Ibrahim AS yang menerangkan beliau menyembelih putranya, Ismail AS. Dalam Qur'an dijelaskan, "Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata:"Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu.Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab:"Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar". (QS. 37:102) Bahawasanya mimpi seorang nabi merupakan wahyu, sehingga Nabi Ibrahim AS pun melakukan wahyu yang memerintahkan penyembelihan itu. "Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), . (QS. 37:103) Nabi Ibrahim AS telah melaksanakan perintah dalam mimpi itu tanpa keraguan, maka Allah SWT pun berfirman :"Dan Kami panggillah dia:"Hai Ibrahim", (QS. 37:104). "...sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu", sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik". (QS. 37:105) Allah menerangkan itu semua, dan menyatakan : "Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata". (QS. 37:106). Lalu, Allah SWT mengganti penyembelihan Ismail AS itu dengan firman-Nya, "Dan Kami tebus anak itu dengan dengan seekor sembelihan yang besar". (QS. 37:107). Para ulama sepakat bahawa yang dimaksud dengan "Sembelihan Yang Besar" adalah kambing.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Monday, November 23, 2009

Nik Aziz : Pembantu Atau Menantu!



Sejak akhir-akhir ini memang banyak kesilapan Nik Aziz yang dilakukan. Dari segi politik, peluang ini bukan datang selalu. Kesempatan yang ada digunakan untuk menyerang setelah sekian lama UMNO duduk bertahan. Tetapi dalam kesempatan begini nampaknya pemimpin UMNO masih jalan berlenggang dan relak memanjang walaupun peluru dah diberi. Baik betul pemimpin UMNO sekarang. Mungkin juga mereka tidak mahu berkonfrantasi dengan menyerang kerana mereka pun sama, sangat terdedah dengan kesilapan.

Nampaknya apabila ada isu-isu panas baik di pihak kerajaan atau pembangkang, hanya blogger-blogger pro kerajaan dan pro pembangkang yang berperang. Orang politik mungkin telah menyerahkan tugas ini pada blogger sama ada blogger yang suka-suka, sukarela , makan gaji atau upahan. Peperangan media dan alam maya nampaknya semakin mengambil tempat ceramah-ceramah secara terbuka apa tah lagi musim tengkujuh sedang melanda.

Ulamak jarang-jarang melakukan kesilapan tetapi 'ulamak politik' amat terdedah dengan pujian dan kritikan. Nik Aziz seperti mana Pak Lah telah berusaha menaikkan menantunya dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dari jawatan ekskutif biasa sehingga menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat yang dipengerusikannya sendiri itu.Inilah yang dinamakan nepotisme yang ditentang oleh Zahid Hamidi semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO tahun 1998 dulu. Tetapi dia sendiri menjadi pengerusi 366 buah Syarikat apabila senarai jawatan itu ditampal di dinding PWTC dalam Perhimpunan Agung UMNO 1998.

Ketika melantik Ariffahmi Abdul Rahman, Nik Aziz telah memberitahu bahawa tidak ada halangan daripada penasihat undang-undang negeri yang membawa makna tidak menyalahi dari segi undang-undang. Memang tidak menyalahi tetapi menyalahi dari segi politik di mana ianya mungkin dipandang serong, boleh menimbulkan prasangka, berkepentingan, dan pelbagai lagi spekulasi yang bakal timbul. Bukankah Nik Aziz sendiri pernah mengkritik perkara yang sama kepada pihak lawan. Walaupun berbuih mulut Nik Aziz mendakwa menantunya itu adalah yang paling layak mengisi kerusi orang nombor 1 PMBK tetapi apakah jaminan ianya diterima baik oleh lawan dan kawan. Kata Nik Aziz menantunya ini punya kredibiliti yang baik, punyai integriti yang diyakini dan akhlak yang terpuji, disamping kelayakan akademik yang tinggi dan sangat sesuai mengetuai syarikat milik Kerajaan Negeri Kelantan itu. Masuk bakul angkat sendiri. Alangkah baiknya jika jawatan itu diberi kepada orang lain yang tiada kaitan dengan dirinya. Dari segi kelayakan, saya rasa bersepah lagi orang lain yang layak malah lebih baik daripada menantunya itu. Nik Aziz sengaja cari pasal!

Tidak tahan dengan asakan dari pelbagai sudut, akhirnya Nik Aziz akur juga dengan mengarahkan Ariffahmi yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) meletak jawatan . Desakan dan asakan bertalu-talu oleh orang ramai mengenai penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Kelantan itu bukan dilihat secara positif oleh Nik Aziz Nik Mat tetapi telah menuding jari pula kepada UMNO yang menabur fitnah terhadap diri dan keluarganya.

Benarkah UMNO yang menabur fitnah? Di awal tadi saya telah menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO begitu dungu kerana tidak mengambil kesempatan untuk menyerang Nik Aziz yang telah 2 kali melakukan kesilapan besar dalam bulan November ini. Nik Aziz pula menuduh UMNO, blogger dan media yang empunya angkara sedangkan ianya berpunca dari celah jubah,serban dan janggutnya sendiri. Lucu dan lawak perangai Nik Aziz akhir-akhir ini.

Bagaimana pula peranan Hadi Awang dan Husam Musa dalam kes ini? Hadi Awang sebagai Presiden parti tentu sekali memberi nasihat dan teguran keras kepada Nik Aziz yang mempunyai kedudukan sebagai Mursyidul Am atau penasihat. Tidak molek jika penasihat sendiri telah membuat tindakan yang salah. Selama ini Hadi Awang sering diserang oleh Nik Aziz khususnya kes kerajaan perpaduan, malah Hadi pernah dilabel sebagai 'Pak Lah PAS' oleh Nik Aziz. Satu penghinaan kepada Hadi Awang yang serbannya lebih besar daripada serban Nik Aziz. Ini lah masa paling molek bagi Hadi Awang 'smash' setelah 'bola tanggung' diberi oleh Nik Aziz. Nik Aziz telah melakukan penyalah gunaan kuasa dan menantunya telah bersultan di mata,beraja di hati atas jawatan itu. Jadi salah satu sebab Ariffahmi meletak jawatan adalah atas desakan keras oleh Hadi Awang.

Husam Musa adalah anak didik Nik Aziz. Pembantu politik yang disayangi,dipercayai dan bakal mengganti tempat Nik Aziz. Khabarnya Husam telah menggugut Nik Aziz sama ada memecat Ariffahmi atau Husam akan meletakkan jawatan. Perang antara Ariffahmi, Kickdefella dan Husam bukan cerita di bawah karpet lagi dan Nik Aziz tidak ada pilihan lain selain mengarahkan Ariffahmi meletakkan jawatan. Baca lagi di sini. Nik Aziz buang menantu, pilih pembantu.

Kalau begitu tak manis dan tak molek hendak menyalahkan UMNO, blogger dan media dalam masalah politiknya. Kalau ianya fitnah mengapa tidak buat laporan polis. Ada beranikah atau beranikah Nik Aziz.

Seorang blogger anak Kelantan menulis, Kata Mertua Fahmi lagi, penulis blog dan media membuat fitnah. Kalau fitnah, kenapa PAS tidak membuat laporan polis dan mengambil tindakan dengan menyuruh penulis blog dan media tidak mensensasikan mereka!

Bayangkan orang Kelantan yang 'mengemis' pekerjaan dan bergeluk dengan pembayaran gaji yang murah di Kelantan sedangkan menantu Nik Aziz hidup seperti anak Sultan Brunei!

Sikap talam bermuka-muka Nik Aziz terserlah apabila menyalahkan semua orang terutama penulis blog dan media ibarat melindungi bangkai gajah dengan daun pisang sejak 19 tahun menerajui Kelantan.

Bukankah Fahmi merupakan menantu atau orang yang rapat dengan Nik Aziz dilantik sebagai CEO di PMBK dianggap sebagai dasar NEPOTISMA! Lupakah kita mengenai perjuangan Anwar Ibrahim menentang Kronis dan Nepotisma yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional pada setiap detik yang turut disokong oleh PAS dan DAP! Kini, Nik Aziz secara terang-terang mengamalkan Nepotisma, iaitu mengutamakan keluarga sendiri untuk jawatan tertentu.

Kata Mertua Fahmi, tidak ada orang lain yang layak menerajui CEO di PMBK. Secara tersirat, ia mengambarkan orang Kelantan semuanya bodoh seperti ADUN Manik Urai! Nik Aziz tidak tahu seramai 11 orang pemegang ijazah doktor atau PhD yang kini mendaftar dengan Jabatan Tenaga Rakyat Kota Bharu? 6000 pemegang ijazah sarjana atau master kini menanggur dan menunggu peluang untuk diserapkan sebagai tenaga kerja dan lebih 300 ribu lepasan ijazah dan SPM masih sedang 'menanam buah anggur'. Mereka semua bukan bodoh!(http://pkrpasdap.blogspot.com/2009/11/nik-aziz-menipu.html)

Akhir kalam, sudah sampai masanya Nik Aziz berehat. Letih dan sedih melihat beliau diserang. Tahap kesihatan yang semakin lemah, keupayaan berfikir yang semakin tumpul, daya ingatan yang tidak setajam dulu tetapi lidahnya masih berbisa untuk menyakitkan hati musuh-musuhnya. Eloklah isterinya Tuan Sabariah dan anak-anak dan menantunya memujuk Pok Nik bersara, berehat dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada meningkatkan syiar Islam sekiranya masih mampu. Kasihan! Simpati! dan Terkilan jika anugerah Ulama Teragung di antara 500 orang tokoh Islam terus dipersenda dan diperkotak-katikkan.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Sunday, November 15, 2009

Nik Aziz : Kenapa Batalkan Menunaikan Haji?





Satu waktu dahulu, pemimpin PAS sering membawa kisah Khalifah Umar b Abdul Aziz dalam ceramah-ceramahnya. Hal ini diangkat bagi mengambarkan betapa seorang pemimpin seharusnya memiliki sifat 'zuhud'. Satu cerita yang masyhur berkenaan dengan Khalifah Umar bin Abd.Aziz ialah bagaimana pada satu malam sedang baginda berada 'di pejabat', tiba-tiba baginda didatangi oleh anaknya.

Seraya Khalifah Umar Abdul Aziz bertanyakan kepada anaknya, adakah kedatangannya itu atas urusan keluarga atau pun urusan pemerintahan. Anaknya menjawab bahawa kedatangannya itu adalah atas urusan keluarga. Maka Khalifah Umar Abd.Aziz memadamkan lampu milik kerajaan dan menyalakan lampu miliknya sendiri. Demikian cermatnya amalan zuhud Khalifah Umar Abd.Aziz selaku kepimpinan sebuah daulah.

Adakah pemimpin-pemimpin PAS yang berlatar belakangkan Islam serta Lim Guan Eng yang mengaku akan melaksanakan pemerintahan seperti mana Khalifah Umar Abd.Aziz berbuat demikian pada masa ini? Pemimpin-pemimpin PAS di Kelantan dan PAS Terengganu ketika berjaya menakluki Terengganu pada tahun 1999 telah terlebih dahulu mengumpul kekayaan dan harta buat diri sendiri dan keluarga. Pemimpin mereka bergaya dengan kereta mewah, rumah besar dan kehidupan eklusif sedangkan masih ramai lagi rakyat jelata yang hidup dalam keadaan miskin dan menderita. Mereka hanya melihat sebelah mata. Amalannya tidak sebagaimana kisah 'cermatnya' Khalifah Umar b Abd. Aziz selaku pemimpin.

Tidak hairan juga betapa wang zakat diagihkan terlebih dahulu kepada keluarga sendiri dengan mengabaikan sebahagian yang lain yang lebih berhak didahulukan. Dihujung lidah basah menceritakan tentang sifat zuhud Umar Abd.Aziz selaku kepimpinan sambil membandingkan dengan pemimpin UMNO yang dikatakan hidup mewah, tetapi dalam masa yang sama mereka juga hidup dalam kemewahan dan harta melimpah ruah.

Bekas Ketua Pemuda PAS yang sekarang ini menjadi Naib Presiden PAS, Sallehuddin Ayob dalam ucapan tema Muktamar Dewan Pemuda PAS pusat kali ke 46 pada tahun 2005 pernah berkata:

'Penyakit elit, ego,angkuh dan mewah kini menghinggapi pula sebahagian pemimpin PAS. Ada dikalangan mereka selesa memandu kereta-kereta berjenama mewah, memakai pakaian yang anggun, membina mahligai perkasa dan tidur di hotel-hotel ternama. Mereka tidak lagi merasai keperitan hidup rakyat, kemiskinan petani, penderitaan setinggan, kesempitan peneroka, kesulitan nelayan, kelaparan buruh dan kesengsaraan pengguna' Ingatan ini telah diberitahu oleh Sallehuddin Ayob yang telah menghidu lebih awal perubahan gaya hidup pemimpin-pemimpin PAS.

Jika pada tahun 2009 muncul cerita-cerita panas yang melibatkan pemimpin-pemimpin utama PAS ianya bukan sesuatu yang memeranjatkan. Kalau Umar Abd.Aziz memperlihatkan sifat zuhud yang tulen, bagaimana pula dengan sifat yang ada pada Mursyidur Am PAS, Nik Abd.Aziz bin Nik Mat? Nik Aziz telah membatalkan pemergiannya ke Tanah Suci untuk menunaikan Fardhu Haji setelah dikritik hebat oleh media dan blogger-blogger pro kerajaan yang mengaitkan penajaannya sebagai rasuah oleh pihak yang berkepentingan.

Pembiayaan untuk Nik Aziz mengerjakan haji itu dibuat oleh seorang ahli perniagaan yang bernama Nordin Awang yang merupakan pemilik syarikat Abroad Technologies Sdn Bhd. Syarikat itu diberikan hak eksklusif untuk memasang papan iklan di seluruh negeri Kelantan. Antara iklan itu ialah iklan Membina Generasi Al Quran yang memaparkan gambar Nik Aziz dan cucunya, anak kepada Arif Fahmi (menantu Nik Aziz). Tidakkah pihak yang membiayai perbelanjaan haji tersebut mempunyai kepentingan terhadap projek yang dikendalikan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh menantu Nik Aziz sendiri .

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pembiayaan haji yang melebih RM400,000 tersebut yang dibuat melalui TH Travel melibatkan Nik Aziz dan isteri, Arif Fahmi dan isteri, Setiausaha Sulit Nik Aziz dan Nordin serta isterinya.Pembiayaan haji Nik Aziz dan keluarganya itu bagi setiap orang ialah sebanyak RM65,000. Tergamak Nik Aziz menerima pembiayaan semahal itu sedangkan diawal pemerintahannya selepas tahun 1990 dahulu beliau dikenali sebagai seorang MB yang sangat sederhana. Setelah 19 tahun memerintah, kesederhanaan yang dimilikinya telah hilang bersama peredaran zaman.

Kalau dahulu Tun Dollah dikaitkan dengan menantunya, apa bezanya Nik Aziz dan menantunya Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK). Disebabkan menantunya, Pak Lah terpaksa menyerahkan jawatan PM kepada timbalannya dan adakah Nik Aziz akan meletakkan jawatan setelah isu perlantikan menantunya sebagai CEO PBMK serta rasuah hajinya menjadi bualan mulut rakyat, lawan dan kawan? Mungkin tidak kerana Nik Aziz telah meletakkan maruah dirinya ke tahap yang paling rendah dan tanpa segan silu beliau telah menyalahkan media bukan dirinya sendiri.

Kalau beliau yakin bahawa pembiayaan itu bukan rasuah mengapa beliau membatalkan hajatnya itu? Kalau berani pergilah....Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mereka yang berjawatan sepatutnya sedar jika ada orang taja ke Mekah mesti ada sesuatu yang orang itu hendak minta. Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Putrajaya beliau berpendapat tidak salah Mursyidul Am PAS itu meneruskan rancangannya ke Mekah bersama ahli keluarga jika mendapat tajaan daripada sumber halal. Beliau hairan mengapa Nik Aziz batalkan pemergiannya. Jelas, Nik Aziz telah sedar bahawa rahsianya telah bocor bahawa sumbangan itu adalah rasuah dan dia sudah kesedapan menerima 'sumbangan' dan 'hadiah' sebelum ini.

Jangan percaya lagi cakapnya kerana perutnya sudah penuh dengan 'rasuah'. Sudah menjadi makanan dan darah daging. Sebab itu mulutnya sudah keluar kata-kata busuk yang tidak sedap didengar oleh manusia. Nik Aziz sudah dikenali dengan sering mengeluarkan kata-kata provokasi, fitnah, tajam dan pedas, kata-kata penghinaan, kata-kata angkuh dan sombong kerana tubuh badannya sudah dibaluti dengan harta dunia yang tidak halal.

Bagaimana kah sembahyangnya, doanya, zikirnya, fatwanya dan ucapan-ucapanya? Masih boleh didengar lagikah? Masih boleh diambil peduli lagikah? Apa bezanya dengan pemimpin-pemimpin yang menjadikan rasuah sebagai amalan hidup seharian daripada mana-mana pemimpin parti politik. Rasuah tidak mengenal daripada parti mana dia datang. Rasuah tidak mengenal serban dan jubah, janggut dan tasbih. Rasuah tidak akan berlaku di atas kewarasan akal dan keteguhan iman.

Membatalkan hasrat ke Mekah adalah disebabkan takut kerana salah. Nik Aziz tahu dia bersalah dan selama ini dia juga telah berasa bersalah kerana menerima berbagai-bagai sumbangan atas kedudukannya sebagai MB Kelantan. Kalau Nik Aziz yang ada ni seorang nelayan jangan mimpilah ada sesiapa yang nak menajanya.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Saturday, November 14, 2009

Nik Aziz : 'Hukum Agama' Membelit Lehernya!'



Dulu kepimpinan PAS menyatakan kalau sembahyang di masjid atau surau yang didirikan oleh kerajaan, maka pahala tidak terangkat ke langit (tidak diterima Allah)kerana masjid atau surau tersebut didirikan daripada sumber kewangan yang tidak menentu dari segi halal dan haramnya.

Maka pada waktu itu sekitar tahun 1980an banyaklah markaz-markaz PAS yang dikenali sebagai 'Balai Islam' dibangunkan. Ia dibangunkan hasil daripada derma ahli-ahli PAS dan juga kutipan sewaktu ceramah-ceramah umum diadakan.

Aktiviti di Balai Islam tersebut, selain daripada aktiviti parti ia juga dijadikan tempat solat berjemaah, biasanya Maghrib dan Isyak.Selain itu ia juga dijadikan tempat untuk solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidil Fitri atau Aidil Adha. Namun solat Jumaat dilakukan dalam kerahsiaan dan tidak diheboh-hebohkan. Lebih malang lagi, kesan daripada ajaran bahawa sembahyang di masjid atau surau yang didirikan oleh kerajaan, pahalanya tidak terangkat ke langit ada pemimpin,ahli dan penyokong PAS setempat sanggup mendirikan solat Jumaat di dalam kebun kelapa sawit daripada sembahyang di masjid yang didirikan kerajaan. Keadaan ini selalunya berlaku di Felda-Felda di mana peneroka-penerokanya yang tidak sedarkan diri dan tak tau diuntung....

Bagi menunaikan fardhu Jumaat, ada antara mereka sanggup menunaikannya di luar kariah atau kampung sendiri. Mereka pergi bersembahyang ke masjid-masjid yang imamnya adalah orang PAS atau sekurang-kurangnya imam yang 'berkecuali'. Sementara bagi sembahyang sunat Hari Raya mereka seperti biasa akan memenuhi Balai Islam atau markas mereka.

Waktu itu, umur saya baru di awal 20an...ianya sungguh mengelirukan saya. Dalam keadaan pemahaman dan pegangan para pendukung PAS terhadap isu berimamkan orang UMNO, tetapi masih banyak terdapat orang PAS yang bersembahyang berimamkan orang UMNO. Malah ia bukan hanya pengikut biasa PAS tetapi juga yang bergelar pemimpin baik kepimpinan di peringkat kawasan ataupun cawangan. Kalau begitu, bagaimana hukumnya bagi mereka yang bersembahyang berimamkan orang UMNO atau bersembahyang di masjid-masjid kerajaan.

Cerita ini mungkin jarang didengar oleh golongan muda yang baru hendak berjinak-jinak dengan politik. Nik Aziz selaku MB Kelantan tidak pula membuat walau sebuah pun masjid di Kelantan sepanjang 19 tahun pemerintahannya. Sudah tentu masjid-masjid di Kelantan itu di bina oleh kerajaan BN sebelum itu. Jika hendak diikut hukum PAS tahun 1980an, bagaimana pulak hukumnya sembahyang Nik Aziz dan penyokong-penyokongnya. Nik Aziz jangan pandai-pandai nak menghukum Ibrahim Ali setelah Ibrahim tidak semesra dulu dengan PAS. Ibrahim Ali kalau sembahyang, sembahyangnya tidak sah. Kalau ambil duit elaun /gaji Ahli Parlimen Pasir Mas itu maka duit itu hukumnya haram. Jangan bermain dengan hukum Tok Guru nanti hukum itu membelit leher sendiri.

Hari ini Tok Guru bagai ditimpa bencana apabila Tok Guru diserang kiri dan kanan gara-gara sponsor pergi menunaikan Fardhu Haji pada tahun ini. Bukankah teruk Tok Guru nak menjawabnya kerana ianya bukan fitnah. Dahulu Tok Guru adalah penentang numbor wahid berkenaan rasuah, salahguna kuasa, kronisme dan nepotisme tetapi semua itu akhirnya diketahui menjadi amalan Tok Guru selama ini rupanya. Jangan bermain dengan hukum dan jangan mudah menghukum orang lain terutama musuh-musuh Tok Guru.

Amir Hamzah,
Jakarta, Indonesia
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Friday, November 13, 2009

Manohara, Nordin Dan Malingsia.........



Hari Jumaat, saya bertolak ke Jakarta....atas urusan 'makan angin' selama tiga hari hingga Ahad ini baru pulang ke Kuala Lumpur. Daripada Lapangan Terbang Soekarno-Hatta terus menginap di Millennium Hotel, Sirih, Jakarta. Malam tadi hujan turun dengan lebatnya membasahi Jakarta. Ada sedikit banjir kecil tetapi tidak seteruk di Kelantan dan Terengganu..... Hujan juga menyebabkan 'macet' atau kesesakan teruk berlaku di Jakarta.


Sebelum tiba di Jakarta, takut-takut juga dengan slogan anti- Malaysia berikutan hubungan dingin antara segelintir rakyat Malaysia dan Indonesia. Nyata di sini tidak ada apa berlaku cuma kes Manohara, mereka tetap menyalahkan Raja Muda Kelantan. Sudah tahu Manoharanya begitu, mengapa mahu di buat permaisuri? antara kata-kata rakyat Indonesia. Kawan cuma tersenyum....tidak ada apa hendak dipertahankan. Sesungguhnya bukan urusan kawan. Tapi di Indonesia, semuanya masih ingin diambil tahu....sama ada Betawi, Sunda, Jawa malah Chinese Indonesia menyokong Manohara.....huhuhu.


Penduduk asal Jakarta adalah Betawi tetapi Jakarta sudah dibanjiri oleh orang-orang dari Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Sumatera dan Kalimantan.

Sambil jalan-jalan cari makan, tidak sah kalau ke Jakarta tetapi tidak pergi di Pasaraya Mangga 2. Ianya seperti Pasar Siti Khadijah di KB dan Pasar Payang di Terengganu. Di sini lebih moden sedikit dan orangnya sesak dan menyesakkan. Tahu sahaja orang Malaysia....harga sudah 3 kali ganda. Belum bercakap lagi dengan melihat pakaian, raut wajah, cara berjalan pun mereka sudah boleh mengagak. Maklumlah RM1 = rp2700. Rp10000 sudah boleh naik 'bajaj' dari hotel ke Mangga 2. huhuhu


Azhari dan Nordin Mat Top juga diperkatakan jika mereka tahu saya dari Malaysia. Namun mereka tidak memulakan, tapi saya yang memulakan. Mahu tahu jugak bagaimana pandangan rakyat Indonesia terhadap Nordin (dari Johor) dan Azhari(dari Melaka). Mereka terkilan mengapa orang Indonesia yang tidak berdosa menjadi korban. Mengapa tidak dibom saja, White House atau New York baru tepat kena batang hidung Amerika. Begitu lah antara kata-kata rakyat Indonesia yang sempat 'ngomong-ngomong' diwarung-warung. Mereka tidak menyalahkan sesiapa, Negara Malaysia atau rakyatnya tetapi batang tubuh Nordin dan Azhari sendiri.

Malingsia hanya propaganda segelintir rakyat Indonesia. Mereka juga tahu ramai orang-orang Jawa yang berhijrah ke Tanah Melayu dahulu membawa budaya dan cara hidup asal mereka dan kekal hingga ke hari ini. Tambah-tambah lagi dia tahu kawan datang dari Johor, Malaysia. Mungkin mereka juga mengatakan kawan adalah Jawa juga.
hehehe...

Sesungguhnya, di sini tidak banyak bezanya. Seronok berada di dalam kelompok bangsa serumpun, se Nusantara. Cuma di sini sukar bezakan antara Betawi, Sunda, Jawa dan sebagainya. Orang Cina hanya berbahasa Indonesia walaupun berkomunikasi sesama mereka. Ada 12 Juta Cina di Indonesia, 4 Juta mungkin Di Jakarta, tapi tidak nampak tulisan Cina, tidak dengar bahasa mandarin atau tidak kelihatan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. hehehe

Amir Hamzah
Hotel Millennium
Sirih,Jakarta.Indonesia( 14 Nov.2009)
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Thursday, November 12, 2009

Cepatnya Masa berlalu.........





Hari ini puteriku, Umi Nurain sudah pun berusia 20 hari. Setakat ini alhamdulillah...Nurain sihat. Sejak kewujudan Nurain, saya begitu cepat hendak balik ke rumah selepas habis waktu bekerja. Masa bersama kawan-kawan pun semakin kurang. Mungkin ada kawan-kawan yang terasa. Selepas kali terakhir, 18 tahun yang lalu.....saya terlalu teruja mendapat anak kecil yang sihat dan tidak banyak meragam. Sesekali ketika 'kembung perut' Nurain akan mengeluarkan juga suaranya yang nyaring dan memesingkan telinga. hehehe

Sesibuk mana pun bersama Nurain, saya masih ada masa menghadiri kelas Tajwid Al-Quran pada malam Khamis dan bermain badminton pada malam Rabu. Cuma 'mengeteh' atau minum kopi dengan kawan-kawan tidak sekerap dan serancak seperti kebiasaannya.

Esok abah hendak ke Tanah Seberang....Hari Ahad abah pulang. Nurain jangan nakal-nakal ye....jangan susahkan umie....Nanti abah beli mainan untuk Nurain.

3 hari di Jakarta membuatkan abah amat merindui Nurain dan ibu kepada Nurain.......huhuhu.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Tuesday, November 10, 2009

Dulu Lain Sekarang Lain!


Kalau kita ingat di satu waktu dahulu pemimpin-pemimpin PAS selalu mengeluarkan hukum atau fatwa yang sering menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam. Antara hukum dan fatwa ulamak PAS dahulu ialah ' TIDAK BOLEH LANTIK BUKAN ISLAM SEBAGAI PEMIMPIN'. Tapi itu dulu......Kata S.M Salim, dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kawin.

Tepat sekali kena batang hidung. Dulu tak boleh pilih pemimpin bukan Islam jauh sekali nak sekongkol dengan parti bukan Islam seperti DAP. Sekarang apa dah jadi..durian dah jadi tempoyak.

Dulu sewaktu ceramah, sama ada ceramah biasa atau ceramah pilihanraya, ulamak PAS sering membaca ayat Quran surah Ali Imran ayat 28 yang bermaksud: ' Tidak sayugia orang mukmin mengangkat orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang mukmin dan barang siapa yang melakukan demikian (yakni mengangkat orang kafir sebagai pemimpin) maka dia bukan golongan Allah'

Ianya merujuk jika calon BN yang bertanding tetapi diwakili oleh MCA, MIC atau parti-parti bukan Islam di Sabah dan Sarawak hendaklah pengundi Islam di kawasan tersebut memberi undi kepada parti atau calon daripada orang Islam iaitu PAS. Ayat di atas adalah benar tetapi persoalannya adakah PAS istiqomah dengan pegangannya terhadap ayat suci tersebut?

Semua orang tahu, BN diterajui oleh UMNO yang terdiri daripada orang Melayu/Islam. Jika dikira calon mestilah dipilih daripada kawasan majoriti mengikut kaum ,saya yakin kaum India tidak ada seorang pun di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia Barat atau di Malaysia Timur tidak ada satu kerusi pun yang majoritinya India termasuklah Parlimen Sg.Siput. Disebabkan BN adalah pelopor perkongsian kuasa maka satu dua kawasan majoriti Melayu atau Cina di berikan kepada MIC. Amalan ini telah dilaksanakan sejak pilihanraya pertama 1955 dahulu.

PAS mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh dengan menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam. Memang ramai umat Islam yang terpengaruh. Apa tidaknya, kalau undi diberikan kepada bukan Islam boleh mencacatkan akidah. PAS mengkritik UMNO kerana meletakkan pemimpin bukan Islam di kalangan majoriti Islam. Mereka juga menentang keras perkongsian kuasa antara UMNO, MCA dan MIC

Kita bukan ingin menghujahkan ayat Allah s.w.t tetapi kita ingin melihat amalan PAS hari ini yang turut bertentangan dengan ayat Allah s.w.t. Dalam pilihanraya 1995, PAS telah bersengkongkol dengan DAP walaupun tidak begitu rasmi tetapi pilihanraya 1999 PAS telah membentuk kerjasama yang rasmi dan sangat akrab dengan DAP. Pilihanraya 2008 tidak boleh disorok-sorok lagi bahawa Pakatan Rakyat yang tidak didaftarkan itu di dalamnya terkandung PAS dan DAP.

Apa yang PAS mengatakan kepada BN dahulu sudah mereka jilat kembali. Bagi kawasan-kawasan DAP bertanding, pengundi PAS akan beri undi pada DAP dan begitu sebaliknya jika PAS bertanding ahli-ahli DAP tanpa segan silu memangkah PAS. Apa beza PAS dan UMNO sekarang. Pembohong besar PAS ni. Orang muda PAS tak tahu dan tak nak ambil tahu bahawa pemimpin mereka semuanya lidah bercabang. Dulu tak boleh sekarang boleh pulak. Ayat Allah tadi nak letak di mana?

Mereka bukan sahaja tolong menolong malah bersekongkol membentuk kerajaan. Apa sudah jadi politik Perak? Seorang Menteri Besar Melayu dikelilingi 6 Exco bukan Islam. Boleh kah dipanggil kerajaan itu kerajaan Islam? Kaki, Tangan, mulut dan telur MB Melayu itu dah disumbat oleh 6 Exco bukan Islam tersebut sehingga akhirnya tumbang dan sekarang ini semuanya dalam keadaan 'gila talak'. Mereka bukan mengamalkan 'perkongsian kuasa' tetapi saling kuda mengkuda dan mempergunakan untuk kepentingan bangsa masing-masing.

Wahai orang muda PAS, keluar lah cepat daripada parti pembohong ini. Tidak berparti lebih baik daripada duduk bergelumang dengan pemimpin-pemimpin pembohong, kaki kelentong, gila kuasa, pecah amanah, pencacai yang ada dalam parti itu. Tidak masuk UMNO pun tidak mengapa tetapi jangan dekati orang-orang yang cuba nak merosakkan hati-hati kita, suka memutuskan silaturahim sesama umat, merenggang hubungan kekeluargaan, jiran tetangga dan sahabat handai jika mereka itu bertentangan dengan politik yang kita ikut. PAS tidak mendidik orang-orang muda dengan akhlak yang baik dan terpuji tetapi menggunakan kudrat orang muda untuk merusuh, berdemontrasi, bergolek di tengah jalan dan sebagainya.

Jangan percaya sangat dengan ulamak-ulamak walaupun dari Negeri Serambi Mekah kah, Negeri Tadahan Wahyu kah jika mereka masih menggunakan kaedah 'matlamat menghalalkan cara'. Hukum Al-Quran pun dipersendakan semata-mata untuk tujuan mengalahkan BN dalam pilihanraya. Cakapnya sering berdolak dalik maka sesuailah lagu S.M Salim itu didendangkan di hadapan Hadi Awang dan Nik Aziz- Dulu lain Sekarang Lain.

Amir Hamzah
batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Saturday, November 7, 2009

PAS : Golongan Muda Dah Menyampah?




Sebelum menyertai UMNO, Anwar Ibrahim mempunyai 2 pilihan untuk dipilih sama ada menyertai PAS atau UMNO. Bekas Presiden ABIM itu telah membuat keputusan memilih menyertai UMNO. Antara alasan Anwar yang memukau ialah,'UMNO itu macam tong najis, biarlah dia membersihkan UMNO dari dalam'. Tujuan Anwar memasuki UMNO itu diberitahu kepada rakan-rakan ABIMnya, Fadhil Noor, Harun Din dan lain-lain. Nyata tujuan Anwar itu tidak kesampaian kerana dia sendiri terkena percikan najis itu jika benar UMNO itu bergelumang dengan najis. Adakah Anwar sendiri yang 'bernajis' dan membawa 'najis' itu ke dalam UMNO?

Kalau Hadi Awang sudah tahu UMNO itu jijik dan najis mengapa Hadi dan kunco-kunconya beriya-iya mahukan 'kerajaan perpaduan' di era pemerintahan Pak Lah? Jika mereka berjaya mewujudkan 'kerajaan perpaduan' di waktu Pak Lah menjadi PM, mereka merasakan Pak Lah mudah dipengaruhi dan melalui 'kerajaan perpaduan' itu Hadi berpeluang menjadi menteri. Berbanding dengan jawatan perdana menteri yang ditawarkan oleh Anwar, Hadi lebih yakin dan optimis dengan jawatan menteri jika 'kerajaan perpaduan' yang dicadangkan.

Anwar tidak boleh marahkan Hadi jika Hadi ingin berbaik-baik dengan UMNO.Hadi baru hendak berjinak tetapi Anwar telah bergelumang dengan UMNO berbelas tahun sebelum dipecat. Maka kedua-duanya memang 'teringin' bersama UMNO. Anwar tiada pilihan lain kerana 'pintu' UMNO kepadanya sudah tertutup sementara Hadi masih mengintai-intai peluang. Peliknya, jika UMNO itu jijik dan najis, mengapa UMNO itu masih mencuri perhatian Anwar dan Hadi?

Sementara itu, semasa Seminar PAS yang julung-julung kali diadakan di Markas Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar , sewaktu menggulung hujahnya, Dr Abdul Aziz Bari profesor kontroversi berkata beliau tidak mempunyai bukti atau "ubat" untuk memantapkan PAS."Soal label pro-Umno, masuk Umno (yang dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan), ada atau tidak, tuan kena cari sendiri. Kalau tahu Umno cukup jijik pada PAS, yang pergi dekat, buat apa?" katanya. Beliau juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa perlu ada "korban" dengan menggugurkan beberapa pemimpin kanan dalam PAS - jika mampu, termasuk Abdul Hadi - bagi menyelesaikan konflik dalaman parti Islam itu.

Paling menarik ialah kajian oleh pengkaji politik, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang merumuskan bahawa parti PAS dikatakan sudah ‘hilang bisa’.Antara kajian pensyarah Universiti Malaya itu mendapati sokongan generasi muda dan media baru terhadap PAS merosot selepas pilihanraya umum lalu.

Berdasarkan kertas kerjanya,kajian ke atas 2,100 responden yang dipecahkan kepada tiga peringkat umur mendapati golongan muda yang berumur 21-30 tahun telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PAS iaitu seramai 633 orang.Sebaliknya hanya seramai 67 responden yang menyatakan pandangan bahawa mereka menyokong kepimpinan PAS.

Bagi golongan kelompok umur 31-40 tahun, seramai 519 orang menyatakan pandangan negatif manakala seramai 181 orang adalah positif."Ini bermakna hanya seramai 181 orang daripada kelompok umur berkenaan menyatakan PAS mampu terus bergerak ke hadapan dengan kepimpinan yang sedia ada," kata Dr Abu Hassan.

Sementara itu, sejumlah 751 orang daripada kumpulan umur 41-50 menyatakan telah hilang sokongan terhadap pemimpin PAS manakala sejumlah 396 responden masih menyokong.

Dalam pada itu, Abu Hassan berkata satu lagi penemuan yang mengejutkan ialah kebanyakan daripada mereka yang menyatakan pandangan negatif terhadap PAS dari kelompok umur 41-50 tahun adalah daripada kawasan pantai timur dan utara. Penemuan itu ternyata bertentangan dengan tanggapan umum selama ini bahawa kawasan pantai timur merupakan kubu kuat PAS.

Kajian Abu Hassan juga turut memfokuskan kepada kempimpinan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, dalam kumpulan umur 21-30 tahun, seramai 493 responden memberikan jawapan negatif manakala seramai 207 responden menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Abdul Hadi.

Manakala bagi kelompok umur 31-40 tahun, seramai 539 orang menyatakan jawapan yang negatif dan seramai 161 orang adalah positif.

Selain itu, dikalangan responden yang berumur 41-50 tahun, seramai 383 orang menyatakan pendirian tidak menyokong dan 317 respon adalah sebaliknya.

Jelas Abu Hassan, pendirian yang agak seimbang bagi kelompok umur 41-50 tahun menunjukkan golongan tersebut lebih berpengalaman dalam politik."Namun dua generasi yang lebih muda (21-30 tahun dan 31-40) kelihatan sangat agresif dan bergantung kepada tanggapan semata-mata," katanya. Daripada kajian ini juga menunjukkan prestasi buruk Presiden parti.

Sementara kedengaran suara-suara perwakilan yang mempertikaikan 'tahaluf' (kerjasama politik) antara parti itu, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ada perwakilan yang mahu pucuk pimpinan parti menyatakan secara jelas sempadan kerjasama itu dan tidak kurang pula ada yang berkata sanggup menggugurkan pemimpin mereka asalkan tidak wujud sistem dua parti, iaitu Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.

Ucaptama Presiden PAS Hadi Awang hanya menyatakan parti itu mahu mengukuhkan kerjasama dan pada masa yang sama membayangkan PAS sebagai sebuah parti yang mampu berdiri sendiri. PAS menurut Abdul Hadi paling berpengalaman dan bukan saja mampu menjadi pembangkang secara bersendirian tapi juga mentadbir negeri bersendirian.Pandangan sedemikian boleh ditafsir sebagai mesej tersirat kepada rakan dalam pakatan bahawa PAS sebenarnya tidak memerlukan DAP dan PKR untuk menang pilihan raya.

Pendek kata, seminar yang bertujuan untuk mengembeling dan menjana kembali semangat ahli-ahli PAS yang luntur supaya kembali mekar dan berkobar seperti yang diharapkan oleh Nik Aziz berakhir dengan Pi Mai Pi mai tang tu juga. Seminar itu hanya dilihat sebagai tiada satu kata putus kecuali pendedahan yang dibuat oleh Dr Abu Hassan bahawa golongan muda dah mula menyampah dengan PAS.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Thursday, November 5, 2009

Baru Setahun Di P. Pinang: Cina Nak Buang Jawi!



Bagaimana dan siapakah yang akan memartabatkan Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi kalau bukan bangsa Melayu itu sendiri. Saya tidak rasa tertekan dengan penggunaan tulisan Bahasa Melayu atau tulisan jawi di premis-premis perniagaan kerana kebanyakan premis-premis ini adalah kepunyaan bukan Melayu. Namun di atas peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Kerajaan Tempatan, peraturan-peraturan penulisan di papan iklan 'terpaksa' diikuti bukannya atas kesedaran pentingnya bahasa kebangsaan itu yang telah termaktub di dalam perlembagaan tetapi kerana 'peraturan' yang telah ditetapkan.

Sebab itu, kalau mahu memartabatkan Bahasa Melayu dan penggunaan Tulisan Jawi secara meluas maka peniaga-peniaga, pengusaha-pengusaha, pengilang-pengilang dan korporat-korporat Melayu/Islam yang berupaya memartabatkannya semula bukannya mengharapkan kepada bangsa lain kerana mereka mempunyai tulisan mereka sendiri dan sifat mereka yang perkauman. Jangan mimpilah mereka akan melakukan secara 'sukarela' dengan menjadikan tulisan rumi Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi itu 'lebih besar' daripada tulisan bahasa ibunda mereka.

Ketika kerajaan yang dikuasai oleh orang-orang Melayu dengan kakitangan kerajaannya adalah Melayu mereka masih lagi dengan angkuh mempertikaikan penggunaan papan tanda menggunakan tulisan jawi, bagaimanakah agaknya jika bangsa Cina ini sama ada daripada DAP, Gerakan atau MCA menguasai politik negara ini? Saya yakin, perkara-perkara yang dapat kita lakukan pada hari ini sudah tidak semudah itu berlaku pada masa akan datang.

Contohnya dapat saya paparkan dalam blog MINDA INTELEK MELAYU yang mempertikaikan sesetengah pihak tentang penggunaan tulisan Jawi di pintu luar sekolah Penang Free Pulau Pinang. Sekolah adalah antara premis kerajaan dan ianya tidak wajar dipolitikkan. Adakah kerana Pulau Pinang itu majoriti penduduknya adalah orang Cina maka Tulisan Jawi tidak sepatutnya berada di situ? Bagaimana agaknya dengan tulisan-tulisan jawi di bangunan-bangunan kerajaan yang lain di Pulau Pinang? Papan tanda jalan, nama jalan dan lain-lain yang dahulunya menggunakan tulisan jawi sudah ditukar ke tulisan Cina? Lupakah mereka bahawa Pulau Pinang itu masih berada di dalam Malaysia?

Jawi adalah tulisan asal bahasa Melayu. Cina ada tulisannya, India pun ada tulisannya. Tulisan Melayu ialah Jawi.Di negara Brunei, tulisan jawi dimartabatkan. Begitu juga di India dan Iran ada sistem tulisan jawi mereka sendiri.Di negeri-negeri Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah tulisan Jawi hidup subur. Di Johor sebahagian besar masyarakat Melayu/ Islam boleh menulis dan membaca Jawi dengan baik kerana anak-anak mereka didedahkan dengan tulisan jawi di sekolah-sekolah agama kerajaan negeri. Tulisan Jawi sangat akrab dengan perkembangan Islam. Orang yang membaca al-Quran menjadi asas untuk membaca tulisan jawi. Maka orang yang tidak pandai membaca al-Quran agak susah membaca tulisan jawi.Al Quran berbahasa Arab tetapi mempunyai baris. Jawi kita berbahasa Melayu tetapi tidak berbaris. Menghina tulisan jawi menghina orang Melayu dan Agama Islam.

Maka tidak hairan nanti di Pulau Pinang, bangunan-bangunan kerajaan akan mempunyai 4 tulisan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina ,Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris. Mungkin atas semangat 1Malaysia. Perkara ini tidak sepatutnya dibiarkan kerana di bangunan kerajaan sewajrnya Bahasa Melayu sama ada tulisan rumi atau tulisan jawi sahaja yang boleh digunakan.

Saya tidak mahu mengulas berkenaan dengan pendedahan daripada blog MINDA INTELEK MELAYU (http://novandri.blogspot.com/2009/11/nizar-perhatian-pemimpin-melayu-tulisan.html)tetapi saudara-saudara boleh fikirkan sendiri tentang kelicikan mereka untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura ke 2 dalam Malaysia. Perlu diingat kembali bagaimana Singapura telah membuat berbagai-bagai hal sehingga memeningkan kepala PM pada masa itu sehingga akhirnya Tunku dengan rela hati melepaskan Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965. Apakah taktik yang sama dilakukan ke atas bekas negeri selat ini untuk keluar daripada Malaysia satu hari nanti?

Ini baru didedahkan dengan pertikaian mereka terhadap Tulisan Jawi. Bagaimana agaknya jika mereka memerintah negara ini dan apakah nasibnya kepada ekonomi orang Melayu, Pendidikan orang Melayu, Agama Islam, Hak-hak keistimewaan Melayu, Raja-Raja Melayu dan juga segala keistimewaan yang dimiliki oleh orang Melayu pada hari ini. Saya yakin mereka tidak akan berlaku adil sebagaimana orang Melayu berlaku adil kepada mereka pada hari ini sesuai dengan prinsip yang telah terkandung di dalam perlembagaan negara.

Tujuan saya hanyalah memberi kesedaran kepada orang-orang Melayu yang begitu ghairah dengan slogan 'Harapan Baru Rakyat Malaysia' dalam pakatan rakyat dan slogan '1Malaysia' dalam Barisan Nasional. Kedua-dua slogan ini datang daripada 2 pemimpin Melayu yang berebut-rebut untuk meraih sokongan daripada undi Cina dan India. Dalam masa yang sama, slogan 'perpaduan' ini hanya disambut oleh orang Melayu sahaja sedangkan dipihak bukan Melayu mereka terus menerus menuntut hak sama rata dan 'adil' sehingga lari daripada semangat yang telah tertulis dalam perlembagaan tentang kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu dan kedudukan Agama Islam tanpa menafikan hak-hak kaum lain.

Bagi pemimpin-pemimpin Melayu yang bersengketa kerana berebut kuasa, ketepikan kepentingan peribadi masing-masing khususnya Anwar Ibrahim. Rakyat selalu diseru supaya bersatu tetapi perpecahan pemimpin-pemimpin Melayu ini lebih merbahaya kerana kealpaan dan kelalaian mereka akan menyebabkan kerugian besar kepada bangsa dan agama.

Baca juga di sini : Tulisan Jawi Mahu Di Buang

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Monday, November 2, 2009

Petronas Sedang Nazak?



Saya tertarik dengan satu artikal yang bertajuk 'Petronas Perlu Nafas Baru'?. Artikel ini antara lain menyentuh secara langsung Hassan Marican yang dilantik menjadi CEO Petronas pada 1995 hingga kini. 15 tahun memimpin Petronas, mungkin sudah tiba masanya Hassan memberi laluan kepada orang baru bagi memimpin Petronas agar ia mempunyai hala tuju baru dan tidak menjadi dinasour yang akan ditelan zaman, kata penulis artikel ini?

Lazimnya seseorang CEO itu akan ditamatkan kontraknya atau dinasihatkan berhenti jika berlaku kemerosotan penghasilan dan masalah dalam pengurusan syarikat. Adakah Petronas dalam keadaan nazak sekarang ini?. Jikalau Petronas dalam keadaan nazak, sudah tentu Penasihat Petronas , Tun M tidak akan berdiam diri dan sudah tentu kritikan, pandangan serta cadangan akan ditujukan kepada CEO Petronas yang telah menerajui syarikat berkaitan kerajaan yang paling lama berkhidmat.

Mengapa ada cadangan agar Hassan Marican diganti?
1. Adakah kerana tempoh perkhidmatannya yang terlalu lama sehingga menyekat individu lain menduduki kerusi empuk itu?.
2. Pemimpin konglomerat terbesar negara ini terus menikmati pelbagai keistimewaan, bonus dan kekayaan yang tidak dimimpikan oleh mana-mana kakitangan kerajaan mahu pun GLC lain.
3. Kakitangan Petronas terus menerima bonus sehinga lima enam bulan gaji termasuk eksekutif kanan yang gaji mereka sendiri tidak pernah terbayang kepada eksekutif kanan syarikat berkaitan kerajaan yang lain.
4.Petronas menolak perlantikan Omar Ong sebagai seorang ahli lembaga Pengarah yang dicadangkan oleh kerajaan.

Benarkah tuduhan bahawa Hassan mahu jadikan Petronas sebagai empayarnya sendiri dengan mereka mempersoalkan ketelusan Petronas dalam memberi tender-tender projek yang besar kepada kumpulan perniagaan tertentu sehinggakan tidak memberi ruang kepada syarikat bumiputera dan juga syarikat-syarikat baru lain kecuali yang ada hubungan dengan kumpulan eksekutif kanan ini?

Namun dalam kecenderungan memfitnah Hassan, rakyat didedahkan tentang kehebatan Hassan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas (1995-kini).Hasil kepimpinan beliau dan sokongan semua pihak yang terbabit, Petronas bangun dari sebuah syarikat minyak yang dahulunya kerdil di kalangan syarikat-syarikat minyak gergasi antarabangsa seperti Shell dan Esso untuk mendapat tempat pertama dari segi pulangan keuntungan dalam senarai Fortune Global 500 dengan keuntungan bersih US$4.3 billion dan berkedudukan tempat ke 254. Pengalaman beliau sebagai akauntan bersekutu dan mengendalikan pelbagai jenis industri membolehkan beliau mengurus sebuah syarikat kejuruteraan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 4,000 orang jurutera.

Hasil daripada kepimpinan beliau, Petronas telah mengorak langkah yang berani untuk memasuki industri automatif yang sangat kompetitif dengan memulakan projek enjin komersil yang pertama Malaysia. Projek ini telah berjaya menghasilkan enjin 2000cc yang memenuhi spesifikasi tinggi dalam tujuh aspek utama serta boleh digunakan untuk pelbagai model kereta. Ini terbukti bahawa rakyat Malaysia berkebolehan dan setanding dengan industri automatif dunia. Seterusnya, Tan Sri Hassan telah berjaya membawa Petronas mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila berjaya membina 'Triple Well' yang pertama di dunia di Sarawak. Teknologi inovatif ini menggunakan tiga telaga dengan enam talian pengeluaran yang digerudi melalui satu laluan yang dikongsi. Kepekaan pada alam sekitar juga memperlihatkan Petronas di bawah pimpinan beliau memperkenalkan Enviro 2000 iaitu kenderaan mesra alam yang menggunakan NGV (Natural Gas for Vehicles).

Kita tidak salah untuk mengkritik kepimpinan Melayu baik dalam kepimpinan politik atau pun kepimpinan konglomerat tetapi kritikan kita biar berasas bukan berdasarkan kepada dengki, irihati, dendam dan sebagainya. Kita jangan terlalu mudah untuk memperlekehkan kepimpinan Melayu dan membuat kesimpulan bahawa semua aspek kepemimpinan Melayu-Bumiputera gagal. Apa tah lagi Petronas yang sentiasa memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara melalui kepimpinan seorang Melayu-Bumiputera.

Benar juga, bukan semua yang berjaya, ada juga kepimpinan Melayu yang hambar, korup dan tidak bertanggung jawab tetapi jangan seekor dua kerbau yang membawa lumpur maka habis semua terpalit. Namun lebih kecewa ada badan-badan tertentu atau kumpulan tertentu malah pihak media massa yang dimiliki atau diterajui oleh orang Melayu sendiri sangat gemar memburuk-burukkan bangsa sendiri dengan cerita-cerita sensasi mereka. Apa tujuan yang tersirat adalah sukar difahami.

Saya pun kurang faham dengan situasi semasa syarikat konglomerat seperti PNB dan Petronas dimana kedua-duanya di zaman Tun M sangat terpelihara dan tidak boleh disentuh. Pada Zaman Pak Lah, atas nasihat Menteri Kewangan Kedua,telah membenarkan pengabongan Syarikat Plantation PNB yang sekarang ini diberi nama Synergy Drive kemudian di tukar kapada Sime Darby. Sebelum Pengabongan PNB memileki hampir 75% syrikat perladangan ini.Selepas pengabongan PNB hanya memileki 45% saham Synergy Drive.Apabila Tun Ahmad Sarji berkata PNB mesti memileki 51%,maka CIMB salaku penasehat Kewangan SDrive memberitahu PNB yang ia perlu membeli saham tambahan di Pasaran Saham.Akibatnya PNB terpaksa membelanjakan hanbir 2.5 billion ringgit untok membeli lagi 6% saham S Drive. PNB sekarang pening kepala bagaimana nak bayar dividen kepada pelabur ASN dan ASB. Begitu juga dengan pembelian Bank BII di Indonesia oleh Malayan Banking.

Adakah hal yang sama juga akan berlaku di Petronas, mungkin dalam situasi yang berbeza. Adakah orang baru yang akan memimpin Petronas kelak akan mempunyai hala tuju baru dengan tujuan yang sama seperti mana yang dilakukan ke atas PNB? Maka untuk mencapai tujuan itu Hassan Marican harus dicantas bagi diisi oleh orang kanan seorang menteri?

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com